Sunday, April 8, 2012

Kerajaan Negeri Selangor Sedia Kemudahan Sukan Untuk Belia



Gombak : Golongan belia di negeri Selangor akan menikmati kemudahan sukan yang lengkap  daripada kerajaan Negeri Selangor.

Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, berkata, “peruntukan itu diperolehi menerusi Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dilancarkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Saya  tidak terlepas untuk memanfaatkan peruntukan itu untuk memperkasa golongan belia di negeri ini”, katanya.

“Saya sedang rancangkan di setiap DUN satu padang serbaguna, di mana setiap padang yang akan disediakan itu memusatkan sukan futsal, bola jaring dan bola keranjang.

“Justeru, saya minta kerjasama dari ADUN dan Penyelaras DUN untuk mengenalpasti lokasi terbaik yang bakal mengumpulkan anak muda ini untuk bersukan,”jelasnya.

Menurut Dr Yunus lagi, rancangan dataran anak muda ini boleh diguna untuk sebarang aktiviti berkaitan belia dan bukannya terhad kepada satu-satu aktiviti sahaja.

“Menyedari golongan belia sebagai aset berharga kepada negeri, kita merasakan golongan ini berhak menerima pembaharuan dan pembangunan seperti ini.

“Menerusi dataran ini, Ahli Majlis, pihak berkuasa tempatan (PeBT) dan ADUN boleh mendekati golongan belia,”jelas Dr Yunus merangkap ADUN Sijangkang ketika berucap pada sesi pembukaan Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S 2012 di Daerah Selayang.

Sebanyak 48 Pasukan telah terlibat  mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal di Daerah Selayang .
Kejohanan ini adalah kesinambungan acara tahunan yang diadakan sejak 2009 yang melibatkan sembilan daerah di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Tambahnya lagi, “kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan memperuntukkan RM10 ribu kepada setiap PBT bagi menjayakan kejohanan ini berbanding tahun sebelumnya yang hanya dibiayai oleh PBT sendiri”.

Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S 2011 yang bakal berlangsung di setiap 9 daerah di bawah kelolaan 12 Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Dalam pertandingan ini  nanti, johan akan memenangi RM1,000 beserta medal dan siijil. Naib Johan RM500.00 medal dan sijil manakala temapat ketiga RM250.00 medal dan sijil.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI