Sunday, March 4, 2012

PTRS Kembali Lagi



Batu Caves : Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) percuma, kembali lagi untuk semua pelajar Selangor yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2012.

Penyelaras Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) DUN Batu Caves, Faridah Abdul Latif berkata, kita menjemput semua pelajar untuk menyertai (PTRS) percuma yang bermula 3hb Mac, 2012 di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Amaniah.

Kelas bermula jam 2 petang dan dibekalkan dengan buku-buku latihan, T-Shirt (PTRS) percuma oleh kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR), katanya di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN batu Caves disini.

Tambahnya lagi, semenjak (PTRS) ditubuhkan di bawah pengurusan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, kerajaan negeri telah melantik guru-guru yang berpengalaman luas dalam pendidikan untuk membimbing semua pelajar.

Perlantikan guru tuisyen melalui DUN di kawasan Selangor.

Menurut Faridah, kerajaan negeri memperuntukan seramai 100 pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan rendah RM1500 kebawah dan fakir miskin bagi memastikan semua pelajar mengikuti tuisyen.

Setiap tahun program ini dinikmati seramai 5600 pelajar daripada 56 DUN di negeri Selangor.

Usaha murni dilakukan menunjukkan sikap keprihatinan semua pimpinan kerajaan negeri (PR) Selangor bagi memastikan semua pelajar layak mengikuti tuisyen.

Tujuannya meningkatkan prestasi keputusan (SPM) negeri Selangor disamping menjana pembangunan modal insan melalui program sokongan ke arah Selangor negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, ujarnya.

Kata beliau lagi, (PTRS) juga menyediakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Perdana, Penilaian Prestasi Mirip peperiksaan (SPM), motivasi pecutan Akhir peperiksaan, program successful Intelligence, Motivasi ibubapa dan anak, Solat hajat bersama dan sebagainya.

Kita harap rakyat Selangor merebut peluang keemasan ini dengan sebaiknya, kerana (PTRS) tidak pernah dilaksanakan di seluruhn negeri semenjak Kerajaan Pusat (UMNO) memerintah.

Tetapi apabila Selangor diambil alih, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil inasatif untuk memastikan anak-anak Selangor mendapat pendidikan sempurna walaupun ibubapa mereka berpendapatan rendah.

Justeru, kita mengajak rakyat Selangor yang mempunyai anak-anak menduduki peperiksaan SPM, mengikuti PTRS boleh menghubungi di talian 03-61875950 atau layari blog http://tuisyenrakyat.bloogspot.com, fb www.favebook.com/ tuisyen rakyat atau emailkan maklumat di tuisyenrakyatselangor@gmail.com, katanya.

Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI