Wednesday, March 21, 2012

Kelas Jahitan Percuma Untuk Wanita Dan Pelajar


Klang : Bantuan beg sekolah Hasil kerajaan negeri Selangor telah diagihkan oleh ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar kepada semua pelajar kaum india.


“Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja memberi bantuan pendidikan sebaliknya disediakan Kemudahan Cuti Tambahan, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian, Pusat Dialisis Rakyat, Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Pusat Tuisyen Rakyat (PTRS), Skim Kesihatan Wanita, bantuan Skim Mikrokredit untuk rakyat Selangor memulakan pernigaan dan banyak lagi”.

“Menyentuh bantuan air pecuma, kerajaan negeri menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat”.


“Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan”, kata Dr Xavier.


Menurutnya, kerajaan negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai Jun, 2008.


Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini, selain itu menunaikan janji manifesto kerajaan (PR) PRU12 yang lalu.

“Inilah janji-janji yang telah kita laksanakan, dan rata-ratanya rakyat Selangor telah menikmati hasil tersebut”, ujar beliau.


Beliau merangkap Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor mengulas, program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Tujuannya supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.

Jelasnya, bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini.

Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ucap beliau dalam program bantuan beg Sekolah di Kuil Sri Muthu Mariamman, Klang.

Dalam pada itu, beliau juga telah mengumumkan kepada semua rakyat yang hadir disitu, program kelas jahitan kepada kaum wanita di kawasan itu.

Kelas itu mendedahkan cara mengunakan mesin jahit, untuk menjahit langsir, sari dan baju kurung. Jika pelajar perempuan ingin mengikuti kelas ini mereka juga dialu-alukan.


“Harapan saya semoga program yang dianjurkan untuk kaum wanita, mereka dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menambah pendapatan keluarga.

Selain itu, bagi menggalak semua rakyat berniaga dan keluar daripada kemiskinan”, kata Dr Xavier.


Majlis itu juga disediakan dengan jamuan rakyat.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI