Sunday, March 18, 2012

Imam Muda Hasan Sokong Program GeMS

Gombak : Juara Imam Muda Siri Ke-2 , Imam Muda Hasan merupakan ikon generasi muda telah berjaya menarik golongan remaja dan belia dalam Program “Orang Muda Harapan Kita” yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 11, Khatifah Zamani Sulong .

Salah seorang pelajar Mohd Khairul Amri ,16, daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gombak, yang menyertai program ini berkata, program ilmiah seharusnya diteruskan oleh semua pihak berwajib lebih-lebih lagi waktu musim cuti sekolah.

Ini sekaligus menggalakan semua pihak yang terdiri remaja dan belia untuk bersama Imam Muda dalam mengimarahkan majlis ilmu di Masjid dan Surau, katanya.

Ujarnya lagi, kupasan yang dibawa oleh Imam Muda Hasan menyentuh cabaran Golongan Orang Muda pada masa ini amat mencabar jika tidak mendapat kawalan daripada ibubapa benar-benar buat saya terpegun.

Selain itu, Imam muda Hasan menyatakan orang muda merupakan Aset Negara yang bakal menerajui Negara maka mereka seharusnya melibatkan aktiviti yang manfaat, dan tidak melibatkan diri dalam pergaulan rambang sekaligus akan merosakan masa depan.

Dengan kupasan diberikan, ianya menyedarkan saya bahawa peringkat umur seperti saya bukan masa untuk membuang masa dengan melibatkan aktiviti yang tidak bermanfat.

Saya harap semua pihak berwajib mengadakan program seperti ini dengan membawa ikon remaja terbaik seperti imam muda Hasan, jelasnya selepas menyertai Program tersebut.

Sementara itu, Imam Muda Hasan puji kerajaan negeri Selangor yang begitu komited mengadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) dalam membendung gejala sosial dinegara ini.

Program (GeMS) seharusnya mendapat kerjasama pelbagai pihak agar ianya tidak terhenti dalam melahirkan Generasi Idaman yang diimpikan semua pihak.

Tidak kiralah siapa yang menganjurkan program ini namun ianya seharusnya diperluaskan di seluruh Negara kerana semakin hari kita telah dikmomokkan tindakan drastik oleh golongan belia dan remaja dalam kes pembuangan bayi semakin meningkat, pengambilan dadah, penglibatan Gangster Resim dan sebagainya,kata Hasan.

Ujarnya lagi, penglibatan mereka dalam gejala sosial amat membimbangkan semua pihak maka seharusnya semua masyarakat seharusnya memberi kerjasama dalam menangani isu ini.

Tanggungjawab ini bukan hanya diletakan kepada kerajaan negeri, ustaz, ustazah, alim ulama’ dan guru tetapi perlu mendapat kerjasama semua pelbagai golongan.

Jika dipandang ringan kita bimbang, kes-kes jenayah semakin meningkat dan kita juga di persoal Allah SWT kelak, katanya.

Justeru, saya menyokong penuh kerajaan negeri Selangor mengatasi masalah ini tanpa dimanupulasikan isu mana-mana pihak.

Tindakan yang dilakukan Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk Zon 11 dengan kerjasama Surau Darul Muhajirin, Taman Selasih 2 kita puji kerana mengambil langkah positif untuk menyedarkan golongan remaja dan belia agar melibatkan aktiviti sihat seperti ini, kata Imam Muda Hasan.

Manakala, Ahli Majlis MPS Zon 11, Khatifah Zamani Sulong pula dalam ucapannya mengatakan program ini merupakan program pertama selepas perlantikan Ahli Majlis untuk sesi 2012 sehingga 2013.

Tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bukan hanya dikaitkan dengan Sampah, Jalan Raya tetapi bertanggungjawab dalam mengatasi isu-isu remaja dan kemasyarakatan.

Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan anjurkan pelbagai program untuk semua peringkat dalam melahirkan Masyarakat Sihat, Prihatin dan Berwawasan, katanya.

Hadir sama Jawatankuasa Surau darul Muhajirin, Taman Selasih 2.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI