Wednesday, March 7, 2012

18 Pelajar DUN Bukit Antarabangsa Terima Bantuan Cermina Mata Percuma

Bukit Antarabangsa : Seramai 18 orang pelajar menerima bantuan cermin mata percuma yang telah disampaikan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Mohamed Ali.

Azmin dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan negeri terus memberi bantuan kepada rakyat tanpa kira bangsa dan permahaman politik.

Pemeriksaan mata telah dibuat tiga bulan lalu dengan mendapat kerjasama Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Setelah dibuat pemeriksaan doktor mata , yang layak menerima seramai 18 orang mengikut keputusan yang diberikan, katanya di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Gombak.

Menurutnya, kerajaan negeri sasarkan seramai 100 pelajar untuk keluarga berpendapatan rendah RM1500 kebawah dan fakir miskin diseluruh negeri Selangor.

Azmin Ali merangkap ADUN Bukit Antarabangsa mengulas lagi, selain memberi bantuan cermin mata, pelajar juga menerima bantuan Beg Sekolah Selangorku.

Bantuan diberikan bagi meringankan beban keluarga pelajar dan menyuntik semangat kepada semua pelajar untuk meneruskan pelajaran walaupun ekonomi keluarga mereka tidak menggalakkan.

Selain itu, beliau juga menjelaskan kepada rakyat bantuan yang diberikan kerajaan negeri selama empat tahun memerintah negeri itu tidak mengalami bankrap seperti yang di gembar gemburkan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN).

Sebaliknya kerajaan negeri berjaya membuktikan pengurusan ekonomi negara berada tempat pertama dan pelaburan berada tempat kedua yang di terajui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kekayaan negeri itu diagihkan kepada rakyat tanpa memilih bulu, ujarnya.

Tambahnya, dengan kejayaan yang dibawa kerajaan (PR) amat membimbangkan kerajaan Pusat –UMNO.

Katanya, UMNO sanggup buat apa sahaja dengan memutar belit kenyataan sehingga rakyat keliru.

Walaubagaimanapun, rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi kerana rakyat semakin celik dan bijak menilai dalam memilih pengurusan pentadbiran kerajaan.

Justeru, saya harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan gimik yang dibawa oleh UMNO, sebaliknya mereka boleh mendapat maklumat terkini dan kejayaan negeri Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat di tempat kawasan mereka, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI