Wednesday, February 22, 2012

Rakyat Puas Hati Pentadbiran Pakatan Rakyat

Batu Caves : Seramai 50 pelajar sekitar kampung Melayu Batu Caves Selatan terharu menerima bantuan Beg Sekolah daripada Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves dalam ucapannya berkata, “ program bantuan beg sekolah adalah progam yang berterusan walaupun tahun ini berlaku kelewatan penghantaran di DUN sekitar Selangor. Namun kita percaya bantuan pendidikan tetap diteruskan selagi PR memerintah di Selangor.

"Sebeum sesi sekolah 2012 buka, peringkat DUN dan Parlimen Gombak telahpun menyampaikan bantuan sekolah dengan membawa pelajar ke Pusat membeli - belah untuk mereka pilih baju, kasut sekolah".

Menurutnya, “bantuan diberikan kepada keluarga pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU”.

“Sekiranya ada rakyat yang masih tidak menerima bantuan ini, mereka boleh berurusan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat (PKM) DUN Batu Caves, Insya-Allah, mereka akan menerima bantuan tersebut”.

“Kita harap sumbangan kerajaan negeri mampu memberi semangat kepada semua pelajar untuk meneruskan pengajian mereka”.

Beliau merangkap Pembantu Exco Sukan Belia dan Negeri Selangor menambah, “dengan bantuan diberikan jelas membuktikan Kerajaan PR Selangor sangat prihatin dengan semua masyarakat”.

Contohnya, setiap musim perayaan kerajaan negeri sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan tanpa kira bulu, fahaman Ideologi parti politik. Usaha yang dilakukan menunjukan sikap komited kerajaan negeri membantu rakyat dengan memulangkan hasil negeri kepada rakyatnya.

“Saya yakin, majoriti rakyat faham dan tahu apa yang dilakkukan oleh kerajaan PR sekarang”, kata Amir.

Sementara itu, Ketua Kampungnya, Khalid Mohd Nor berkata,” seramai 50 pelajar menerima bantuan beg sekolah yang telah di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari”.

“Kita tumpang gembira apabila melihat keriangan wajah semua pelajar yang menerima bantuan, malahan ada ibubapa dan pelajar berjumpa saya mengucapkan terima kasih.

Ulasnya, “secara jujur semenjak kerajaan (PR) memerintah negeri Selangor, saya amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh semua pimpinan (PR)”.

“Mereka telah menjalankan tugas dengan penuh jujur tanpa sebarang menerima rasuh daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun kerajaan negeri sukar mendapat kerjasama dengan kerajaan Pusat (UMNO-BN) dalam menjalankan tugas”.

“Namun ini tidak mematah semangat semua pimpinan negeri ini untuk meneruskan tanggungjawab kepada rakyat. Sifat semua pimpinan kerajaan PR seharusnya menjadi contoh”.

“Ini jelas terbukti semenjak (PR) mengambil alih pentadbiran ini, semua rakyat telah menerima pelbagai bantuan tanpa kira umur, parti dan perkauman”, kata Khalid ketika ditemubual oleh wartawan selepas Majlis penyampaian beg sekolah.

Tambahnya, “Hasil kejayaan negeri Selangor diagihkan kepada semua rakyat dengan tulus, hal ini telah lama kita nantikan bertahun lamanya semasa negeri Selangor di urus oleh kerajaan terdahulu, tetapi malangnya rakyat tidak mengecapi hasil tersebut.”

Justeru, “sebagai ketua kampung saya merakamkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan semua pimpinan (PR) yang menerajui negeri ini dengan penuh sistematik, dan tulus dalam menjalankan tugasnya”.

Ujarnya lagi, saya juga berpuas hati dengan Khidmat yang diberikan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari.

“Beliau begitu mudah dibawa berbincang, dan semenjak 2008 sehingga 2012 Amir telah turun padang kekawasan ini sebanyak 40 kali bertemu rakyat dan bantuan pendidikan juga telah di laksanakan”.

“Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh pimpinan ADUN UMNO –BN semenjak mereka memerintah. Sikap mereka yang tidak ambil peduli masalah rakyat di sekitar DUN Batu Caves amat mendukacitakan kami semua”.

Justeru , saya harap rakyat meletakkan kepercayaan dan menyokong sepenuhnya pentadbiran kerajaan (PR) dalalam PRU13 nanti, kata khalid.

Difahamkan, majlis ini diadakan juga Sambutan Hari Jadi penduduk, Sambutan Penghargaan kepada semua AJK JKKK Kampung Melayu Batu Caves.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI