Monday, January 2, 2012

Gunting rambut percuma bantu ringakan beban rakyat


Taman Sepakat AU3: Cuti persekolahan hujung tahun akan melabuhkan tirainya lagi beberapa hari, namun ibubapa penjaga paling sibuk membuat persiapan terakhir bagi memastikan kelengkapan anak-anak ke sekolah lengkap dengan sempurna.

Bagi meringankan bebanan ibubapa penjaga, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Hulu Kelang dengan kerjasama Masjid Al-Khairiah, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 dan 3 menganjurkan program Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Khairiah AU3.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Shaari Sungip yang merasmikan Program kembali ke sekolah telah memotong rambut salah seorang peserta yang hadir ke dalam program tersebut sebagai simbolik.

Katanya, setiap tahun kerajaan negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) akan memberi bantuan pendidikan dengan memberi buku latihan, kasut dan beg sekolah kepada ibubapa yang berpendapatan RM1500 kebawah, fakir miskin dan golongan kurang upaya.

Alhamdulilah, sepanjang tempoh empat tahun kerajaan negeri Selangor memerintah program bantuan persekolahan terus di jalankan setiap DUN dengan mengadakan program kembali kesekolah dengan bantuan kerajaan negeri Selangor dan Ahli Parlimen.

Program seumpama ini bergantung kepada inasatif wakil rakyat disitu. Pada masa yang sama kita juga membuat edaran risalah isu-isu semasa dan edaran risalah kejayaan negeri selangor sepanjang negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Di DUN Hulu Kelang, saya debgan semua jawatankuasa terlibat telah bersetuju untuk membantu meringankan kos pembelanjaan ibubapa penjaga dengan mengadakan program gunting rambut percuma untuk semua pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah, kata shaari.

Jelasnya lagi, progam ini bukan sahaja untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan ibubapa untuk membuat persediaan anak-anak kesekolah tetapi kita juga dapat mengenali penduduk lebih rapat lagi tanpa mengira parti.

Selain daripada itu, rakyat juga tidak merasa terasing untuk menjalinkan ukhwah dengan pimpinan bahkan mereka juga dapat bertukar pendapat dan meluahkan masalah mereka kepada wakil rakyat di kawasan itu, katanya kepada media selepas merasmikan program tersebut.

Sebagai wakil rakyat kita dapat merasakan tekanan ekonomi yang melanda ibubapa setiap tahun apabila sesi persekolahan baru dibuka. Justeru itu, program ini adalah wajar dilakasanakan bagi membatu rakyat.

Menurutnya, seramai 70 orang anak-anak sekitar Taman Sepakat dan Flat AU3 dan Flat UTM menyertai program ini.

Sebelum ini, kita telah adakan program ini dikawasan Pangsapuri Baru yang tediri daripada 100 pelajar yang menerima gunting rambut percuma.

Apa yang saya lihat, rata-rata semua pelajar dan ibubapa yang hadir begitu gembira dengan bantuan yang diberikan. Malahan ibubapa minta agar program ini dilaksanakan setiap cuti semester persekolahan.

Insya-Allah selagi kerajaan PR memerinyah dinegeri Selangor kita akan terus memberi bantuan kepada rakyat seperti yang dinyatakan negeri Selangor adalah negeri berkebajikan, katanya.

Turut bersama dalam majlis, En Razali Ramly selaku Ahli Majlis MPAJ Zon 3 dan En Othman, AJK Masjid Al-Khairiah.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI