Thursday, November 3, 2011

Teresa Bidang dakwaan Wee Ka Siong, isu lokasi sekolah


Shah Alam : Tuduhan pengerusi pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong terhadap Exco Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim telah dibidas berikutan kenyataannya bahawa beliau mempunyai kepentingan politik dalam isu pertikaian lokasi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Castlefield.

Teresa berkata, kehadiran saya ke lokasi terbabit adalah atas dasar menjalankan tanggungjawabnya sebagai AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit.

Jelasnya lagi, sebagai tokoh politik dan berjawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak lembaga pengelola sekolah terbabit. Jabatan Pelajaran Negeri Selangor(JPNS) dan Pejabat Daerah Petaling bagi mengetahui perkembangan lanjut dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Jadi sebagai pemimpin politik, bila di baca akhbar ada perkara ini berlaku, apa yang dia harus buat ialah panggil lembaga pengelola SRJKT Castlefield, panggil (JPNS) dan mungkin Pejabat Tanah Petaling. Kita duduk berbincang bagi mendapat gambaran sebenar tentang lokasi terbabit. Tetapi kedua-dua perkara tersebut tidak di lakukannya, kata Teresa dalam satu sidang media.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran membidas tindakan Teresa Kok dalam siaran media MCA online pada rabu lalu.

Lokasi bagi tapak sekolah SRJKT Castlefield menjadi isu apabila Kementerian Pelajaran tetap mahu menjadi lokasi yang sama sebagai tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kheng Chee.

Bagaimanapun pihak lembaga pengelola SRJKT Castlefield tetap inginkan tapak yang sama kerana lokasinya di putuskan lebih awal iaitu sejak 10 tahun yang lalu.

Lembaga Pengelola sekolah tersebut memohon lokasi baru setelah lokasi lama yang menempatkan 100 pelajar itu tidak lagi sesuai kerana sebahagian kawasan sekolah menjadi laluan LRT.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah pihaknya menghubungi Teressa kerana kedudukan lokasi Sekolah itu dalam kawasan Dewan Negeri Kinrara dan Teressa adalah Exco Kerajaan Negeri.

Katanya, beliau menghargai penglibatan Teresa dalam membantu menyelesaikan masalah terbabit secara profesional.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI