Gombak : Seramai 27, 216 orang pelajar telah menerima pemeriksaan Bantuan Cermin Mata percuma yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan rekod yang dibuat oleh Hospital Mata Tun Hussein Onn (Onn).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata demikian ketika di hubungi oleh media pagi semalam.
Menurutnya, seramai 116 pelajar sekitar Gombak Setia telah menerima pemeriksaan bantuan cermin mata percuma bagi membantu meringankan bebanan ahli keluarga semua pelajar yang pendapatan mereka RM1500 ke bawah, golongan Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin.
Program Pemeriksaan Mata Percuma dengan kerjasama Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTO) yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia telah mendapat sambutan baik daripada penduduk disitu.
Katanya, sebelum ini bantuan cermin mata percuma diadakan semua sekolah sekitar DUN Selangor secara berperingkat tetapi sekarang musim cuti sekolah maka Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTO) bercadang mengadakan di Pejabat ADUN setiap kawasan negeri Selangor bagi memastikan program bantuan ini berjalan lancar.
Saya juga difahamkan oleh Petugas PKM DUN Gombak Setia, progam bantuan ini juga telah mendapat sambutan daripada warga emas, ibu tunggal yang hadir di Pejabat ADUN dengan mengharapkan bantuan cermin mata percuma di buka kepada semua golongan usia kerana dengan keadaan ekonomi yang meningkat mereka tidak mampu untuk membeli cermin mata dengan kos RM 250 keatas lebih-lebih lagi mempunyai tanggungan yang besar.
Justeru itu, insya-Allah cadangan tersebut akan saya panjangkan kepada kerajaan negeri agar dapat membantu rakyat Selangor untuk menikmati cermin mata percuma, kata Datuk Dr Hasan.
Jelasnya lagi, kerja murni ini telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) bagi membantu rakyat Selangor tanpa mengira parti dan warna kulit bagi membantu kelengkapan pembelajaran kepada anak-anak mereka yang mempunyai masalah penglihatan.
Datuk Dr Hasan yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam mengulas lagi, setiap kawasan DUN Selangor disasarkan 100 cermin mata kepada pelajar yang layak menerimanya.
Sumbangan cermin mata yang sudah siap insya-Allah akan disampaikan oleh saya sendiri dalam satu majlis yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat ini.
Sementara itu, Pegawai Komunikati Perkhidmatan Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTO) memuji dengan sikap prihatin kerajaan negeri Selangor yang beri kerja sama dengan kami dalam usaha meringankan bebanan rakyat.
Katanya, usaha murni ini menunjukkan kerajaan negeri begitu komited dalam memberi bantuan kepada golongan tersebut tanpa mengira bangsa dan agama.
Menurutnya semenjak pelancaran Program Bantuan Cermin Mata Percuma untuk semua pelajar, program ini mendapat sambutan yang baik dan luar jangkaan pihak kami .
Rekod terkini seramai 27, 216 orang pelajar telah menerima pemeriksaan Bantuan Cermin Mata percuma, kata Arthi.
Ujarnya lagi, di kawasan Ijok seramai 6000 pelajar telah buat pemeriksaan dan bantuan yang telah kami sampaikan kepada pelajar yang layak mengikut garis panduan hospital seramai 105 pelajar, Kajang 7000 pelajar dan yang telah menerima bantuan seramai 60 pelajar, Subang Jaya 3000 pelajar dan yang telah menerima bantuan seramai 100 pelajar.
Manakala di kawasan Selat Klang 4000 pelajar yang buat pemeriksaan tetapi yang layak menerima bantuan seramai 300 pelajar, Sungai Panjang 5000 dan yang layak 100 pelajar.
Begitu juga di Sabak Bernam seramai 2000 pelajar yang buat pemeriksaan tetapi yang layak menerima bantuan adalah 100 pelajar.
Parlimen Gombak, Bukit Antarabangsa yang datang buat pemeriksaan seramai 100 orang pelajar tetapi yang layak menerima bantuan seramai 15 orang pelajar.
ADUN Gombak Setia seramai 116 orang pelajar tetapi yang layak menerima adalah 33 orang pelajar.
Garis panduan yang telah ditetapkan adalah Pendapatan gaji ibubapa pelajar RM1500 ke bawah, golongan Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin.
Saya berharap program seumpama ini terus dilaksanakan pada masa akan datang demi memberi peluang kepada pelajar demi menikmati pembelajaran yang lebih baik, kata Athi kepada media.
Pendapat Rakyat Bantuan Cermin Mata Percuma
Lee Sher Lim, 19, yang mengalami rabun jauh semenjak darjah dua menharapkan kerajaan negeri meneruskan agenda bantu rakyat Selangor yang berpendapatan rendah fakir miskin dan OKU.
Beliau menerima pendidikan di SMK Darul Ehsan yang mempunyai tiga beradik, kesemuanya mempunyai masalah penglihatan.
Katanya, “bantuan seperti ini tidak pernah dirasai oleh pemerintahan kerajaan terdahulu”.
Lim kim chew, 59, yang membawa anaknya Lee Sher Lim rasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) ,ADUN Gombak dan Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTO).
Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori dengan memperolehi pendapatan RM1400 sebulan
tidak mampu untuk membeli cermin mata untuk anak-anaknya.
Katanya , jika cermin mata beli diluar sudah pasti kos belanja rumah tidak mengcukupi. Dengan bantuan diberikan oleh Kerajaan Negeri dapat meringankan bebanan saya.
Ahmad Attiqur'Rahman, 8 , Sekolah SRI Al-Huda berkta terima kasih kepada ADUN Gombak, kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) dan Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTO) yang begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat dengan memberi peluang bantuan pemeriksaan mata percuma.
Bantuan ini sekaligus membantu ibubapa saya untuk tidak membeli cermin mata diluar. Peluang yang diberikan oleh Kerajaan negeri digunakan dengan sebaiknya untuk buat pemeriksaan mata.
Rokiah Awang, 39, merupakan ibu tunggal mempunyai lima orang anak. Salah seorang anaknya berusia 17 goloongan OKU.
Beliau yang bekerja hanya berpendapatan RM700 sebulan tidak mampu membuat cermin mata anak-anaknya yang mengalami masalah penglihatan.
Dengan bantuan diberikan kerajaan negeri saya rasa terlalu bersyukur, dan terima kasih juga kepada Datuk Dr Hasan, ADUN Gombak yang banyak membantu pembelanjaan bulanan saya dengan beri bantuan RM150 sebulan untuk baragan dapur.
Saya juga bercadang agar program bantuan ini dibuka kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang tidak mampu untuk membeli cermin mata. Saya harap suara hati kami diterima olehh kerajaan negeri yang banyak membantu rakyat Selangor, kata Rokiah.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment