Sunday, December 18, 2011

Penantian tiga tahun menanti kaki palsu berakhir

Gombak : Penantian tiga tahun untuk mendapat bantuan kaki palsu telah berakhir apabila permohonannya mendapat perhatian oleh AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Hashim Saad, 47 rasa bersyukur apabila harapan isterinya untuk mendapatkan kaki palsu telah tercapai setelah diusahakan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan UMNO bahagian Gombak gagal di perolehi sehingga hari ini.

Katanya, 1990 yang lalu doktor telah mengesahkan isteri saya menghadapai diabetis kritikal dan perlu buat pembedahan kaki dengan segera.

Dengan kenaikan ekonomi dan bekerja sebagai pemandu teksi semenjak 1997 tidak mampu untuk membiayai perubatan isteri dengan menelan belanja yang banyak setiap bulan dan menanggung empat orang anak yang masih kecil.

Justeru itu, saya fikir keadaan isteri yang kritikal perlu di buat pembedahan pemotongan kaki dengan segera.

Alhamdulilah dengan hasil simpanan yang ada pembedahan selamat dijalankan pada 2009. Walaubagaimanapun selepas pembedahan pemotongan kaki , saya lihat isteri begitu sukar untuk berjalan lagi, kata Hashim kepada media.

Ujarnya lagi, saya cuba usaha untuk dapatkan bantuan kaki palsu ke JKM namun saya benar rasa kesal dengan layanan diberikan.

Katanya, untuk mengesahkan isteri benar buat pembedahan pemotongan kaki, JKM menghantar 20 orang kakitangan mereka datang ke rumah selepas isteri buat pembedahan.

Namun selepas lawatan ziarah dengan diberi surat rayuan bantuan kaki palsu kepada JKM pada tahun 2009 sehingga kini tiada jawapan. Mereka beri alasan tidak tahu bantuan yang di mohon.

"Bagaimana JKM buat kerja sedangkan salinan surat rayuan ada pada saya dan isteri saya, Norhayati Md juga telah mendapat kad OKU daripada JKM, setelah dibuat operasi pembedahan pemotongan kaki. Alasan yang diberikan oleh JKM tidak kukuh".

"Ini menujukkan kelemahan pengurusan JKM yang saya nampak apabila bantuan rakyat tidak diambil tindakan dengan serius. Begitu juga permohonan bantuan yang dibuat ke pejabat UMNO Bahagaian Gombak amat mengecewakan saya.

Semua ahli UMNO mengenali saya kerana pejabat mereka bersebelahan dengan rumah saya. Apabila saya tanya mereka status permohonan mereka hanya menyatakan tunggu dulu.

Sampai bila saya perlu menunggu bantuan mereka? Adakah apabila tiba pilihanraya baru nak bagi bantuan", kata Hashim dengan nada kesal dan marah.

Walaubagaimanapun akhirnya hati saya terubat juga apabila bantuan permohonan kaki palsu berakhir apabila di usulkan kepada Pusat Khidmat Maysarakat (PKM) ADUN Gombak Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ujarnya lagi, Datuk Dr Hasan telah melawat isteri saya dengan beri bantuan wang tunai RM3000 dan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan RM 7000 untuk membiayai kos kaki palsu .

Menurutnya proses bantuan yang saya mohon selama dua bulan telah diluluskan dengan mudah di PKM DUN Gombak Setia dan selepas mendapat sokongan oleh Datuk Dr Hasan ke Pusat Zakat Wilayah akhirya bantuan kaki palsu RM7000 diperolehi juga untuk melangsaikan bayaran kaki palsu berjumlah RM10,000.

Sementara itu, Norhayati Md Zin pula berkata, saya merakam terima kasih batuan yang diberikan Datuk Dr Hasan yang merupakan ADUN Gombak Setia.

Akhirnya hasrat untuk memiliki kaki palsu tercapai juga setelah sekian lama dinantikan.

Menurut Norhayati berbagai usaha dilakukan oleh suami saya untuk mendapat bantuan kaki palsu ke Pejabat JKM dan Pejabat UMNO bahagian Gombak tetapi gagal diperolehi dan akhirnya bantuan ini dapat perhatian sewajarnya oleh Datuk Dr Hasan dan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.

Saya benar rasa terharu dengan bantuan yang diberikan. Datuk begitu ramah dan tidak kekok melayan penduduk disini ketika lawatan ziarah di kampung kami Batu 8 Gombak, kata Norhayati.

Sehubungan dengan itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ketika menyampaikan bantuan kaki palsu pula berkata, saya harap bantuan yang diberikan, Norhayati akan teruskan kehidupan dengan lebih baik dan tidak meninggalkan solat.

Walaupun diberikan ujian sakit namun solat perlu dijaga kerana ia merupakan ibadat yang akan di hisab di alam mashyar, kata Hasan pada media.


Editor : : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI