Thursday, December 8, 2011

Ketika cinta berusrah



Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Aku dan murabbiyahku.

Kini, sudah lama tidak bersua.
Duduk-duduk bersamanya, beriman sejenak.
Dia membacakan peringatan-peringatan kepada mutarabbinya dengan penuh sentuhan. Sentuhan yang mengisi kekosongan jiwa.

Aku dapat menyimpulkannya,
mungkin inilah ketika cinta berusrah.

Ketika berusrah, bertemu, bersua,
saling berkomunikasi jiwa dan raga, dan saling bertukar-tukar pendapat.
Namun, kini aku lebih meyakini,
ikatan cinta usrah itu bukan sekadar terjalin ketika usrah sahaja.

Malah, luar dari usrah, aku turut mengingati dia.
Aku ingat segala pesanannya.
Aku ingat segala amanatnya.
Aku ingat rupa parasnya yang sungguh lembut
memujuk kami untuk berjuang di jalan-Nya.
Aku ingat sentuhan tangannya yang bukan sekadar membelai tangan,
malah turut membelai sanubari.

Jika ditanya kepadaku, sejauh mana pentingnya murabbiyah kepadaku,

Jawabku mudah,

” Penting sehingga aku dapat genggam kemenangan agung satu hari nanti.”

Pentingnya murabbiyah kepadaku kerana dia yang banyak memanduku.
Pentingnya murabbiyah kepadaku kerana dia yang memberi sepenuh perhatian kepada pembinaan tarbiyyahku.

Jika ditanya kepadaku, ” Apakah engkau akan melawannya satu hari nanti ? “

Jawabku, ” Ya, sekiranya apa yang diajar kepadaku berlawanan dengan agama.”

Aku perlu taat kepada murabbiyahku.
Tetapi taat aku itu juga ku dahului dengan akal fikiran.
Akan aku tanya apa yang aku tidak tahu.

Kerana aku tahu,
Aku dan murabbiyahku,
Kami berdua adalah manusia,
Sama-sama lemah, sama-sama tidak pernah suci dari dosa,
Maka, tidak perlulah aku terlalu memandang pelik dan sinis,
Bila aku sendiri atau dia melakukan kesalahan,
Malah, teruskan saling mengingati.

Murabbiyahku bukan malaikat,
Tetapi mungkin lebih jadi pembinaan dirinya lebih sempurna,
Mungkin pengalamannya lebih banyak dari diriku,
Jadi, tiadalah salahnya andai aku hormati dia sebagai guruku,
Guruku dalam tarbiyyah.

Murabbiyahku bukan rakanku,
Murabbiyahku bukan kakakku,
Murabbiyahku bukan ibuku,
Tetapi dia kesemuanya bagi aku.

Meskipun bukan dia menemani aku selalu,
Sebagaimana rakan-rakan yang selalu mendampingiku,
Aku tahu, doa darinya selalu mengiringi,
Meskipun dia tidak mempunyai pertalian darah yang kukuh,
Sebagaimana aku dan adik-beradikku,
Namun, ada satu ikatan yang lebih kukuh mengikat antara aku dan dia,
Ikatan aqidah yang tersimpul di bawah kalimah yang satu,
Dan ternyata, bukan dia yang melahirkanku sebagaimana ibuku,
Tetapi dialah yang melahirkan diriku yang baru,
Diri yang seolah mula suci dari kegelapan,
Diri yang seolah baru terpalit kesedaran.


Kau murabbiyahku,
Terima kasih kerana menyantuni diriku,
Terima kasih kerana bersabar mentarbiyyahku,
Terima kasih atas segala pengorbanan yang kau salurkan,
Andai aku terlupa untuk berterima kasih,
Maka, kau ingatkanlah aku,
Kerana aku tidak mahu menjadi bagai kacang lupakan kulit.

Andai aku masih leka,
Satu hari nanti,
Atas segala apa yang telah kau berikan,
Maka, kau tuntutlah,
Jika berat untuk tuntut di dunia,
Aku merelakan kau tuntut di akhirat kelak,
Biarkanlah aku menyesal kerana tidak mendengar katamu.

Kau murabiyyahku,
Aku tahu kita saling memerlukan,
Mana mungkin ada aku tanpa kamu,
Aku sendiri akan tersesat tanpa bimbingan,
Malah bimbingan dari dusta yang aku terima,
Jujurnya, aku memang perlukanmu,
Sentiasa perlu,

Dan aku berharap saling perlunya antara kita,
Tidak akan terhenti,
Sampai bila-bila,
Meskipun diri kau bertukar ganti,
Kita dipisahkan oleh jarak yang berbatu-batu,
Aku tidak akan pernah lupa padamu.

Kau murabbiyahku,
Jujurlah padaku,
Andai terdapat apa yang mengecewakan dirimu,
Melihatkan diri aku yang masih tidak berubah,
Percakapanku yang membuat hatimu terguris,
Mungkin terkadang tanpa sedar,
Paling tidak ku mahu,
Aku melakukannya dalam keadaan sedar,
Kau papahlah aku kembali,
Meskipun satu hari nanti,
Aku sudah cedera parah,
Segalanya patah,
Sehingga tidak boleh dipapah,
Datanglah kepadaku untuk memapah aku kembali.

Kau murabbiyahku,
Tiada apa lagi yang mahu ku ucapkan,
Tteapi ternyata apa yang aku coretkan,
Bukan sekadar berbasa-basi,

Tenyata, sungguh,
Aku kagumi kau sebagai murabbiyahku,
Dengan harapan,
Aku juga berjaya menjadi sepertimu,
Dalam membina mutarabbiku.

Tabah sepertimu,
Rajin sepertimu,
Penuh dengan kasih-sayang sepertimu,
Ambil berat sepertimu,
Segalanya yang aku patut contohi,
Akan aku contohi.

Kau murabbiyahku,
Melihatkan dirimu,
Membuat diri ini banyak bermuhasabah,
Ada yang sanggup bersusah-payah kernaku,
Ada yang sanggup menjagaku,
Ada yang sanggup tersenyum manis padaku,

sekian, terima kasih murabbiyahku.

Nukilan Rasa : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI