Wednesday, December 21, 2011

Dokumen Bukti Dr Mahathir Pernah Pinjam Dari Bank Dunia

PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahan tiga dokumen Bank Dunia yang didakwa membuktikan Malaysia dibawah Tun Dr Mahathir Mohamed menerima pinjaman dari bank tersebut.

Dokumen itu bersabit dengan salah satu daripada empat pinjaman berjumlah US$704 juta (RM2.236 billion) dari bank dunia yang diambil oleh kerajaan Malaysia semasa kemelut krisis kewangan pada 1998.

Dengan merujuk kepada kepada dokumen pertama, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyifatkan mantan perdana menteri itu telah berbohong kepada negara kononnya tidak menerima bantuan Bank Dunia.

Malah Kertas Maklumat Projek (Project information Document) bernombor PID6999 dan bertarikh 23 Oktober 1998 ini juga, menyangkal fitnah beliau yang kononnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perkakas Bank Dunia.

"Pada tarikh itu Anwar dipenjarakan dan mata lebam, mana mungkin beliau terlibat dalam perkara ini.

"Ini jelas menunjukkan Mahathir dari hadapan menyerang Anwar (fitnah), manakala dibelakang pula Mahathir membuat pinjaman Bank Dunia,"jelas Rafizi dalam satu sidang media di ibu Pejabat PKR di sini baru-baru ini.

Khamis lalu ketika memberikan ucaptama berhubung Program Tranformasi Ekonomi kepada diplomat asing dan para duta di Kuala Lumpur, Anwar berkata Dr Mahathir mendapatkan pinjaman dari Bank Dunia ketika tahun 1998 walaupun beliau menafikan perkara itu kepada rakyat.

Susulan dari itu, muka depan akhbar milik Umno semalam, melaporkan bahawa Dr Mahathir telah mencabar Anwar supaya bersumpah dengan menjunjung Al-Quran bagi membuktikan kebenaran kenyataannya.

Hari ini Rafizi juga mendedahkan dokumen Laporan Penilaian Pinjaman bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999 bagi mengukuhkan dakwaannya yang pentadbiran Dr Mahathir meminjam dari bank dunia.

"Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya yang hanya bermula selepas Anwar dipenjarakan ditandatangani sepenuhnya oleh unit perancang ekonomi yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Dr Mahathir", katanya.

"Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan tersebut dibuat oleh Tun Mahathir melalui Unit perancang Ekonomi,"tambah Rafizi.

Dokumen ketiga pula mendedahkan perjanjian Pinjaman bernombor 4452-MA bertarikh 31 Mac 1998 yang ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri kewangan ketika itu.

Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan, penafian Dr Mahathir berhubung pinjaman tersebut mempunyai hubung kait dengan populariti Anwar yang mendapat pengiktirafan beberapa badan dunia pada ketika itu.

Anwar pada ketika itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

"PKR ingin menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah tata kelola Anwar.

"Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfoli Menteri kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Mahathir mengambil alih pada tahun 1998,"jelas Rafizi.

Dalam perkembangan yang sama, Rafizi menasihatkan agar Dr Mahathir membersihkan imej beliau dimata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau.

"Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir dengan wang rakyat berjumlah RM2 billion pada tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang yang basah.

Mirzan yang dihimpit masalah kewangan bagaimana pun mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM 2.9 billion.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi Biro Perdagangan PKR, Wong Shen.

Editor : Khaulah Azwar : cis habis dui rakyat di telan oleh penyamun tarbus.. aku tak halalkan kalian gunakan duit bahagian aku.. dunia akhirat tak halal..



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI