Tuesday, November 22, 2011

Syaimaa Ilias di Nobatkan Anugerah Al-Ghazali


Gombak : Syaimaa Ilias daripada PASTI Ilmi Permata telah dinobatkan sebagai Pelajar cemerlang Anugerah Al-Ghazali 2011 sempena Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik telah memperolehi keputusan cemerlang dalam akademik pada pertengahan tahun sesi 2010 ketika berusia 5 thn dengan memperolehi tempat pertama dengan mengaut markah 97.66% dan akhir tahun 2010 mencapai 98% tempat pertama.

Pada 2011 ketika berusia 6thn beliau masih mengekalkan kedudukan pertama dengan memperolehi tempat pertama sebanyak 99.63 % dan akhir tahun tempat pertama 96.67%. , kata Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridzuan dalam majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam kelmarin.

Katanya lagi, selain pintar dalam pelajaran Syaimaa juga aktif dalam ko-kurikum dengan melibatkan diri dalam pertandingan Bola Jaring Sempena Fiesta PASTI 2011 sebagai Johan Bola Jaring Peringkat PASTI Kawasan Gombak dan Johan Bola Jaring di peringkat PASTI Selangor.

Kegigihan beliau dalam akademik dan ko-kurikulum membuatkan dirinya terpilih peserta Hafazan sempena Hari Bakat PASTI surah dengan memperolehi Johan diperingkat PASTI Kawasan Gombak, Johan PASTI Selangor dan Johan PASTI Malaysia.

Kejayaan yang diperolehi oleh Syaimaa sekaligus mengharumkan PASTI Kawasan Gombak di peringkat negeri Selangor.

Menurut Hasbullah yang juga merupakan Ahli Majlis MPS Zon 13, seramai 437 pelajar telah diraikan Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak Sesi 2011 hari ini.

Tujuan diadakan Hari Anugerah ini bagi meraikan semua pelajar pasti yang akan meninggalkan institusi PASTI dan mereka akan bakal melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah yang sebenarnya, di mana pengurusan pendidikan sekolah rendah yang lebih mantap dalam melahirkan generasi solih yang merupakan masa depan negara.

Adalah menjadi tangungjawab pengurusan PASTI untuk meraikan kejayaan anak-anak PASTI di peringkat Gombak yang telah berjaya dengan cemerlangnya dalam Akademik dan kokurikulum yang di tunjukkan sepanjang mereka berada di PASTI.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merakamkan Tahniah kepada semua ibubapa penjaga pelajar PASTI yang tidak jemu memberi komitmen yang tinggi di intitusi pasti dalam melahirkan generasi Al - Quran.

Pakar pendidikan telah membuat kesimpulan bahawa anak-anak PASTI yang menerima pendidikan berusia 4 sehingga 6 tahun, mereka lebih mudah di bentuk dan mereka mampu membuat hafazan ayat suci Al-Quran yang tidak mampu dilakukan pelajar PRA Sekolah lain.

Menurutnya lagi sehingga kini peratus penerimaan PASTI semakin meningkat, bahkan ibubapa pelajar kaum non-muslim juga berminat menghantar anak-naak mereka ke PASTI.

Ini menunjukkan kejayaan yang besar kepada semua warga PASTI yang tidak jemu memberi didikan, tunjuk ajar kepada anak-anak PASTI.

Jelasnya lagi, ibubapa seharusnya memikirkan masa depan anak-anak mereka apabila telah dilahirkan kerana mereka merupakan kain putih, dan ibubapalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka samada anak-anak ini akan menjadi seorang islam, yahudi, nasrani atau majusi.

Alhamdulilah hasil didikan guru-guru PASTI dalam mendidikan anak-anak PASTI akhirnya semua pelajar ini mampu menunaikan solat lima waktu, membuat hazafan Al_Quran, mengamalkan doa-doa pilihan dan hadis. Dengan didikan seperti inilah akan melahirkan anak-anak penyejuk di mata penawar hati kepada ibubapa mereka (Quratul Ain).

Tiada yang lebih bermakna kepada ibubapa melainkan mereka memperolehi ana-anak yang solih dan soliha yang akan mendoakan mereka apabila tiada lagi, kata Hasbullah selepas di temui dalam Majlis Anugerah Kecemelerangan PASTI.

Sementara itu Mohamad Azizul Abu Bakar Bendahari PASTI pula berkata, Alhamdulilah PASTI yang ditubuhkan pada tahun 1985 yang bermula di Ampang dan selayang kini semakin berkembang di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS.

Hasil kesabaran dan istiqama semua Guru PASTI dalam memberi pendidikan untuk melahirkan generasi harapan ummah akhirnya PASTI Selangor telah mencapai seramai 15, 600 pelajar dan di Kawasan Gombak telah berjaya menubuhkan 16 buah PASTI.

Ibubapa / penjaga juga banyak memberi Sokongan penuh dalam membantu pengurusan PASTI, ini menunjukkan ibubapa inginkan pendidikan PASTI terus di laksanakan dengan memberi berbagai sumbangan.

Harapan saya semoga ibubapa /penjaga dapat memberi didikan anak-anak PASTI ke sekolah yang boleh membentuk mereka dari sudut sahsiah dan akhlak yang baik.

Biarpun dalam keadaan ekonomi yang meningkat namun ibubapa penjaga seharusnya memberi didikan agama dan akedemik pada anak-anak dengan lebih sempurna kerana merekalah harapan ummah akan datang yang mencorakkan masa depan Negara, kata Azizul yang juga merupakan Ahli Majlis MPS ZOn 14.

Ilyas Dollah bapa kepada Syaimaa melahirkan rasa terharunya apabila anaknya telah di nobatkan Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI 2011.

Katanya, saya tidak menyangka sama sekali anugerah ini diberikan anak saya yang mungkin pada saya masih ramai pelajar PASTI lain mempunyai markah yang baik.

Walaubagaimanapun saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga PASTI, Pengurusan PASTI PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Gombak yang tidak putus asa membantu meningkatkan pendidikan PASTI sehingga lahirkan generasi ummah yang mencintai Al-Quran dan Al-sunnah yang diingin setiap ibubapa.

Di PASTI, Syaimaa mampu membaca, mengira dan menghafaz Al-Quran. Pendidikan Agama dan Akademik yang diberikan oleh PASTI amat memberi kepuasan kepada semua ibubapa penjaga PASTI. Ini jelas terbukti apabila anak-anak Pra Sekolah yang lain tidak mampu menghafaz Al-Quran, Hadis dan membaca dengan lancar . Semoga silibers PASTI akan terus kekal dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Wang saguhati, Basikal, Trofi dan Sijil pelajar cemerlang begitu bermakna pada kami sekeluarga dan diharap akan terus membakar semangat pada anak-anak PASTI yang lain untuk merebut Anugerah ini pada masa akan datang.

Insya-Allah, Syaimaa akan meneruskan pengajiannya di Sekolah ibunya dan akan diberikan penekanan pendidikan Agama dan akedemik yang selaras, kata Illias kepada media.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI