Monday, November 21, 2011

Bina rumah sampah atasi isu sampah haram


Batu Caves : Kira-kira hampir 30 buah kedai yang berniaga di kawasan Perindustrian Taman Bolton menghadapi masalah bau sampah yang kurang menyenangkan.

Di fahamkan oleh seorang pengadu yang berkerja di sebuah Kilang Satay ,Norhayati Abdullah. Semua peniaga disini sudah beroperasi sekian lama dan tidak pernah berlaku masalah pembuangan sampah di kawasan ini, namun semenjak tiga bulan lepas terdapat beberapa buah lori besar membuang sampah di kawasan terbabit.

Norhayati berkata, operasi pembuangan sampah dikawasan ini berlaku setiap hari pada jam 9 malam dimana semua kedai di kawasan perindustrian sudah menutup perniagaan mereka .

Saya sering terserempak beberapa buah lori besar membuang sampah di kawasan ini walaupun terdapat papan kenyataan “Di Larang Membuang Sampah di kawasan ini denda RM1000”, namun mereka tidak endah dengan papan kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, mereka yang buang sampah di kawasan ini di percayai bukan penduduk tempatan di sini tetapi orang luar. Kesan daripada masalah bau sampah menyebabkan perniagaan kami terjejas, katanya.

Manakala seorang pengadu lagi Hack- Q 58, pula berkata, kita sudah buat aduan banyak kali kepada seorang yang jaga sampah disini tapi tidak diambil tindakan. Rentetan daripada itu kami terus buat aduan pada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) namun MPS juga tidak ambil tindakan drastik sedangkan peniaga dan penduduk disini bayar cukai pintu, katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 8, Lim Ching How yang membuat lawatan turun padang ke kawasan TIB 4, pula berkata, saya dapati sampah yang dibuang kawasan ini bukan setakat sampah kecil tetapi sampah besar, sisa-sisa makanan, almari buruk , peti ais yang sudah rosak sehingga kawasan ini sering dihantui bau busuk yang kurang menyenangkan dan memburukkan padangan persekitaran ini.

Akibat tiada kesedaran sivik menyebabkan kawasan berkenaan di hinggapi lalat, tikus, dan anjing liar. Binatang-binatang ini bermaharajalela yang memberi kebimbangan kepada semua peniaga dan penduduk disini.

“Siapa yang tidak bimbing dengan situasai begini kerana jika di biarkan terus – menerus aktiviti haram ini akan meberi kesan kepada orang lain yang datang untuk makan di restoran ini akibat keracunan makanan dan pendapatan ekonomi peniaga disini juga akan turut terjejas”.

Semenjak mereka menjalankan aktiviti membuang sampah disini didapati anjing liar begitu aktif berkeliaran dengan menyelongkar sampah sehingga menyebabkan sepanjang jalan TIB 4 di penuhi sampah sarap.

Saya juga di fahamkan oleh penduduk disini, pernah terjadi seorang penduduk yang hantar anak mereka ke sekolah melalui jalan ini di kejar oleh Anjing liar.

“Nasib baik tidak berlaku kemudaratan kepada pelajar tersebut kalau tidak akan menjadi kes besar pula”, katanya.

Harapan saya agar semua penduduk dan peniaga disini dapat memberi kerjasama dengan mengambil foto dan nombor lori yang membuang sampah di kawasan berkenaan.

Jika kita dapat kesan aktiviti mereka , tindakan undang-undang akan dikenakan dengan diberi kompaun saman sebanyak RM1000 .

Ujarnya lagi, untuk meletakkan kabin sampah disini mungkin tidak sesuai kerana, ianya akan menggalakkan orang ramai buang sampah lagi di kawasan ini. Ia bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menambah masalah lagi.

Justeru itu, dalam masa terdekat saya akan panjangkan masalah yang melanda semua peniaga dan penduduk di kawasan ini kepada pihak berwajib untuk ambil tindakan dengan menubuhkan rumah sampah di kawasan terbabit.

Saya harap MPS ambil tindakan drastik dengan aduan yang di buat oleh rakyat sebelum terjadinya perkara tak diingini terutamanya anjing liar yang berkeliaran di kawasan ini .

Dengan adanya rumah sampah ianya dapat mengatasi masalah pencemaran bau sampah dan sekali gus akan menutup pandangan buruk di kawasan persekitaran ini, kata Lim ketika membuat lawatan turun padang di kawasan TIB 4.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI