Thursday, August 18, 2011

Buku Bangi Bandar Ilmu bakal di terbitkan – Dr Shafie


S.Alam : Bandar Bangi yang dikenali sebagai Bangi Bandar Ilmu akan menerbitkan bukunya sebelum akhir 2011.

“Penerbitan buku ini adalah bagi mengabadikan sejarah Pelancaran Bangi Bandar Ilmu yang yang telah di rasmikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor, YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 Jun 2008 bertempat di KUIS”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar selepas mengadakan mesyuarat khas bersama Exco Pendidikan, Pendikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali di SUK.

Mengulas lanjut, bagi mengukuhkan Imej Bangi sebagai Bandar Ilmu yang telah dicetuskan semenjak September Julai, 2007 sempena Sambutan 30 Tahun Bandar Baru Bangi Sambutan ulagtahun tersebut diadakan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada 26 Jun 2011 dengan menubuhkan Sekretariat Bangi Bandar Ilmu.

Tujuan penubuhan sekratariat tersebut bagi memantapkan semua perancangan gerakkerja disamping itu mengadakan berbagai aktiviti bagi meningkatkan Imej Bangi Bandar Ilmu. Antaranya menerbitkan berbagi buku ilmiah. Buku Bangi Bandar Ilmu adalah merupakan buku sulung yang diterbitkan oleh sekratariat.

Manuskrip Buku ini telahpun siap 70% dan dijangka diterbitkan pada akhir 2011 dengan mendapat sokongan sepenuhnya oleh Dr Halimah.

Selain membincangkan penerbitan buku Bangi Bandar Ilmu bagi mengukuhkan Selangor sebagai Hub Ilmu, maka pihak sekratariat telah mengadakan Peraduan Mengarang Esei Peringkat Tinggi dan Peringkat Menengah dan Peraduan Menulis Puisi yang telah dilancarkan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada 26 Jun 2011. Tarikh tutup bagi semua peraduan ini ialah pada akhir Disember, 2011, kata Dr Shafie.


Manuskrip ini membuktikan bahan berkenaan telah wujud yang bukan sahaja mengandungi dokumen pelancaran Bangi Bandar Ilmu, tetapi melibatkan jua Konsep Bandar Ilmu, diisikan kertas-kertas seminar berhubung dengan Bangi Bandar Ilmu, kertas-kertas yang berhubung dengan Sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi.

Selain daripada itu, turut diisikan dengan Peranan Masjid-Surau sebagai Pendukung Ilmu, Institusi Pengajian di Bandar Baru Bangi baik dari segi universiti, Pusat Penyelidikan dan Tokoh_tokoh Ilmuan yang lahir dari Bandar Baru Bangi, sumbangan idea, falsafah pemikiran tokoh-tokoh yang menjadi identiti mereka yang memberi sumbangan keilmuan sebagai `Pemikiran Bangi` atau `Aliran Bangi.

Menurut beliau lagi, di dalamnya juga akan membicarakan tentang perkembangan Bangi dari segi fizikal sebagai segi tiga emas antara Putera Jaya, Kuala Lumpur dan Seremban. Dengan pembicaraan aspek-aspek sedemikian menjadikan buku ini kelak lebih tebal.

Sementara itu, Dr Halimah pula berkata, “ Penerbitan buku `Bangi Bandar Ilmu` amat disetujui. Saya yakin YAB Tan Sri Dato` Seri Menteri Besar tentu amat bergembira dengan penerbitan buku ini, kerana beliau ialah tokoh yang terlibat dengan pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu pada 22 Jun 2008 itu.

``Buku Bangi Bandar Ilmu, bukan saja menjadi dokumen penting bagi Bangi, tetapi juga sebagai satu hasil yang diterbitkan semasa Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR)”.

Tahniah buat ADUN Bangi dan semua sekratarit Bangi yang bertungkus lumus menjayakan hasratnya mahu menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar ILMU. Selepas 3 tahun mengumpul bahan dan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mencetus minat penduduk Bangi yang majoritinya warga Institusi Pendidikan Tinggi.

Halimah juga telah meminta agar ADUN bangi menyediakan kos penerbitan buku tersebut. Katanya, “Bagi menghasilkan buku ini, saya harap mereka dapat menyediakan kos secara terperinci untuk di usulkan kepada MB”.

Turur hadir bersama membincangkan Manuskrip Buku Bangi Bandar Ilmu Amir Osman, Ketua Lajnah Media, Buletin dan Penerbitan ADUN Bangi, Puan Nabilah bt. Ahmad dan Sdri. Noor Aisyah bt. Zainuddin , Pembantu Pentadbir Pejabat ADUN dan Sdri. Nur Sabrina bt. Mat Arip Setiausaha Sekretariat Bangi Bandar Ilmu.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI