Sunday, August 14, 2011

60 Pemandu Teksi serah Borang Keahlian PAS dan 65 ahli UMNO Keluar PARTI



Gombak : "Negara kita adalah Islam tetapi mengapa pemimpin kita dibawah pengurusan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tidak mengamalkan konsep pentadbiran secara islam. Mereka memerintah bertindak sesuka hati dengan tidak berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah.

Najib yang kita lihat adalah seorang pemimpin yang suka mendabit dada tanpa memperdulikan masalah rakyatnya. Dengan sikap pemimpin inilah menyebabkan negara kita sering diundang berbagai musibah. Maka dengan itu, kita menyeru kepada semua rakyat agar mengubah pentadbiran Negara ini daripada terus menerus diperintah oleh pemerintah yang zalim dalam PRU ke 13 nanti ", kata Pie Abdullah, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Terminal Putra Gombak kepada semua yang hadir dalam program Iftar Jamaie’ di Perkarangan Pejabat PAS kawasan Gombak malam tadi.

Iftar Jamaie’ yang dianjurkan oleh PAS Gombak telah mengorbankan dua ekor kambing, masakan Kampung diadakan penuh keberkatan dengan mengadakan Tahlil Arwah dan doa selamat yang dibimbing oleh Dewan Ulama.

Sehubungan dengan itu, majlis tersebut turut menyerahkan 60 borang keahlian PAS yang diserahkan oleh beliau bagi mewakili Persatuan Ahli Teksi kepada YDP PAS Gombak malam tadi. Menurut Pie, semua ahli yang menyertai PAS melahirkan rasa kesalnya dengan pengurusan pentadbiran yang dibawa oleh Najib. Begitu juga sistem pilihanraya Negara ini yang semakin tidak tulus dan meragui hati semua rakyat Malaysia semenjak 53thn lagi.

Mengulas lanjut, walaupun Negara kita sudah merdeka hampir 53thn tetapi rakyat tidak mendapat kebebasan bersuara, sistem demokrasi dan pilihanraya Negara ini semakin pupus disebabkan kepentingan peribadi individu.

Beliau yang juga merupakan bekas Tentera Laut mempertikaikan pengurusan SPR dalam pilihanraya kerana selama beliau berkhidmat dalam tentera , semua tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

“Undi Pos yang digunakan untuk semua Tentera, Polis adalah tidak tulus. SPR daftarkan kita sebagai pengundi pos tetapi mengapa kami semua tidak dibenarkan memangkah untuk membuang undi. Tiba-tiba undi kita telah ditetapkan dengan menyokong kerajaan UMNO-BN sedangkan kita tidak diberi peluang untuk memilih pemimpin mana yang layak untuk mentadbir Negara dengan tulus”.

Kita dapati terdapat berbagai cara yang dilakukan oleh pihak SPR untuk membantu kemenangan kerajaan UMNO-BN dengan percuma dalam pilihanraya antaranya undi pos, membenarkan kemasukan warga asing ke Negara ini dengan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Terdapat penindihan nama, penukaran nombor kad pengenalan dan sebagainya yang telah diamalkan semenjak bertahun dahulu lagi.

Dengan cara kotor yang digunakan ini, rakyat membuat bantahan tetapi kerajaan langsung tidak ambil peduli suara rayat. Hal ini benar-benar membuat rakyat rasa kesal dengan kepimpinan yang dibawa oleh Najib dan kuncu-kuncunya sedangkan mereka dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat untuk mentadbir Negara ini dengan aman, tulus dan berkebajikan.

Katanya lagi, “ramai rakan-rakan kami rasa tidak berpuas hati dengan pengurusan SPR dalam pilihanraya yang banyak membantu kerajaan UMNO-BN melalui undi pos ini. Kami tidak diberi peluang untuk membuat bantahan terhadap sistem yang digunakan oleh SPR kerana terikat dengan kerajaan. Jika kami bertindak sudah pasti akan diambil tindakan yang diluar jangkaan kami yang sekaligus akan menutup periuk nasi kami. Ini cara kerajaan untuk menakut-nakutkan kami.

Dengan pelbagai yang berlaku, ini jelas menunjukkan pengurusan SPR dalam pilihanraya adalah tidak tulus. Apatahlagi kalau mereka ingin meneruskan hasrat untuk menggunakan Biometerik. Sistem ini walaupun Nampak begitu canggih tetapi kosnya begitu tinggi, akan menjadi kelam kabut dalam pilihanraya kerana sistem yang lembab. Kita bimbang pengurusan yang tidak ada jaminan ini akan sekaligus memberi huru-hara dalam Pilihanraya nanti.

Justeru itu, bagi memulihkan keadaan pentadbiran Negara ini yang dilihat semakin tenat, persatuan teksi yang mempunyai keahlian seramai 184 ahli bernekad untuk sertai PAS. Kami semua hilang kepercayaan kepada pengurusan UMNO-BN yang dibawa oleh Najib.

Katanya, “Semua ahli kami tidak suka pentadbiran UMNO-BN sekarang. Kalau dahulu ramai yang menyokong UMNO-BN dan ada yang masih samar-samar memilih parti untuk mentadbir negara tetapi sekarang setelah dilihat berbagai agenda buruk yang dilakukan oleh UMNO-BN, maka kita sudah nekad untuk mengubah pentadbiran Negara ini. Semakin jelas dan ternyata parti PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah parti yang benar-benar tulus untuk membawa Negara dengan merampas kembali Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti”.

PAS yang kami lihat adalah parti yang mengamalkan ajaran Al-Quran dan Al-Sunah yang diketuai oleh Mursyidul AM, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat merupakan ikon yang terbaik pada rakyat . Pemimpin begini seharusnya dicontohi oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang dimana Tuan Guru lebih utamakan rakyat daripada kepentingan diri sendiri dan keluarganya. Semoga PAS akan teruskan perjuangan ini dengan berpandukan Al-Quran dan Al-sunah agar tidak tersesat sepanjang zama, kata Pie.

Alias Yop , Setiausaha PAS Tmn Pinggiran Gombak yang menyerahkan sebanyak 15 keahlian PAS malam tadi pula berkata, “semua ahli yang mengisi borang ini adalah mereka yang dahulu daripada ahli UMNO-BN Gombak. Sebelum ini sebanyak 20 borang telah dihantar dan diluluskan keahliannya. Sekarang dalam proses penyemakan kemasukan ahli sebanyak 30. Mereka telah keluar daripada parti UMNO-BN kerana rata-rata tidak berpuas hati pentadbiran yang dibawa oleh Najib dan pengurusan UMNO-BN daripada peringkat kawasan sehingga ke pusat. Antara ahli sering tercetus pergaduhan dan hilang kepercayaan antara satu sama lain. Dengan pergolakan ini menyebabkan mereka membuat perubahan untuk menamatkan riwayat UMNO-BN Gombak dengan menyertai PAS”.

Sementara itu, YDP PAS Sallehuddin Nasir melahirkan rasa syukurnya kerana PAS semakin diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa.

Katanya, “kerja Allah SWT mengatasi segalanya walaupun kerja-kerja kita diganggu oleh musuh-musuh Allah dengan membuat berbagai agenda untuk menjatuhkan PR. Ini jelas terbukti apabila setiap isu yang ditimbulkan oleh UMNO-BN akan terkena batang hidung mereka sendiri. Pentadbiran SPR yang merupa kuda tunggangan UMNO-BN telah dibau oleh rakyat yang sekaligus membuat rakyat semakin hilang kepercayaan.

Penyerahan borang Ahli PAS hari ini benar-benar membakar semangat kepada semua pucuk pimpinan untuk teruskan perjuangan ini dengan memastikan PRU ke 13 akan terus diperintah oleh PR.

Sallehuddin juga meminta agar semua ahli yang telah menyertai PAS hari ini diharap terus mengikuti program yang dianjurkan oleh PAS Gombak serta mengikuti semua usrah yang dibawa oleh Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama bagi memantapkan ilmu fikrah didada. Dengan mengikuti program-program ini insya-allah mereka akan lebih mengerti perjuangan yang dibawa oleh PAS, katanya.

Turut hadir bersama Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Ridzuan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Gombak, Khatifah Zamani Sulong dan semua pucuk Piminan PAS Gombak.
Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI