Sunday, July 3, 2011

SENTIASA BUAT SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEPANJANG ANAK AMBIL PEPERIKSAAN - SITI HAIDAH


Gombak : Pengorbanan seorang ibubapa amatlah berharga dan sukar untuk seorang anak membayarnya walaupun diberikan wang ringgit setiap bulan. Bagi pasangan ini Siti Haidah Harun dan Junaidy Ismail merasa bersyukur kepada Allah SWT apabila anak sulungnya Muhammad Afiq Junaidy daripada kecil seusia 6thn mudah dibentuk. Dengan memberi pendedahan didikan agama daripada kecil beliau menjadi anak yang sejuk mata memandang.

Ini telah dibuktikannya, semakin beliau meningkat usia, begitu mudah dirinya berkunjung ke rumah Allah (Masjid). Beliau juga sentiasa membantu ibubapanya dirumah dan membimbing adik-adiknya dalam pelajaran.

Menurut, Siti Haidah Harun, 44thn Sebagai Ibu, saya hanya monitor pelajaran anak-anak. Sebelum ini saya bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat telekomunikasi selama 18thn. Tetapi apabila memikirkan hal anak-anak saya rasa perlu mengorbankan kerjaya saya sebagai pegawai akaun.

“Cukuplah pada saya untuk berkhidmat disebuah syarikat tetapi pada saya amatlah penting saya memberi khidmat yang terbaik untuk suami dan anak-anak pula. Bagi saya anak-anak akan dapat perhatian sepenuhnya apabila ibunya sentiasa bersama lebih-lebih untuk membuat ulangkaji pelajaran bersama anak-anak”.

Sebagai ibubapa kita perlu monitor pelajaran mereka, walaupun kita sibuk dengan kerjaya tetapi perlu luangkan masa untuk mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.

Alhamdulilah Afiq mudah dibentuk dan tidak perlu diminta mengulangkaji pelajaran. Tanpa di suruh beliau sendiri buat sesuatu kehendak hatinya dan sentiasa mengajak adik-adiknya untuk membuat ulangkaji pelajaran bersama.

Guru-guru juga banyak memberi bantuan kepada Afiq dengan memberi bimbingan kelas tambahan dan sebagainya. Kami sebagai ibubapa sentiasa membuat pemantauan dan perbincangan bersama jika pmereka hadapi masalah pelajaran.

Selain memberi tumpuan di dalam kelas, Afiq juga ada mengikuti kelas tuisyen bagi memantapkan ilmunya untuk menduduki peperiksaan yang menentukan masa depannya. Dengan kejayaannya semasa di peringkat UPSR di Sekolah Kebangsaan Tmn Sri Gombak, beliau dapat melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Integrasi Rawang. Apabila di asrama saya dapati masanya begitu padat dan terurus. Beliau sangat mendisplinkan dirinya dalam menjaga waktu.

Di Sekolah Integrasi beliau aktif dalam sukan namun pelajaran tidak pernah diabaikan. Dengan bakat yang diperolehi saya sangat rasa bersyukur dan sentiasa mendorongnya. Tidak sekali saya menghampakan harapannya dan anak-anak yang lain.

Beliau berkata lagi, sikap Afiq yang sangat saya banggakan iaitu sentiasa mendapatkan restu ibubapa, datuk, neneknya dan guru-guru. Mungkin dengan ini kejayaannya sentiasa mengiringinya.

Selain daripada itu, sebagai ibu setiap kali anak-anak mengambil peperiksaan, saya dan suami sentiasa membuat solat hajat dan membaca surah yassin. Semasa saya bekerja dulupun saya sanggup mengambil cuti kerana ingin memberi dorongan kepada mereka sepenuhnya.

Amalan ini saya lakukan kesemua untuk anak-anak saya setiap kali mereka ingin menduduki peperiksaan. Bagi saya doa ibu bapa amatlah penting untuk anak-anaknya.

Alhamdulilah dengan usaha ini akhirnya Afiq Berjaya dalam peperiksaan. Beliau telah mendapat tawaran pelajaran A Level Kolej MARA Seremban selama 2 tahun dalam jurusan Engineering Program untuk melanjutkan pelajran ke Australia atau New Zealand.

Harapan saya, dimana sahaja Afiq berada beliau akan menjaga Imannya dengan sentiasa menjaga amal ibadahnya seperti mana kita dapat mendidik dirinya daripada kecil mengenal Allah SWT, diharap apabila beliau berada di Overseas beliau tidak melupakan itu semua. Semoga Afiq mampu menjadi terbaik kepada adik-adiknya.

Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.B Datuk Hasan B. Mohamed Ali kerana telah memberi anugerah pelajar cemerlang kepada beliau.

Anugerah ini juga telah diberikan oleh Y.B Datuk Hasan kepada anak ke 3 saya, pada tahun 2009 Muhammad Naqib yang menduduki peperiksaan UPSR dan Muhammad Afiq yang telah menduduki SPM pada tahun 2010.

Perkara ini, kami sebagai penduduk Gombak Setia tidak pernah melihat ADUN terdahulu yang di tadbir oleh Yuszahari Yusof, ADUN BN dahulu. Perkara ini telah saya dengari oleh adik saya yang mempunyai anaknya menduduki peperiksaan dengan mendapat keputusan yang cemerlang juga tetapi tidak diraikan oleh ADUN.

Alhamdulilah dengan penukaran pentadbiran Kerajaan, rakyat Gombak sentiasa diraikan samada peringkat remaja mahupun peringkat warga emas.

Dengan identiti beliau sebagai motivator yangs angat terkemuka berpendidikan tinggi dan kebolehan beliau mentadbir amat di kagumi ramai. Kami sebagai rakyat di Gombak merasa bersyukur kerana memperolehi ADUN yang berjiwa rakyat dan prihatin dengan rakyatnya.

Bagi kami, pelajar-pelajar yang menerima anugerah daripada ADUN dengan memberi wang RM100, sijil dan cenderahati itu adalah satu penghargaan untuk mereka setelah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Dengan dorongan kepada pelajar-pelajar walaupun kecil ianya amat berharga dan memberi satu suntikan yang bermakna buat mereka untuk terus maju kehadapan, katanya.



Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI