Batu Caves : Sekali lagi penduduk tepi Sungai Kg. Indian Settelemet cuba membuat provokasi murahan dengan mengadakan bantahan di hadapan SUK jam 11.30 pagi tadi dengan niat untuk menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat (PR) DUN Batu Caves menyerahkan geran tanah Borang 5A kepada 77 orang penduduk Kaum India di Kg Indian Settlement dan 17 orang daripada Kg Sg. Kertas yang terdiri kaum melayu yang bakal menerimanya sabtu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari ketika dihubungi tadi berkata, “Kira-kira seramai 33 orang yang mengadakan himpunan tersebut membuat bantahan di hadapan SUK pagi tadi cuba berjumpa dengan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyerahkan memorandum. Mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan pemberian borang 5A kepada semua bakal penerima”.
“Terus terang saya katakan, mereka yang hadir adalah daripada MIC yang sengaja membuat provokasi murahan”,kata Amir.
Beliau mengulas, “ terdahulu pada tahun 1990 sebanyak 14 lot tanah telah diluluskan oleh UMNO/BN dan pada awal 1980 sebanyak 35 lot juga diluluskan oleh UMNO/BN. Pemberian tanah tersebut tidak sama rata sehingga tercetus perselisihan faham antara pendduduk. Pemberian lot tanah ibarat pilih bulu dan parti. Ada yang tidak patut menerimanya diberikan juga semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka. Tetapi yang sepatut layak menerimanya di pinggirkan. Segala kebajikan penduduk rakyat disitu tidak dipedulikan. UMNO/BN gagal menyelesaikan masalah lot tanah tersebut dengan baik”.
“Apabila PR menang di DUN Batu Caves, saya berjanji akan cuba membantu penduduk disitu untuk atasi pemberian lot tanah mereka dengan adil. Rata-rata mereka yang duduk disitu kira-kira hampir 50thn rasa terkilan hak mereka di cabuli oleh mereka yang tidak sepatutnya menerima”.
Sepangjang 50thn pemerintahan UMNO-BN, Senator Kogilen Pillai, Timbalan Menteri Luar Negara tidak berusaha untuk membantu penduduk kaum india disitu. Rata-rata penduduk disitu hilang tempat mengadu untuk menuntut hak mereka. Dimanakah kebajikan penduduk kaum india disitu?.
Katanya lagi, “ Lot tanah disitu tidaklah besar sangat sehingga melibatkan terkena bahu jalan, parit, sungai dan ada yang tertindih kawasan. Mereka (MIC) ingin setiap seorang satu lot. Mana kita ada tanah nak bagi?. Akhirnya Pejabat tanah telah membuat pembahagian dengan mengukur kawasan tersebut dengan adil tanpa pilih kasih dan bancian juga telah dibuat”.
“ Walaupun berbagai ujian dihadapai dalam 3 tahun lebih PR memerintah, alhamdulilah semua dapat ditangani dengan baik. Pemberian borang 5A hampir tercapai pada 17hb Februari, 2011 tetapi telah tertunda kerana sikap irihati penduduk Sungai yang terdiri daripada MIC. Mereka mencetuskan provokasi dengan adakan bantahan memorandum kepada MB Selangor. Akhirnya majlis terpaksa ditundakan untuk di teliti dengan terperinci bersama semua pihak berwajib. Saya bersama Azmin Ali, Parlimen Gombak dan MB juga dapat rasakan perasaan kecewa mereka apabila majlis tersebut ditundakan. Penduduk yang sudah membuat berbagai persiapan untuk majlis itu begitu terkilan dengan sikap MIC yang sengaja memberi masalah kepada penduduk disitu”.
“Saya selaku ADUN disitu dapat merasai perasaan kecewa mereka dan bernekad akan terus memperjuangakan hak mereka dengan seadil-adilnya”.
Atas perbincangan Kerajaan Negeri bersama dengan semua yang terlibat (JPS, Pejabat Tanah, MPS ) dengan mengambil beberapa bulan maka kita dapat menyelesaikan dengan baik. Segala keputusan pemberian tanah ini ditentukan oleh Pejabat Tanah.
Saya juga dapat maklumat, mereka menuduh saya dan Azmin Ali, menyatakan penduduk yang bakal menerima borang 5A diberi atas pilih parti dan kasih. Saya menyelar tuduhan pihak MIC kepada kami pagi tadi. Berat sungguh tuduhan itu.
Ingin saya tegaskan Kita dalam PR apa sekali kebajikan yang kita lakukan adalah tanpa mengira parti dan perkauman. Jika mereka layak maka kita berikan. Kita bukan macam UMNO-BN yang suka mengamalkan konsep pilih bulu, perkauman dan “double standard” untuk kepentingan mereka.
“Saya tidak mempunyai kuasa yang mutlak dan kepentingan peribadi. Ingin ditegaskan sekali lagi, “kita beri borang tersebut kepada semua tanpa kira parti dan perkauman setelah diteliti oleh pihak pejabat tanah dengan kelayakan yang mereka perolehi. Sewajarnya mereka diberikan hak mereka kembali dengan adil”, kata Amir.
Mereka (MIC) yang buat bantahan pagi tadi sepatutnya tidak perlu adakan bantahan ini kerana 2 hari yang lepas kita juga telah berbincang dengan mereka yang duduk di kawasan Sungai Kg. Indian Settelement untuk menerangkan hal ini. Rata-rata yang hadir dalam pertemuan itu bersetuju dan tiada bantahan dibuat. Tetapi mengapa pula hari ini mereka buat bantahan di SUK”?
Walaubagaimanapun, Insya-allah saya akan cuba sedaya- upaya untuk mencari tempat yang sesuai untuk diberikan kepada mereka tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Untuk sementara waktu dalam peringkat perbincangan, saya telah cadangkan kepada MB mungkin mereka sesuai di tempatkan di Kg. Batu Arang. Saya akan cuba dapatkan Borang 1 untuk mereka, ujarnya.
Sementara itu pula, Viriya a/l Raman, Ketua Komuniti Kaum India disitu pula berkata, “Kita kesal dengan tindakan mereka yang terdiri MIC membuat bantahan murahan di SUK pagi tadi. Ini semua niat untuk menggagalkan majlis penyerahan borang 5A untuk kali kedua”.
“Semasa 50thn UMNO-BN memerintah Bekas ADUN Batu Caves yang dikuasai oleh UMNO disitu, serta Senator Kogilen Pillai, Timbalan Menteri Luar Negara dan Ahli Majlis MPS tidak ambil peduli masalah penduduk. Puas kami cuba berbincang menuntut hak tetapi menghampakan”.
“Setelah PR memerintah dalam tempoh 3thn lebih, ADUN Batu Caves dapat atasi masalah ini dengan baik. Segala kemulut dihadapi penduduk dapat di selesaikan walaupun majlis yang sepatutnya berlaku dengan gemilang dan kesyukuran pada bulan Februarpy lepas, telah tertunda disebabkan sikap penduduk Sungai yang terdiri daripada MIC. Saya harap majlis yang bakal berlangsung nanti tidak diganggu kacau oleh UMNO-BN dan MIC lagi”, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment