Thursday, July 14, 2011

Mengapa PAS tidak organize himpunan Bersih 2.0

Gombak : PAS menjawab persoalan yang sering tercetus dibibir rakyat apabila UMNO-BN cuba manupulasi “kenapa PAS tidak memimpin BERSIH dan mengapa Datuk Ambiga? dengan niat untuk berlakunya perbalahan dan perkauman".

YDP PAS Shah Alam Khalid Samad berkata kepada wartawan kelmarin, “hakikatnya BERSIH adalah program NGO dan NGO berhak membuat apa-apa aktiviti yang mereka inginkan.

Yang baik, kita sokong, yang kurang baik kita tidak bersama atau tentang sekiranya ianya membawa keburukan. Tidak semestinya semua kegiatan dipimpin oleh PAS ataupun PR. Perlu diingat, bahawa parti komponen di dalam PR bukan sepertimana UMNO yang akan hijack program pihak lain semata-mata untuk kepentingan politik mereka”.

“Sekiranya BERSIH dipimpin oleh PAS, maka akan dikatakan ianya bermotif politik kerana dipimpin sebuah parti politik. Oleh itu ada baiknya NGO mengadakan program bersama rakyat jelata supaya mereka yang ingin melihat keadilan untuk rakyat, di mana suara mereka didengari dan pilihan mereka dihormati, dapat digerakkan dan digabungkan bersama. Ini yang dinamakan ‘civil society initiative’ atau apa yang biasa diterjemahkan sebagai usaha masyarakat sivil atau, bagi saya, masyarakat awam. Ianya initiatif masyarakat awam yang tidak didorong mana-mana parti politik”.

UMNO/BN sudah hilang sokongan masyarakat awam dan oleh itu mereka takut pada pilihan raya yang bersih dari penipuan. Sepertimana yang saya sebutkan dulu, pilihan raya bersih = BN kalah.

Beliau berkata lagi, “amat jelas bahawa UMNO/BN adalah penipu dan penakut. Pada mulanya dikatakan “buatlah di Stadium dan pekik-pekiklah sekuat hati kamu di sana”, tetapi sekarang, di Stadium pula tidak dibenarkan.

Mereka tahu rakyat tidak inginkan mereka lagi dan oleh itu, sekiranya dibenarkan rakyat berkumpul untuk menunjukkan sokongan terhadap satu pilihan raya yang adil dan bersih, mereka yakin Stadium itu akan dibanjiri rakyat dari setiap lapisan masyarakat.

Oleh itu mereka tiada pilihan lain, selain tarik balik cadangan mereka sendiri dan terus mengharamkan perhimpunan rakyat.

UMNO/BN melakukan ini walaupun ianya bercanggah dengan nasihat DYMM SPB YDP Agong. Katanya, “siapa yang derhaka sekarang?

‘Perhimpunan’ demi ‘perhimpunan’ yang mengutuk BERSIH dibenarkan, setiap hari keluar akhbar. Tetapi perhimpunan menyokong BERSIH atau perhimpunan BERSIH itu sendiri tidak dibenarkan! UMNO/BN kini dalam ketakutan”.

“Saya rasa masanya sudah tiba. Saya dapat rasakan UMNO/BN pun sudah rasa begitu. Masa untuk negara ini diperintah oleh selain dari UMNO. PAS ganti UMNO!”


Editor : Khaulah azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI