Sunday, July 10, 2011

Mantan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor pulang Kerahmatuallah



Gombak : Ahli PAS Kawasan Gombak merasakan kehilangan seorang guru yang kaya dengan startegi pilihanraya negeri selangor.

Setakat ini tiada siapa yang mampu menyayangi kebolehan beliau dalam ilmu pilihanraya, kata Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Naib Timbalan Ketua Muslimat PAS Gombak ketika di temui di Masjid Ar-Rahimah petang tadi.

Allahyarham cikgu Radhi Yusof, 51thn merupakan Mantan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor yang telah berkecimpung dalam dunia politik semenjak di bangku sekolah lagi dan ketika usia awal 20an, beliau telah terlibat dalam Pemuda PAS Gombak.

Beliau terus bergerak aktif dalam PAS Gombak dengan menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pemuda PAS Gombak kemudian terus menjawat jawatan sebagai Timbalan YDP PAS Gombak sehingga kini. Jawatan Timbalan YDP PAS telah dipegang selama 16 thn.

Beliau meninggalkan seorang balu, Pn Sarimah Mohd Sharif dan 6 orang anaknya.

“Kita rasa satu kehilangan besar dengan kehilangan Allahyarham Cikgu Radhi yang dianggap sebagai ketua guru kepada semua ahli PAS Gombak. Beliau yang mempunyai Perwatakan tegas dan ramah mudah didekati semua rakyat Gombak tanpa mengira parti.”

Sehubungan dengan itu saya mewakili semua jemaah PAS Gombak merakamkan segulung takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga keluarga beliau bersabar dan redha di atas ujian yang diberikan oleh Allah SWT.Jika ahli keluarga merasa kehilangan besar, kami juga turut merasainya juga.

Harapan kami semuga isteri dan anak-anak beliau akan terus menyambungkan perjuangan ayahnya di Gombak dengan penuh istiqama’ walaupun jasadnya sudah tiada lagi kerana mereka merupakan pelapis ayahnya yang sangat aktif dalam PAS, katanya.

Sementara itu, Radzi Ema anak kedua beliau menyatakan “saya tidak sangka ayah pergi dalam masa ini. Semalam saya suap ayah makan tetapi beliau tidak mahu makan cuma airmata beliau mengalir tanpa berkata apa-apa”.

Arwah mengalami penyakit “Limphorma” yang disyaki masalah paru-paru yang bermula pada bulan November, 2010. Pada Mac, 2011 ayah sering batuk dan ditahan Hospital HKL selama sebulan lebih.

Kemudian di bawa ke Hospital Selayang selama 3 minggu. Kira-kira 8 pagi tadi, ibu yang sentiasa berada disisi ayah sepanjang masuk Hospital menghubungi kami menyatakan ayah sudah pulang kerahmatuallah.

Kami adik - beradik sungguh terkejut, kerana ayah yang kami kenal seorang yang tegas mempunyai jiwa yang kental tidak mudah mengaku kalah dalam apa juga tetapi ayah tewas melawan sakitnya.

Sifat ayah yang tegas kerana beliau merupakan seorang guru yang mengajar di Laksa Sentul, kemudian bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia, katanya.

Allahyarham telah dikunjungi ratusan pengunjungan daripada peringkat semua saf pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor, dan PAS Negeri Selangor dan PAS Kawasan Gombak.

Beliau telah disolat jenazah dan dikebumikan di tanah perkuburan islam Taman Batu Muda, Gombak jam 2 petang.

Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI