Sunday, June 19, 2011

Selangor serah RM6 juta bantuan pendidikan



SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) telah menyampaikan bantuan RM6 juta kepada Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Cina dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tamil di negeri ini di bawah fasa pertama untuk memantapkan prestasi sekolah-sekolah berkenaan.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Y.A.B. Tan Sri Dato` Ser Abdul Khalid Ibrahim di ruangan legar bangunan SSAAS baru-baru ini.

Bantuan pendidikan ini adalah sebahagian daripada peruntukan RM16 juta yang diluluskan kerajaan negeri untuk tahun ini, kata Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Y.b Dr Halimah Ali.

Peruntukan itu akan disalurkan menerusi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kesemua 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah terbabit. Katanya, “saya menyarankan agar semua (ADUN) dan (PKM) dapat menyampaikan maklumat berhubung peruntukan tersebut disamping membantu menguruskan permohonan untuk mendapatkan peruntukan itu”.

“Pihak (ADUN) dan (PKM) juga diminta untuk membantu memantau sekolah-sekolah yang ingin menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri. Bagi tahun 2011, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta iaitu RM6 juta untuk SAR, SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta) ujarnya kepada sidang media. Keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan tiga aliran sekolah itu adalah RM RM6,692,786.

Sebanyak 121 Sekolah Agama Rakyat menerima peruntukan di bawah Fasa Pertama 2011, manakala 75 adalah sekolah Cina dan 97 sekolah Tamil (97). Ulasnya lagi bahawa pada zaman pemerintahan Kerajaan UMNO/BN, semua SRA, SRJK ©,SRJK(T) tidak mendapat perhatian sewajarnya, tetapi selepas peralihan pemerintahan, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah memberi bantuan sejak 2009.



Beliau memaklumkan yang Kerajaan PR di Selangor amat menekankan keilmuan dan kerajaan berusaha menjadikan Selangor Hub-Ilmu yang akan berlangsung di Shah Alam dan di seluruh daerah di Negeri Selangor pada 26hb Jun, 2001.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah sepert Gerakan Membaca dan Menulis, Pesta Buku Selangor, Kempen mewujudkan Mini Perpustakaan di rumah, Jejak Ilmuan, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah di jalankan setiap DUN di negeri Selangor, Menubuhkan Majlis Permuafakatan PIBG, Menubuhkan Yayasan Pendidikan Selangor.

Turut hadir bersama dalam menyampaikan replika cek kepada sekolah-sekolah ialah Y.B Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Ronnie Liu Tian Khiew, Exco Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan. YB Pn. Rodziah Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, YB. Haniza Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB.Lee Kim Sin, (ADUN) Kajang, YB Ng (ADUN) Sekinchan dan YB Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.

Permohonan untuk mendapatkan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua akan mula di terima mulai 10hb Jun, 2011 manakala tarikh tutup permohonan adalah 11 Julai depan. Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, atau di pejabat ADUN, PKM serta Unit Pendidikan di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada talian 03-55212283.


Editor:khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI