Thursday, June 2, 2011

Kejadian Tanah Runtuh di Tmn Townvilla Sri Gombak di Kawal Rapi


Kg. Sg. Chincin Gombak – Penduduk sekitar Kg. Sg. Chincin tidak perlu risau berikutan keruntuhan tanah setinggi 30 meter yang berlaku di Taman Sri Gombak Townvilla baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Sungai Chincin, Hj Abdul Rani Awang ketika di temui pagi semalam di Pejabat Penghulu Mukim Setapak berkata, “setakat ini hasil turun padang pagi tadi tiada lagi berlaku runtuhan tanah walaupun seminggu berlalu. Pihak berkuasa daripada Polis , Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kerajaraya (JKR) telah mengambil tindakan sewajarnya selepas menerima aduan tanah runtuh pada malam kejadian”.

Setakat ini Pos Kawalan 24 jam juga telah beroperasi sejak 25 Mei lalu bagi menjaga keselamatan penduduk. Pos kawalan ini akan ditutup setelah menerima notis daripada pihak berwajib.

Semenjak berlaku runtuhan tanah di kawasan ini, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrasruktur Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan petugas-petugas PKM dan Unit Amal Gombak telah membuat lawatan turun padang tiga kali bertemu dengan penduduk dan telah memantau tempat kejadian.

“Insya-allah dalam masa terdekat ini, Y.B Datuk Hasan akan bertemu dengan wakil penduduk, ketua kg, penghulu mukim dan semua pihak berwajib dalam satu mesyuarat khas di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk menerima aduan terkini daripada penduduk dan tindakan akan diambil dengan segera oleh Datuk Hasan untuk di ajukan kepada Kerajaan Negeri Selangor”, katanya.

Sementara itu Penghulu Mukim Setapak Zuraimi Mohaini pula berkata, “Kita sudah maklumkan kepada semua penduduk disitu sekiranya menerima tanda-tanda akan berlaku kejadian runtuhan tanah hendaklah berhubung dengan Penghulu Kampung dan Ketua Kampung segera dan bantuan musibah akan diberikan bagi membantu penduduk kampung”.

Dalam hasil perbincangan bersama Pejabat Tanah, JKR, MPS, dan Polis, kita bersetuju menempatkan mereka di lokasi yang lebih strategik di Sekolah Rendah Integrasi Sg. Chincin dan Dewan Beringin Taman Sri Gombak untuk sementara waktu sekiranya berlalu runtuhan tanah, katanya

Media di fahamkan oleh Pengerusi JKKK Kg Sg. Chincin dan salah seorang penduduk disini Mabrur Mak Rufi, 51thn ketika lawatan turun padang bersama Petugas-petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Penghulu Mukim Setapak, Zuraimi Mohaini pagi semalam, kira-kira penduduk disini seramai 300 lebih penduduk dengan mempunyai 60 buah lot rumah. Dan untuk meyakinkan penduduk di sini, pihak pengurusan juga telah memasang kanvas di tempat kejadian agar tidak berlaku runtuhan tanah sementara menanti tindakan sewajarnya di ambil oleh Y.B Datuk Hasan dan pihak berwajib dalam masa terdekat ini.



Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI