Tuesday, March 15, 2011

Ibu Tunggal Sebak Terima Bantuan RM5000





Gombak - Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) telah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM80,000 untuk 16 orang mangsa kebakaran yang terlibat dalam musibah seminggu yang lalu di Gerai MPS Greenwood yang mempunyai sebanyak 20 buah gerai .

Sebanyak RM5000 seorang telah menerima bantuan tersebut yang telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Y.B Datuk Hasan berkata, "Kerajaan Negeri (PR) melahirkan rasa simpati diatas segala musibah yang berlaku keatas semua mangsa kebakaran. Segala ujian yang berlaku adalah didikan daripada ALLAH swt kepada kita. Diharap semua mangsa bersabar diatas ujian yang diberikannya".

"Insya-ALLAH bagi Kerajaan PR, akan membantu sedaya upaya bagi meringankan beban semua peniaga disini. Dengan itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk memindahkan semua peniaga di Tmn Berlian, Gombak. Insya-allah dalam masa terdekat ini, semua peniaga akan dapat memulakan operasi perniagaan mereka kembali seperti sediakala".

"Kita juga telah berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memastikan gerai-gerai yang bakal disediakan adalah selamat. Pihak MPS akan memasang "Grill" setiap gerai bagi memastikan peralatan mereka tidak dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan PR sedikit sebanyak dapat memulakan kehidupan baru buat semua peniaga disini", katanya.

Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor , Y.B Rodziah Ismail selepas melawat tapak perniagaan mangsa di greenwood pula berkata, "Saya bersama saf-saf pimpinan PR sekali lagi mengucapkan takziah buat semua mangsa kebakaran. Segala musibah yang menimpa tidak semua yang ingin perkara tersebut berlaku, namun sebagai umat islam kita kena redha. Setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya tersendiri".

"Dengan ini, seperti sedia maklum seperti yang telah dikhabarkan oleh Y.B Azmin Mohamed Ali Ahli Parlimen Gombak, Kerajaan PR akan memberi berita gembira untuk semua peniaga bahawa pihak MPS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Kerajaan PR untuk membantu meringankan bebanan semua mangsa dengan tidak mengenakan bayaran sewa untuk tempoh 3 minggu ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan membantu kos-kos kerugian yang lain berdasarkan keperluan dan kepentingan peniaga.

Kita harap dengan bantuan diberikan, mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini dapat menikmati hasil pulangan Kerajaan Negeri PR dalam menyalurkan bantuan kepada rakyatnya melalui Tabung Kebajikan Bencana Alam Selangor".

Rodziah berkata lagi, "beberapa orang ibu tunggal telah bertemu dengan saya menyatakan beliau tidak dapat meneruskan perniagaannya lagi selepas berlakunya kebakaran. Perniaagan inilah merupakan aset utama beliau untuk mencari nafkah anak-anaknya yang semuanya masih bersekolah".

Rentetan daripada beberapa aduan diterima ini , insya-allah dalam masa terdekat, saya akan membantu mereka dengan memberi penerangan skim Mimbar dan mikrokredit buat mereka yang berminat meneruskan perniagaan mereka".

'Semoga dengan jalan laluan yang kita berikan kepada mereka dalam skim ini semua peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka lebih baik, tanpa mengenakan sebarang faedah. Skim ini terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan perkauman. Bagi ibu tunggal dan OKU yang terlibat dalam kebakaran ini juga kita akan berikan bantuan mereka. Kerajaan Negeri akan membantu mereka melalui skim-skim yang sediaada, insya-allah".

Seorang mangsa yang merupakan ibu tunggal telah menerima bantuan Cek RM5000, Pn. Maimunah Jamaluddin 45thn mempunyai 4 orang anak yang semua masih belajar.

Maimunah berkata, "saya berterima kasih kepada ADUN Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali dan semua pimpinan Kerajaan PR yang begitu prihatin dengan masaalah yang kami hadapi. Sudah beberapa kali mereka dan ahli-ahli majlis MPS turut bersama turun padang bertanya khabar dan pendapat pada kami saat-saat diuji dengan musibah".

Kami dapat merasakan mereka terlalu mengambil berat dengan masaalah rakyat disini. Dengan bantuan dan keperihatinan mereka berikan menunjukkan mereka tulus dalam menjalankan tanggungjawab.

Kalau dulu setiap hari kami dapat membawa hasil jualan tetapi 2 minggu berlalu,tiada apa yang dapat dibawa pulang untuk menyuapkan anak-anak lagi.

Yuran pelajaran anak-anak masih belum dpat dilangsaikan. Anak sulong saya bersekolah di Sri Gombak (Tingkatan 4), Anak ke 2 sekolah Agama A-Falah di Raub Pahang, Anak ke 3 & ke 4bersekolah di Tmn Samudra.

Semua perbelanjaan mereka saya yang tanggung melalui perniagaan ini. Ingat bulan ini saya ingin melangsaikan yuran pelajaran anak-anak tetapi terpaksa di tunda kerana masaalah yang saya hadapi.

Kerisauan memikirkan pendapatan yang tidak seberapa ini telah memberi sedikit tekanan kepada saya berikutan musibah yang menimpa. Hanya doa kepada ALLAH swt semoga ada insan-insan lain dapat menghulurkan bantuan kepada kami yang sedang diuji oleh ALLAH swt.

Alhamdulilah, doa kami diterima ALLAH, Hujan tidak berterusan, akhirnya hari ini kami telah menerima rezeki yang lebih baik sebagai pusingan modal perniagaan kami. Tanpa disangka Kerajaan Negeri PR telah memberi kami bantuan sumbangan mangsa kebakaran. Cek bernilai M5000 seorang begitu besar nilainya. Semoga bantuan dihulurkan akan membuka pintu rahmat kepada semua pimpinan Kerajaan PR yang menjalankan tugas dan memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya. Dengan bantuan diberikan ini, insya-allah saya akan manfaatkan sebaiknya dan melangsaikan yuran pelajaran anak-anak saya yang telah tertunda.

Terima kasih juga kepada Y.B Rodziah yang telah memberi maklumat ringkas mengenai MIMBAR dan Mikrokredit buat semua peniaga disini. Ini memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perniagaan tanpa berputus asa lagi, ujarnya dengan sebak.


Editor : khaulah azwar



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI