Thursday, March 24, 2011

ADUN Ingin jadikan Bangi sebagai Bandar Berilmu



Bangi - Sekolah Kebangsaan Pekan Bangi telah menerima sejumlah kamus daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dr Shafie berkata, "tujuan pemberian buku kepada murid-murid sekolah adalah salah satu cara untuk mempromosikan Bangi sebagai Bandar Berilmu disamping itu untuk memupuk para pelajar minat membaca buku".

"Terdahulu kita ada juga membekalkan buku ini kepada Sek. Keb (J) Cina Pekan Bangi untuk kegunaan sekolah tersebut. Dengan bantuan diberikan diharap dapat membantu parapelajar manfaatkan kemudahan yang disediakan sekiranya keluarga mereka tidak mampu untuk membeli buku berkenaan maka mereka boleh membuat rujukan di perpustakaan sekolah ini".

"Alhamdulilah, saya rasa berterima kasih kepada pihak Pengetua Sekolah, Puan Zakiah Idris yang sudi menerima Kunjungan saya bersama pengiring-pengiring untuk menyampaikan buku-buku tersebut dan pihak kami juga diberi kesempatan meninjau Kelas Pra Sekolah yang berhampiran di sekolah tersebut".

"Selain daripada menyerahkan buku, kami sempat juga melawat bangunan lama sekolah itu yang boleh dikatakan sebagai bahan antik sekolah tersebut yang merupakan salah sebuah sekolah tertua di Hulu Langat".

"Saya difahamkan juga bangunan lama ini didirikan pada tahun 1924. Dinding dan lantainya adalah daripada kayu, tetapi masih kukuh dan digunakan sebagai dewan perhimpunan. Saya puji pihak sekolah kerana masih mampu mengekalkan bangunan lama ini di samping bangunan-bangunan baru".

"Kekalkan bangunan tersebut sebagai bahan antik dan muzium sekolah untuk tatapan generasi akan datang, katanya".



Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI