Wednesday, March 9, 2011

147000 orang yang telah berdaftar menjadi Ahli SMUE





Bukit Antarabangsa Hulu Klang - Seramai 20 orang waris keluarga yang telah layak menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi fasa kedua sebanyak RM1500 seorang daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Y.B Mohamed Azmin Ali , Ahli Parlimen Gombak pagi semalam di pejabat beliau untuk penduduk sekitar di Bukit Antarabangsa tanpa mengira perkauman dan politik. Beliau juga mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga dan waris bersabar dan tabah menghadapi ujian hidup.

Y.B Azmin juga mengingatkan hadirin akan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan yang telah di laksanakan sepanjang 3 tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor bagi mengurangkan beban rakyat. Antaranya Bantuan Ibu Tunggal, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tawaran Warisan Anak Selangor (TAWAS) Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Percuma Bagi 20m, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian dan Skim Mikro Kredit. Kesemua pemberian ini diberikan kepada rakyat tanpa mengira perkauman dan politik.

Katanya, "dengan meneruskan Agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) ini, kerajaan PR sering digasakkan oleh pihak pembangkang Kerajaan Pusat UMNO-BN dengan menyatakan sekiranya PR meneruskan agenda MES Negara akan mengalami muflis. Ini adalah pandangan-pandangan yang sangat negetif".

"Alhamdulilah sepanjang 3 thn Kerajaan PR Selagor memerintah, pendapatan ekonomi negara telah mencatatkan 1.6 billion ringgit. Ini menunjukkan pengurusan ekonomi dibawah Kerajaan PR semakin meningkat dan amat baik. Dimana tidak berlakunya penyelewengan-penyelwengan kewangan dan rasuah. Bahkan keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan PR telah diagih-agihkan kepada rakyat seluruh negeri selangor melalui tawaran-tawaran yang telah diberikan".

Berbanding dengan semasa pemerintahan Kerajaan terdahulu (UMNO-BN) yang banyak berlakunya rasuah, dan penyelewengan. Setiap keuntungan yang mereka perolehi telah diagih-agihkan kepada Kroni-kroninya sehingga kini rakyat dihimpit dengan berbagai kenaikan harga barang dan sebagainya.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melancarkan Ekonomi Selangor bagi fasa ke 2. Begitulah juga peranan wanita PR pada masa ini, mereka membantu mempertingkatkan ekonomi negara melalui berbagai program agar setiap keuntungan yang diperolehi dapat membantu rakyat selangor.

Seorang penerima, Lekshni a/p Achuthan, 53thn berkata, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah membantu rakyat tanpa mengira perkauman dan politik. Semua rakyat selangor telah menerima berbagai faedah melalui skim-skim yang telah ditawarkan berbanding dengan pemerintahan Kerajaan terdahulu.

Ramai rakyat tidak tahu skim tersebut semasa UMNO-BN memerintah, tetapi dalam 3thn PR memerintah semua skim yang ditawarkan kepada rakyat telah diketahui umum dan rakyat telah mengecapinya. Semoga dengan ketulusan pentadbiran Kerajaan PR akan terus kekal memerintah di negeri ini, katanya.

Dalam masa yang sama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves juga telah meyerahkan SMUE kepada 4 orang waris bagi fasa pertama. Waris-waris tersebut telah menerima wang sebanyak RM1000 setiap seorang dan baki RM1500 akan disampaikan dalam masa 60hari dalam satu majlis khas. Skim tersebut telah disampaikan oleh En Sharudin Hj Abu Bakar, Pengarah /Pengerusi Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Harapan beliau kepada semua penerima agar dapat menggunakan skim khairat kematian ini dengan sebaiknya tanpa penyalahgunaan. Sumbangan tersebut boleh digunakan bagi melangsaikan hutang-hutang arwah, membina batu nisan, kenduri arwah, melaksanakan Umrah dan sebagainya, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Usia Emas, En. Kamsani Nasir menyatakan "Alhamdulilah sepanjang 3thn Kerajaan PR memerintah seramai 147000 orang yang telah berdaftar menjadi Ahli SMUE. Dan jumlah keseluruhan yang telah menerima bayaran Skim tersebut sebanyak RM 46 juta. Ini menunjukkan skim tersebut telah dilaksanakan dengan tulus oleh Kerajaan PR berbanding kerajaan terdahulu (UMNO/BN), katanya baru-baru ini.



Editor :khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI