Saturday, February 5, 2011

Perkampungan Orang Asal Kemensah tidak akan dimansuhkan


Hulu Klang- Walaupun kehidupan orang asal pada masa ini berkemajuan namun masih segelintir di beberapa lokasi orang asal yang masih jauh ketinggalan. Samaada pembangunan, ekonomi dan pendidikan.

Beginilah kehidupan orang asal di Kemensah Hulu Klang. Tinjaun media baru-baru ini dengan pihak pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asal (JHEOA) dan Tok Batin dikawasan tersebut dengan hasrat mendengar segala kemelut dan masaalah yang mereka hadapi sekian lama.

En Sabri a/l Ah Hang, Penolong Pembantu JKKK Orang Asal Kemensah berusia 36thn melahirkan rasa kebimbangannya kerana rakyat orang asal disini telah mendengar ura-ura daripada pihak tertentu, menyatakan melalui perbincangan Draf Perancangan Penempatan Wawasan 2020 yang melibatkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kawasan Perkampungan orang asal disini akan dimansuhkan tidak lama lagi.

Menurutnya perkampungan disini sudah sekian lama wujud pada tahun 1968 dengan mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 24 buah keluarga yang masih tidak mempunyai pegangan agama (Aties).

"Kita telah bangunkan kawasan ini yang dahulu kawasan perhutanan. Walaupun terdahulu rumah kediaman kami yang rata-rata terdiri daripada buluh namun pada tahun 2009 kita telah mendapat kediaman rumah daripada pihak Kerajan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor bagi membantu kami disini. Sedikit sebanyak telah memberi keselesaan pada kami".

Namun pun begitu masih terdapat kekurangannya. Kami disini masih tidak mempunyai bekalan elektrik. Ditempat lain sudah ada bekalan tersebut. Kami rasa begitu ketinggalan arus permodenan. Kerajaan Pusat UMNO-BN telah berjanji dengan pihak kami akan menyediakan bekalan tersebut namun sehingga kini bekalan tersebut masih tidak kami perolehi lagi.

"Kami rasa sudah terlalu penat menunggu bekalan elektrik. Setiap kali disuarakan kepada JHEOA mereka hanya menyatakan bersabar. Sampai bila kami ingin bersabar sudah bertahun kami menunggunya".

Bayangkanlah keadaan kami terutamanya apabila tibanya waktu malam. Anak-anak kami yang ingin belajar terpaksa dalam keadaan gelab. Mereka belajar bertemankan lampu minyak tanah. Bagaimanakah ibu-ibu disini yang ingin menguruskan anak-anak kecil mereka".

Untuk mendapatkan bekalan minyak tanah kami terpaksa keluar daripada kawasan ini sejauh 15km. Pernah juga bekalan minyak tanah tiada. Sudahlah kami penat berjalan keluar untuk dapatkan minyak tetapi bila pergi, minyak kehabisan pula, ujarnya dengan kesal.

Walaupun kami tidak mempunyai bekalan elektrik namun anak -anak kami yang bersekolah, pelajaran mereka tidak ketinggalan dan beberapa pelajar disini telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Begitulah juga bekalan air di kawasan ini begitu sukar untuk diperolehi. Kami terpaksa menggunakan air bukit. Untuk menggunakan air ini kami terpaksa menapiskan air tersebut. Kami tidak tahu sampai bilakah penderitaan kami disini akan berakhir. Adakah generasi akan datang akan terus menerus merasa kesusahan ini dan terus dipinggirkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Media difahamkan, juga rata-rata kedudukan orang asli disini mempunyai pendapatan lebih kurang RM350 dengan berusaha mengutip hasil dalam hutan dan memburu. Hasil tangkapan tersebut kami jual diluar kawasan. Dengan hasil inilah kami berikan kepada isteri dan anak-anak kami.

Untuk mendapat RM500 sebulan bagi kami begitu sukar lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan, katanya.

Sabri bersama beberapa orang penduduk disitu ketika ditemui mereka meletakkan harapan agar kawasan ini tidak akan dimansuhkan kerana mereka berhasrat ingin jadikan kawasan kunjungan orang luar dan menjadikan kawasan tradisi orang asal.

Kami ingin melihat anak generasi kami menerajui kawsan ini dengan sebaiknya dan tidak dilupuskan daripada mana-mana pihak. Penduduk disini sagat menentang dengan penghapusan kawasan ini, ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya Zon 4 Hjh W. Hasrinah W. Hasan berkata kawasan ini tidak sama sekali dimansuhkan. Mana mungkin pihak Kerajaan Negeri ingin mansuhkan perkampungan orang asal disini.

Bayangkanlah Kerajaan Negeri telah mengeluarkan modal untuk membina rumah orang asal. Bukan setakat disini sahaja malahan dibeberapa tempat dengan hasrat memberi keselesaan kepada rakyat orang asal. Tiba-tiba mereka mendengar kawasan ini hendak dimansuhkan. Tidak masuk akal. Kita dalam negeri pakatan rakyat yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan, insya-allah kebajikan rakyat di seluruh selangor khususnya dijaga dengan baik tidak kira parti, bangsa mahupun pemahaman ideologi politik yang berbeza.

Setiap perkara yang hendak kita lakukan, insya-allah akan dibawa berbincang bersama dengan pucuk pimpinan, dan semua pihak jabatan-jabatan yang bertangungjawab. Adakah kerja-keraja tersebut mendatangkan hasil kebaikan atau keburukkan.

Kita bukan buat kerja macam puak UMNO-BN buat kerja. Kerja yang tiada perancangan. Dengan kecuaian mereka akhirnya rakyat yang menderita.

Ini mungkin kerja Puak-puak UMNO-BN yang sengaja menakut-nakutkan penduduk orang asal disini. Insya-ALLAH Kerajaan PR tidak melakukannya. Saya harap pihak tersebut tidak membohongi rakyat orang asal disini. Begitu juga penduduk orang asal tidak mudah mendengar cerita yang tiada sahihnya. Sekiranya ada sesuatu yang timbul, kita akan mengadakan sesi dailog bersama rakyat. Penbincangan 2 hala perlu ada bagi menjelaskan setiap isu yang timbul.

Di sini saya juga ingin menegaskan kepada UMNO-BN "Segala janji-jani yang diberikan oleh UMNO-BN pada rakyat seharusnya ditunaikan bukan hanya menabur janji-janji kosong sahaja,. Lihatlah kesusahan mereka disini terpaksa menggunakan lampu minyak tanah untuk menerangi rumah mereka. Jangan apabila tiba pilihanraya berbagai janji ditaburkan untuk beri berbagai faedah", katanya ketika ditemui di Johor kelmarin.



editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI