Sunday, February 6, 2011

Pemuda PAS Gombak Menerapkan Sukan berteraskan Islam


BATU CAVES – Pertandingan Bola Sepak Persahabatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak berlangsung hujung minggu lalu, mengeratkan lagi ukhwah kalangan ahlinya.

Dua pasukan bertanding terdiri daripada pasukan Pemuda Tanah Gantian, menentang Pemuda PAS Gombak.

Pemuda Tanah Gantian, menang bergaya 3-0 menewaskan Pemuda PAS Gombak dalam perlawanan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, program berkenaan bukan setakat pertandingan biasa, sebaliknya menerapkan sukan berteraskan Islam. “Tahniah kepada penganjur mengaturkan program ini dan saya percaya ia dapat menarik golongan muda daripada terlibat aktiviti tidak sihat".

“Bagi pihak Pejabat ADUN, kita akan sentiasa memberikan sokongan aktiviti sebegini khususnya untuk golongan muda,” katanya, semasa merasmikan program simbolik konsep 'Orang Muda Geng Kita' itu, bertempat di Padang Bola Sepak Tanah Gantian, Sungai Tua, di sini.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Zulkifli Hamzah dan Hasbullah Mohd Ridzwan yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Gombak.

Difahamkan kesemua pemain menerima hadiah bola dan medal dalam pertandingan yang merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak dan PAS Cawangan Tanah Gantian itu.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Gombak, Damanhuri Dol berkata, pihaknya percaya sukan dapat menarik golongan muda ke arah kegiatan lebih sihat dan memberitahu lebih banyak program seumpamanya akan diadakan.

Selain bersukan, penganjur turut mengadakan aktiviti gotong-royong BBQ untuk kalangan peserta dan penduduk setempat yang hadir.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI