Wednesday, February 16, 2011

Guru Menanti Elauan yang dijanjikan oleh PM



Gombak - Pegumuman Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri memberi berita gembira dan nafas baru kepada semua pendidik Guru-guru KAFA (SRA) dan (SRAI).

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Bunyamin Mohd Razi yang telah berkhidmat sebagai Guru 3 thn dan telah dinaikkan pangkatnya sebagai Pegetua SRAI (KAFAI) Tmn Amaniah pada Jan, 2011 berkata " Kita rasa berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang begitu prihatin dan menjaga kebajikan guru-guru. Ini merupakan 2 kali semenjak PR memerintah guru-guru telah menerima kenaikan guru KAFA".

Katanya lagi, "Seperti sedia maklum gaji guru KAFA kalau kita nak bandingkan dengan guru-guru sekolah rendah kebangsaan jauh bumi dan langit. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, guru-guru masih istiqamah meneruskan tugas ini.

Dengan Kenaikan elaun guru setidak-tidaknya mereka merasakan sumbangan kepada anak-anak mereka dibalas. Maklumlah bukan semudah itu untuk menjadi seorang pendidik. Kita kena melayan berbagai kerenah dan ragam anak-anak murid.

Untuk memberi ilmu kepada mereka juga perlu kesabaran, penghayatan dan pemahaman yang dalam. Ilmu Agama yang disampaikan bukan seperti ilmu lain, katanya ketika ditemubual di pejabatnya.

Selain daripada itu saya juga ingin memberi cadangan agar permohonan ini dapat perhatian yang wajar daripada kerajaan agar Elaun guru yang dinyatakan dalam penyata gaji guru ditukarkan kepada Gaji pokok kerana guru-guru begitu sukar untuk membuat pinjaman dan urusan lain jika penyata tersebut dinyatakan sebagai Elaun.

Jika diletakkan elaun ramai menyatakan ianya sebagai jawatan kontrak sedangkan guru-guru disini berjawatan tetap dengan berkhidmat selama 18thn, katanya.

Apabila ditanya pendapat tentang Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 pada 15hb Oktober, 2010, PM ada mengumumkan Guru-guru Kafa akan menerima imbuhan dari RM500 kepada RM800 yang akan berkuatkuasa 5Jan, 2011. Adakah guru-guru disini sudah menerimanya. Katanya, Sehingga kini kami tidak menerima sebarang kenaikan elaun daripada Kerajaan Pusat seperti yang telah diumumkan oleh PM.

"Walaupun KAFAI Tmn Amaniah tidak termasuk dalam kenaikan tersebut namun, teman-teman yang mengajar di SRA, SRAI sentiasa menanti kemasukan elaun tersebut sehingga kini. Mereka benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Pengumuman telah dibuat terlalu awal namun sudah masuk bulan ke 3 (Mac, 2011) masih tiada sebarang kemasukan elaun seperti yang dijanjikan".

Rasa terkilan dengan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN) kepada rakyat dalam pembentangan bajet ke -53 pasca. Ibarat seperti pengumuman yang hanya untuk menyedapkan telinga mendengar sahaja.

Kami sebagai pendidik rasa seperti dipermainkan oleh Kerajaan Pusat. Terdahulu saya difahamkan gaji minima guru semasa pemerintahan Kerajaan UMNO-BN minima antara RM180-250 pada tahun 1993. Pada zaman ini juga saya difahamkan tiada penyata gaji dan KWSP.

Bagi kami sebagai pendidik untuk menanti kenaikan gaji guru-guru naik bagaikan satu penyeksaan. Boleh dikatakan 2-3 thn berkhidmat baru gaji guru dinaikkan". Seingat saya, semasa pemerintahan bekas Menteri Besar (MB) Selangor Dato' Khir Toyor juga pernah membuat pengumuman kenaikan elaun guru RM50. Kenaikan tersebut begitu lama kami menanti sehingga tibanya pilihanraya umum, baru kami dapat kenaikan tersebut.

Apakah peristiwa ini akan berlaku kembali dizaman Perdana Menteri Malaysia sekarang dibawah pimpinan Najib. Mungkin itu merupakan satu umpan UMNO-BN pada guru-guru setiap kali pilihanraya diadakan, katanya.

Apa yang berlaku, ramai guru-guru disini rasa tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai kenaikan elaun guru. Saya juga difahamkan oleh sumber tertentu untuk mendapat kenaikan elaun ini, guru-guru perlu ditahsin al-quran dan berbagai helah yang digunakan.

Kalau benar apa yang kami dengar dari sumber yang boleh dipercayai ini, mengapa semasa pembentangan budget yang dibuat oleh PM tidak dinyatakan semua syarat-syarat tersebut secara jelas agar guru-guru ini tidaklah meletakkan harapan yang tinggi.

Bunyamin berkata lagi, Persatuan Guru-guru Daerah Gombak ramai yang sudah ditahsin sebelum mereka dilantik menjadi guru. Sekiranya ada yang belum ditahsinkan mereka boleh membuat penyemakan tersebut kepada guru berkenaan.

Maka dengan ini UMNO-BN tidak perlulah membuat berbagai helah lagi dan menaburkan berbagai janji manis kepada rakyat. UMNO-BN WAJIB tunaikan janji mereka. Guru-guru masih menanti buah runtuh ini yang ibarat seperti menanti bulan jatuh keriba.

Media juga difahamkan sebelum ini gaji guru Kafa dan ketua guru RM1000 yang diberikan oleh (JAIS). Kenaikan ini naik semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Sekolah pula beri RM800. Bagi Gred PK 1 RM750 kebawah.

Pn Zaleha Abu Bakar dan Hamidah Hj Sanusi yang telah berkhidmat di sekolah ini semenjak 1993 menyatakan bilangan murid SRAI KAFA Taman Amaniah pada tahun 1993 hanya 60 orang dan guru 4 orang. Bilangan kelas pula hanya mempunyai 2 kelas. Sekarang bilangan guru seramai 17 orang daripada perlantikan JAIS dan SAR 3 orang dan bilangan murid telah mencapai 550 orang murid dengan mempunyai 2 sesi persekolahan.

Terdahulu Masjid Tmn Amaniah di tingkat atas kita gunakan sebagai kelas kerana pada masa itu, peruntukkan menaiktaraf sekolah tiada lagi. Ada juga pelajar-pelajar belajar ditepi koridor, bahkan Quaters rumah imam juga kita tumpang jadikan kelas untuk darjah 5 & 6.

Gaji kami ketika ini sebanyak RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS. Tetapi zaman seakarang sudah tidak seperti dahulu.

Zaman begitu pantas berubah dengan peredaran corak pemerintahan pada masa ini. Semenjak PR memerintah ramai yang berebut untuk menjadi guru KAFA. Masa depan guru KAFA telah terjamin dengan berbagai benefit yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000 dan elaun daripada sekolah RM800.

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan berita gembira buat semua pendidik guru-guru KAFA dimana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menaikkan elaun guru KAFA lagi. Kelulusan untuk kenaikan elaun itu telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. Kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

Ini menunjukkan pemerintahan Kerajaan PR lebih effektif dalam segala bentuk pentadbirannya yang tulus dengan menjaga kebajikan rakyatnya berbanding dengan kerajaan terdahulu, katanya.

Nursyuhadah Mokhtar kelulusan Mesir, umur (25thn), pada tahun 2005 gaji beliau hanya RM400 tetapi semasa perubahan kerajaan berlaku pada tahun 2009 alhamdulilah elaun nya telah naik sebanyak RM600 kini gaji bersih beliau RM1000.

Syuhadah melahirkan rasa gembiranya dengan kenaikan tersebut kerana memandangkan ekonomi negara yang semakin meningkat rasa gaji RM1000 tidak mengcukupi untuk duduk dibandar.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh MB Selangor untuk menaikkan Elaun guru RM300 merupakan satu berita gembira buat semua guru SRA/SRAI sebagai pendidik. Namun pun begitu kami rasa terkilan juga menanti elaun yang di janjikan oleh PM untuk menaikkan Elaun Guru sebanyak RM500 ke RM800 yang mana kami masih tidak menerima imbuhan tersebut. Sampai bilakah kami perlu menunggu kenaikan tersebut, katanya.

Mariah Majid yang sudah 3 tahun berkhidmat sebagai Guru di Sekolah ini meletakkan harapan agar segala janji manis UMNO-BN perlu ditunaikan. Kalau Kerajaan PR sudah boleh buktikan dengan setiap apa yang dilakukan mengapa UMNO-BN yang telah memerintah 50thn tidak dapat menunjukkan yang terbaik berbanding dengan pemerintahan PR yang hanya 3thn memerintah telah membuktikan segalanya.

Kalau semua projek Mega boleh dibuat dengan berjuta billion, mengapa gaji guru yang hanya tidak memakan berjuta billion tidak boleh diluluskan dengan secepatnya. Kami rasa muak dengan janji-janji yang ditaburkan oleh UMNO-BN.

Menurutnya walaupun gaji guru Sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang kami utamakan adalah untuk mendidik anak bangsa kita agar menjadi insan berguna. Bagi kami ilmu agama perlu diselaraskan dengan ilmu dunia.

Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% kebelakang. Oleh itu seharusnya Kerajaan Pusat UMNO-BN menjaga kebajikan guru-guru juga. Bukan hanya menjaga kebajikan kroni dan duit poket mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Y.B Nurul Izzah Anwar ketika ditemui baru-baru ini dalam Majlis Kesenian Islam di Casmaria, Gombak berkata, Pembentangan budget yang dibentangkan oleh PM menunjukkan satu keadaan yang sangat kritikal "critical unit". Boleh dikatakan Pembentangan Budget 2011 merupakan Budget Ekonomi yang dibelenggu Projek Mega. Mereka mudah mengeluarkan fakta namun begitu sukar untuk melaksanakan.

Berbagai imbuhan hendak diberikan begitu juga dengan Imbuhan dan bonus untuk felda/felcra.


Izzah berkata "suka saya dan pihak Kerajaan (PR) merujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bernama, 18 Feb 2011) yang menyatakan pihak kerajaan pusat “akan berunding dengan pihak pengurusan ladang syarikat milik kerajaan (GLC) untuk mencari langkah terbaik dalam menimbang semula kadar gaji pekerja di ladang masing-masing.”

(PR) mengalu-alukan usaha kerajaan persekutuan, walaupun ianya kelihatan serupa panggilan PR supaya pekerja ladang GLC dibayar gaji yang lebih baik. Pada 16 Feb 2011, PR telah meminta UMNO-BN menunjukkan kesanggupan politik (political will) yang serius mengenai isu gaji minima ini dengan melaksanakan serta-merta dasar gaji minima untuk setiap GLC, terutamanya bagi pekerja-pekerja di peringkat paling bawah seperti pekerja estet. Katanya lagi,

"PR juga mengingatkan kerajaan persekutuan agar memastikan perbincangan-perbincangan isu gaji minima bersama pihak-pihak yang berkenaan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama, dan kami mengambil pendirian bahawa perbincangan-perbincangan tersebut haruslah bersifat terbuka dan telus".

Akhir sekali, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini dengan jelas menunjukkan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam Buku Jingga benar-benar mesra rakyat dan amat mudah dilaksanakan, ujarnya.

Izzah berpendapat, "Mereka yang bekerja di Felcra dan Felda tidak mendapat imbuhannya apatah lagi untuk guru-guru. Mengenai kenaikan elauan RM50 untuk guru ketika Kerajaan UMNO/BN MB Selangor (Dato' Khir Toyo) seperti yang dikatakan oleh guru tersebut menyatakan kenaikan tersebut dapat saat-saat berlakunya pilihanraya. Ini menunjukkan UMNO-BN sanggup buat apa sahaja untuk membeli undi dengan merabunkan mata rakyat dengan wang. RM50 satu undi untuk Guru".

Mungkin akan berlaku pada pemerintahan PM sekarang yang telah mengumumkan berbagai benefit untuk rakyat namun hakikatnya semuanya seperti debu berterbangan sehingga kini guru, peneroka tidak mendapatkan imbuhan tersebut seperti yang dijanjikan. Sekali lagi rakyat terpedaya dengan janji-janji UMNO_BN. Oleh itu kita harap rakyat bijak menilai dalam PRU ke 13 nanti menolak pemerintah yang zalim ini.

Izzah berkata lagi, "saya mengharapkan agar guru-guru sekolah tersebut sentiasa memberi maklum balas terkini mengenai isu-isu berkaitan sekolah dan elaun kenaikan tersebut kepada Kerajaan PR agar kami dapat mengambil tindakan seterusnya diperingkat pimpinan untuk membantu menjaga kebajikan guru-guru", katanya.




Editor :khaulah azwar



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI