Saturday, February 19, 2011

Gembira dalam Sedih "Semoga MB Selangor dapat atasi Masaalah India Settlement"




Batu Caves- Gembira dalam sedih, itulah kata-kata penduduk Indian Settement disini malam tadi. Jelas terpapar diraut wajah-wajah mereka yang berkumpul di dewan Indian Settlement sambil melihat percikan bunga api yang dimainkan oleh MIC Batu Caves tanda kejayaan mereka menggagalkan misi PR untuk menyerahkan borang 5A penduduk disini.

Berbagai perasaan menghantui mereka apabila majlis penyerahan borang 5A oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid sepatutnya berlangsung dengan sempurna pagi semalam ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Govindaraj a/l narayanasamy, setiausaha penduduk indian settlement berkata, "Kita semua rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Berbagai persiapan yang telah kami lakukan untuk menyambut MB Selangor- Tan Sri Khalid, Ahli Parlimen Gombak -Azmin Ali, dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Caves-Y.B Amirruddin Shaari hari ini.

Penduduk disini begitu gembira sekali apabila masaalah Geran Tanah yang tidak mempunyai status hampir 60thn duduk disini tidak dapat diatasi dibawah Kerajaan UMNO-BN dahulu telah dapat diatasi dengan baik dibawah pemerintahan kerajaan PR.

Menurutnya, pada tahun 1954 tanah disini dibawah Kerajaan British, 1956 TOL telah ada dan 1971 setiap 1 lot dikenakan bayaran sebanyak RM10. Pada tahun 1983 Geran diberi oleh Pejabat Tanah tetapi masih tidak mempunyai persempadanan dan terdapat penindihan tanah setiap lot. Kenaikan infrastruktur juga tidak dibuat sering berlakunya banjir. Pada tahun 2011 kami menerima berita gembira, MB Selangor akan serahkan geran 5A tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran provokasi yang dilakukan oleh MIC.

ADUN kami telah ditunaikan janjinya kepada rakyat. Kami rasa bangga dengan pengurusan PR namun menjadi kehampaan pada kami apabila berlakunya kekecohan dan ketidakpuasan hati kumpulan setinggan ditepi sungai yang tidak berpuas hati waris penduduk asal bakal menerima borang 5A yang sepatutnya diserahkan oleh MB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Bayangkanlah berita yang kami terima pada hari Jumaat malam menyatakan Majlis penyerahan ini ditangguhkan. Rata-rata warga emas disini menangis rasa sedih dengan apa yang berlaku. Segala persiapan telah dibuat seperti tempat, makanan, bunga malai, cenderahati telah dibuat untuk menyambut kedatangan mereka. Bendera-bendera Negeri Selangor, Bendera Pakatan telah digantung sepanjang jalan di Batu Caves. Tetapi majlis tersebut tidak jadi. Kami mengalami kerugian sebanyak RM5000.

Ujarnya lagi, ada diantara penduduk disini sanggup menggadaikan barang kemas mereka untuk menjayakan program ini. Mereka terlalu gembira apabila menerima berita MB Selangor akan datang atasi masaalah kita. Hasrat impian mereka akhirnya tercapai setelah 50thn menanti untuk memiliki geran tanah. Tetapi semuanya hancur dan punah harapan mereka. Semua angkara daripada MIC Kg Setinggan dan MIC luar kg ini.

Selain daripada itu, semenjak PR memerintah isteri- isteri semua PR di negeri selangor khususnya isteri MB dan isteri-isteri YB dinegeri selangor peringkat parlimen gombak telah menjejakkan kaki mereka di kg india settlement disini semasa program Pekawanis. Majlis yang cukup meriah sekali diadakan. Kerap pimpinan mengadakan program bersama rakyat meraikan kaum india disini. Dewan Indian settlement tidak sunyi dengan berbagai program anjuran kerajaan PR dan ADUN.

Kami anggap bila mereka sudah menjejak kaki disini tandanya kami rasa bertuah dan ada sinar baru untuk masa depan kami. Berbanding semasa pemerintahan UMNO-BN dan MIC dahulu 50thn memerintahan, mereka tidak perah menjejakkan kaki disini. Apatah lagi untuk berjumpa rakyat disini untuk bertanya masaalah penduduk. Mereka datang apabila nak merai undi setiap pilihanraya. Selepas Pilihnraya mereka hilang.

Ini tidak berlaku pada ADUN Batu Caves, Y.B Amirruddin yang sering bertemu dengan penduduk bertanya masaalah kami. Tanpa mengira kaum dan pemahaman politik. Kami lebih nampak ketulusan PR memerintah daripada pemerintahan Kerajaan UMNO-BN, katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC India Settelemet Batu Caves, Vijaya Shunker berkata, "walaupun saya daripada MIC Batu Caves, tidak sepatutnya perkara ini berlaku".

Saya juga rasa terkilan dengan sikap sekumpulan MIC Kg Setinggan dan MIC luar kawasan kg ini yang membuat bantahan berjumpa dengan MB di SUK baru-baru ini.

Mereka (MIC/UMNO-BN) sepatutnya bertemu dan berbincang dengan saya bertanyakan hal ini kepada saya, tetapi tidak ada perbincangan langsung apatah lagi berhubung dengan saya. Mereka telah melanggar adab-adab dan mekanisme parti.

Selama kita duduk dalam MIC semua syarat kita ikut seperti yang ternyata dalam syarat-syarat parti MIC tetapi mengapa boleh berlaku seperti ini. Melontarkan berbagai tuduhan dan fitnah pula. Ibarat saya seperti tidak wujud langsung di Batu Caves ini, katanya.

Harapan saya semoga MB Selangor dapat meneruskan hasratnya untuk menyerahkan Borang 5A kepada penduduk disini. "Kesian kepada penduduk yang setelah sekian lama menanti malahan sudah ramai yang sudah meninggal dunia terkilan masaalah tanah ini tidak dapat di atasi semasa pemerintahan UMNO -BN dan MIC.

Saya harap parti MIC tidak membuat kacau lagi dengan pentadbiran Kerajaan PR yang telah membuktikan ketulusan pentadbiran mereka dengan baik. Cukuplah 50thn pemerintahan UMNO-BN telah membuktikan kegagalalan mereka untuk atasi masaalah rakyat disini.

Sekali lagi saya mewakili MIC penduduk disini merayu bagi pihak penduduk agar MB Selangor, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN dapat membantu rakyat india disini. Perlu adanya perbincangan antara satu sama lain dengan baik.

Kita tidak boleh mendengar sebelah pihak daripada sekumpulan MIC yang telah membuat provokasi murahan ini dengan tidak bertanggungjawab. Mereka bukan orang asal Batu Caves dan hendak merebut lot tanah ini. Semoga MB Selangor belas ehsan kepada kaum warga emas disini. Kita kena percaya dengan pimpinan kita sendiri bukan dengan orang yang kita tidak kenal dan sudah tahu busuk hati mereka kepada PR. Saya yakin mereka telah merancang untuk menggagalkan majlis ini dengan licik, katanya.

Pengerusi PeBT ZOn 14 MPS, Mohd Razali Yusof berkata, beliau telah mendapat informasi MIC Selangor telah membuat bantahan ke SUK untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum majlis penyerahan Geran ini diadakan. Tidak sepatutnya gangguan ini berlaku. Mereka seharusnya memberi kerjasama dengan PR untuk membantu rakyat disini yang duduk di tanah lot yang tidak mempunyai status sekian lamanya.

Katanya "50thn UMNO-BN, MIC memerintah mengapa mereka tidak atasi masaalah rakyat dengan baik tetapi mengapa dibawah pemerintahan Kerajaan (PR) hanya 2 1/2 thn sahaja masaalah ini dapat diatasi. Jadi kita rasa mereka tidak seharusnya membuat kacau dengan menggagalkan program ini".

Penduduk disini begitu gembira apabila masaalah mereka bakal diatasi namun ianya menjadi hampa dan kecewa seperti patah hati dengan apa yang berlaku. Sehingga malam ini penduduk kaum india berkumpul didewan Indian Settlement merenung masa depan anak cucu mereka disini.

Percikan Bunga api yang dimainkan MIC Kg Sg disitu menunjukkan mereka gembira dengan kejayaan mereka menggagalkan majlis hari ini. Tetapi tidak pada penduduk india settelemet disini. Mereka termenung setiap banting menyambut kedatangan MB dan persiapan yang telah siap di dewan ini dengan perasaan terlalu kecewa.

Harapan kita agar majlis penyerahan Borang 5A ini dapat diatasi dengan baik. Kerajaan PR mesti buktikan pentadbiran yang tulus dan mengamalkan negeri berkerbajikan. Pertemuan dan perbincangan 2 hala perlu ada bagi mengatasi masaalah yang timbul.

Jangan jadi seperti pemerintahan UMNO-BN memerintah, mereka membuat keputusan antara kroni-kroni mereka sahaja dan rakyat menanggung derita dengan ketidakbijaksanaan mereka mentadbir negeri dengan baik, katanya.




Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI