Wednesday, January 26, 2011

Kerajaan Negeri Selangor (PR) peruntukkan 14 Juta untuk Bantuan Pendidikan


Bandar Baru Selayang- Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) telah memeperuntukkan sebanyak 14juta kepada semua sekolah-sekolah dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bagi membantu pengurusan sekolah.

Peruntukkan yang disediakan bukan sahaja terbuka kepada sekolah yang berteraskan kepada pendidikan agama seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), KAFA tetapi terbuka kepada semua sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman berkata, Kerajaan Negeri Selangor (PR) berhasrat untuk membantu untuk mempertingkatkan pengurusan pentadbiran sekolah dengan memulangkan hasil kerajaan negeri kepada rakyat.

Walaupun ada sesetengah pihak menyatakan hasil kerajaan negeri telah disalah gunakan. Ini semua adalah kenyataan yang tidak berasas sedangkan pemberian bantuan persekolahan baru-baru ini melalui pemberian buku latihan tulis 14,000 buah buku kepada semua DUN dinegeri selagor telahpun diagih-agihkan kepada rakyat yang tidak berkemampuan (OKU), fakir miskin dan berpendapatan rendah RM1500 kebawah. Dan Buku Teks latihan di semua sekolah SRA. Lontaran tersebut adalah untuk memburukkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan, agar rakyat merasa curiga dengan ketulusan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri, katanya.

Katanya lagi, Y.B Dr Halimah telah meminta semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Seluruh Negeri Selangor harus membuat taklimat bantuan pendidikan ini kepada sekolah-sekolah, pengerusi surau dan masjid, ketua-ketua kampung dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat agar mereka tidak ketinggalan mengenai informasi bantuan pendidikan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat.

"Alhamdulilah semua pihak pengurusan sekolah, ketua-ketua kampung, pengerusi surau telah hadir untuk mendengar taklimat bantuan pendidikan. Intipati perbincangan ini adalah dengan memberi pendedahan bantuan pendidikan cara membuat permohonan".

Mohamad berkata "bagi pihak yang ingin membuat permohonan bantuan pendidikan tersebut boleh membuat permohonan dan mendapat sokongan di PKM.

Ujarnya lagi peruntukkan sebanyak 14 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk sekolah seperti Sek. Ren. Jenis Keb. (T) Tamil 4 Juta, Sek. Ren. Jenis Keb (C) 4 Juta, dan Sek. Agama Rakyat (SAR) 6 Juta.

Manakala bagi sekolah KAFA Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak 5 ribu untuk memperbaiki , menaiktaraf infrastruktur sekolah atau membeli barang-barang keperluan sekolah.

Terdahulu, semua sekolah KAFA telah pun menerimanya. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan .

Peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan negeri PR adalah mengikut permohonan yang telah dimohon oleh pihak sekolah tersebut. Kita harap dengan petuntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah - sekolah tersebut digunakan secara tulus dan dimanfaatkan sebaiknya.

Semua pembelian, pengurusan menaiktaraf terebut hendaklah mempunyai rekod dan dipulangkan bersama laporan kerja kepada Y.b Dr Halimah untuk dikemaskini, ujarnya dalam Taklimat Bantuan pendidikan di PKM DUN Tmn Templer kelmarin.

Sementara itu, En Palani a/l Veerasamy daripada Sek. Jenis Keb. (T) Batu Caves berkata "saya berpuas hati dengan pendedahan taklimat yang disampaikan oleh pihak Penyelaras DUN Tmn Templer mengenai bantuan pendidikan kerana melalui pertemuan seperti ini kita dapat berbagai informasi pentadbiran Keajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PR".

"Dengan pendedahan tersebut juga sekaligus kita akan usulkan kepada pihak sekolah dengan harapan semoga bantuan yang diberikan akan memberi peluang menambahbaikkan sistem pendidikan pelajar-pelajar dan melengkapkan kemudahan asas yang lain bagi keselesaan pelajar sekolah".

"Disini kita juga lihat pemberian yang diberikan oleh Kerajaan PR tidak memilih parti dan perkauman. Sekiranya diberi mengikut perkauman mana mungkin bantuan ini diberikan kepada semua sekolah dinegeri selangor", katanya.

Editor : Khaulah Azwar




No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI