Wednesday, March 3, 2010

Adun Ziarah Warga Emas


Gombak- Lawatan YB Dato’ kepada seorang warga Emas berusia 74thn di kg. Changkat yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Beliau adalah Allahyarham En. Jaafar Abd Rahman yang mengalami sakit tua.

YB Dato’ telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada ahli keluarga beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dapat memberi sedikit kekuatan dan menenangkan keadaan.

Selepas mengunjungi keluarga arwah, YB Dato’ melawat En. Amiruddin Ismail, 54thn yang megalami sakit tua. Beliau duduk di Kg Changkat.

Sumbangan telah diberikan oleh YB Dato’ kepada beliau untuk membuat rawatan perubatan. Semoga dengan bantuan diberikan akan mengurangkan bebanan keluarga beliau untuk menampung kos perubatan.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI