Sunday, January 17, 2010

Adun mendekati masyarakat india "YB Dato Hasan Mohamed Ali"


Gombak - Menjadi wakil rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Sebagai Adun, untuk mendekati rakyat adalah satu tanggungjawab yang harus dilakukan. Tugas yang harus mereka laksanakan dengan turun padang mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling, mengatasi masalah yang dihadapi penduduk dan memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Pelaksanaan tugas tersebut bukanlah harus dilakukan hanya apabila tiba bahang-bahang pilihan raya tetapi harus dilaksanakan apabila diri telah dilantik oleh rakyat dalam pilihan raya yang telah dilalui.


Oleh itu sebagai pimpinan yang beribawa yang telah diberikan amanah dan mandat sepenuhnya oleh rakyat YB DHMA sedaya upaya menyusunkan berbagai program untuk bersama rakyat. Segala perancangan gerak kerja yang telah tersusun rapi bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan semua jentera ahli PAS Kaw. Gombak akan dilakasanakan mengikut jadual yang telah direncanakan. Dengan cara sedemikian hubungan 2 hala antara pimpinan dan rakyat akan terjalin.

Makan pagi bersama masyarakat india yang telah diadakan baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar gombak. Beliau merasa gembira apabila dapat bertemu dengan rakyat secara bersantai lebih-lebih lagi apabila beliau dapat mendengar masalah rakyat ketika makan bersama rakyat.


Beliau telah dikelilingi oleh berbagai peringkat umur untuk mendengar berbagai cadangan dan idea orang muda untuk dilaksanakan bersama, agar rakyat di Kaw. Gombak terutamanya merasa berpuas hati keatas khidmat yang diberikan oleh beliau kepada rakyat. Segala cadangan rakyat telah diambil perhatian oleh YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia serta ahli majlis MPS.

YB DHMA merasa berpuas hati dengan program yang telah berjaya dilaksanakan dan harapan beliau program tersebut harus diadakan setiap bulan bagi mengenal pasti segala masalah penduduk dan memberi peluang kepada rakyat dengan menerima segala cadangan yang bernas agar dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama.

Pertemuan bersama masyarakat india baru-baru ini telah memberi gambaran positif bahawa PRU ke-13, parti PR akan memperolehi kemenangan yang besar dengan membuat persiapan gerak kerja yang dilakukan oleh semua jentera PR. YB DHMA berkata beliau yakin rakyat sudah bersedia untuk memilih parti yang terbaik dalam menghadapi PRU akan datang.


Didalam pertemuan makan bersama masyarakat india YB DHMA telah menerangkan kepada masyarakat india mengenai kelebihan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat di Negeri Selangor. Pemberian tersebut bukan hanya diberi kepada bangsa melayu sahaja tetapi diberi kepada semua bangsa & agama walaupun berbeza pemahaman politik & parti.



Beliau menyeru masyarakat india & cina agar menyertai kelab penyokong PAS yang boleh didaftarkan di PKM DUN Gombak Setia & PKM Sri Gombak. Bagi yang masih tidak mendaftar diri untuk mengundi pada PR 13 boleh berdaftar di PKM yang terhampir dengan segera. Beliau telah menerangkan kepada masyarakat india yang telah hadir ke program tersebut bahawa “apabila menjadi ahli Kelab Penyokong PAS tidak bermakna mereka akan memasuki ISLAM. Tetapi YB DHMA telah menerangkan bahawa jika menyertai kelab penyokong PAS mereka bangsa (India, Cina) akan memberi sokongan kepada Parti PAS & PKR dengan segala cadangan dan kerjasama agar pelaksanaan gerakkerja dalam parti mendapat sambutan yang baik kepada semua masyarakat. Tidak sedikitpun mereka di paksa untuk memeluk ISLAM jika menyertai PAS. Beliau amat berharap agar dengan adanya program ini, masyarakat india & cina mendapat kefahaman yang lebih jelas mengenai Kelab Penyokong PAS dan dapat menerima parti PR sebaiknya.

YB DHMA berkata lagi sebagai Pemimpin harus memikirkan bagaimana untuk memberi berbanding untuk mendapat. Apabila kita berfikir bagaimana untuk memberi, fokus kita ialah peranan bukan ganjaran. Malangnya, ramai yang berfikir secara songsang. Apa yang difokuskan bukan peranan tetapi ganjaran. Jika kita hnaya berfikir tentang ganjaran, maka ini akan menyebabkan kita mengabaikan peranan sebagai pimpinan/Adun. Sebaliknya, apabila seorang pemimpin fokusnya pada peranan maka ganjaran akan datang dengan sendirinya. ALLAH tidak mensia-siakan hambanya yang benar-benar Ikhlas dalam bekerja dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pimpinan. Jika hakikat ini masih diragui, apakah layak kita menjadi pemimpin?

Penulis ingin sekali menyeru kepada semua rakyat untuk berfikir sejenak, masih ada waktu untuk bertindak parti manakah yang terbaik dan memilih pimpinan yang beriman, beribawa untuk menerajui negara dan mempunyai akhlak mulia.

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita yang menerajui M’sia pada masa kini?? Sudahkah dilantik orang yang baik-baik yang tidak mengamalkan rasuah, tidak mengutamakan kroni, hanya mementingkan diri mereka sendiri daripada rakyat yang kini dihimpit dengan berbagai tekanan ekonomi?? Itupun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu telah melaksanakan kebaikannya kepada masyarakat?? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar. Semoga kebijaksanaan yang ALLAH berikan kepada kita semua mampu mengubah segalanya.. waallahhualam..

KOLEKSI FOTO





Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI