Tuesday, December 21, 2010

Rungutan Rakyat kenaikan Harga Barang

Bandar Baru Selayang - Semenjak budget 2011 dibentangkan di Parlimen pada Oktober, 2010 yang lalu oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib yang sangat dibanggakan oleh rakyat yang berpegang teguh kepada 1 Malaysia, kini rakyat merasa sedih, kecewa, marah dan kesal dengan hasil pembentangan tersebut.

Begitu pahit ingin menelannya untuk menerima semua kenaikan harga barang keperluan asas namun apakan daya rakyat terpaksa akur menerima hakikat kerana tidak mampu untuk melawan melainkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) memainkan peranan dengan mengambil inisatif untuk mengajak rakyat bangkit dan lawan dengan pemerintahan kerajaan pusat yang bukan membela rakyat tetapi telah memberi penindasan yang keterlaluan.

Rungutan demi rungutan dari rakyat telah didengar dengan kenaikan harga barang oleh mereka (UMNO/BN). Bagi menutup kemarahan rakyat pada Kerajaan Pusat (UMNO/BN) maka media massa akan menjadi agen penyelamatnya. Gerakan menemuramah rakyat dan pengguna dilakukan diseluruh negara. Kenyataan rasa harus menyatakan persetujuan yang tidak terhingga oleh pengguna disiarkan di dalam media cetak dan media elektronik perlu dipaparkan walaupun pahit nak menelan kerana telah diberi ugutan oleh UMNO/BN.

Tinjauan Krew TVsel membuat pantauan kenaikan harga barang kepada rakyat baru -baru ini benar-benar memberi bukti bahawa rakyat dinegeri selangor khususnya memberontak dengan kenaikan harga barang yang keterlaluan. Ikuti suara rakyat mengenai Isu kenaikan harga barang di Selayang Baru.

En Sapuan Sahar, berusia 58thn slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” tidak seharusnya digunakan oleh UMNO/BN. Mereka seharusnya memikirkan semasak-masaknya dengan slogan yan dilaungkan. Kalau benar Rakyat Didahulukan, pencapaian di utamakan mengapa tidak sampai sebulan, rakyat dikejutkan dengan satu pengisytiharan kenaikan harga petrol Ron95, gula, minyak diesel dan gas. Apakah ini hadiah istimewa UMNO/BN kepada rakyat.

Pimpinan UMNO/BN kena fikir secara waras jangan hanya mencari keuntungan semata-mata. Bagaimana tekanan yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Saya yang merupakan seorang peniaga pasar malam yang hanya mendapat keuntungan 1 hari sahaja tidak sampai RM10. Dengan pendapatan yang tidak tetap begitu menjadi tekanan kepada saya untuk membiayai anak-anak yang masih belajar.

Belum lagi sewa rumah sebanyak RM380 sebulan. Terus terang saya katakan semenjak ekonomi semakin naik , saya begitu tertekan kerana sudah 2 bulan sewa rumah tertunggak. Alhamdulilah anak-anak mampu berfikir mereka membantu saya untuk mencari duit lebih agar dapat membiayai bil-bil tertunggak. sedikit demi sedikit bebanan saya terungkai juga. Namunpun begitu, saya tidak mahu mereka lalai dalam pelajaran mereka. Untuk itu bagi mendapat duit yang lebih tulang empat kerat ini perlu dibantingkan demi memberi rezeki kepada isteri dan anak-anak.

Katanya lagi, Harga minyak masak dahulu kita dapat membeli dengan harga RM0.80 sekilo tetapi kini RM2.50 sekilo. Mungkin mereka tidak rasa kesusahan rakyat kerana mereka berpendapatan tinggi. Cubalah mereka berada tempat kami yang boleh dikira sebagai fakir miskin apa perasaan mereka??. Jika itupun mereka tidak mampu berfikir saya yakin PRU ke 13 rakyat akan menolak UMNO/BN.

Pn. Rohana Nasir berusia 44thn. Beliau yang telah memulakan perniagaan dengan menjual nasi berlauk, ikan bakar dan sebagainya semenjak 2006. Katanya, walaupun orang nampak saya sudah berjaya dalam pernigaan namun pada hakikatnya rasa 1 keperitan sebagai seorang peniaga. Sewa Kedai yang dikenakan sebanyak RM500. Barang keperluan dapur seperti bawang besar begitu ketara kenaikkannya iaitu sebanyak RM16 pada hari ini, esok pula, kata penjual borong bawang akan dinaikkan sebanyak RM18 untuk 1 guni. 4 hari sebelum ini saya hanya membeli sebanyak RM7 seguni sahaja. Begitu juga denga harga minyak. Semakin naik dan pagi ini saya puas mencari minyak masak tiada stok jualan. Suami terpaksa mencari stok minyak di k.lumpur.

"Budget untuk membeli keperluan barang dapur dahulu hanya RM200 tetapi kini 2 kali ganda rasa sukar untuk saya terima".

Justeru itu, kami mohon kepada Kementerian Pengguna Sabri Chik agar dapat turun kepadang dengan membuat siasatan harga pasaran. Jangan hanya mendiamkan diri, katanya.

Roslee Mohd Tahir, ketika ditemui dikedai makan, beliau menyatakan ketidakpuasan hati kepada Kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir negeri ini. Ujarnya selagi ada slogan di malaysia yang dibawa oleh Kerajaan Pusat, pasti akan menjahanamkan rakyat. Ini disebabkan mereka langsung tidak mempunyai hati perasaan dengan mengenakan berbagai tekanan kepada rakyat. Apabila rakyat melawan mereka beri ugutan. Ini permainan politik kotor mereka.

Untuk membeli Santan kelapa terdahulu RM4.80 sekilo, kemudian naik ke RM5.20. Ada sekali tu ada juga kenaikan sebanyak RM7.00 sekilo santan. saya betul -betul terkejut kerana isteri saya meniaga nasi lemak. Jadi kamia da menyimpan rekod perniagaan pembelian barangan dapur. Kemudian baru-baru ini baru diturunkan kembali kepada RM5.20.


Bukan setakat barang keperluan dapur tetapi dengan hasrat mereka untuk menaikkan 37% harga air juga akan memberi kesan kepada rakyat. Terdapat berbagai aduan yang saya terima daripada kawan-kawan mengenai meter paip ditukarkan oleh syabas. Dengan penukaran ini Bil Pengguna naik begitu banyak. Dan ada pula yang terima menyatakan bil mereka tertunggak sedangkan bil tersebut sudah dibayar.

Untuk bagi rakyat leka dengan tekanan kenaikan harga barang maka UMMNO/BN cuba mainkan isu akidah. rakyat terlupa seketika dengan keperitan kehidupan mereka lalui masa ini.

Kalau nak dibangkitkan banyak perkara perlu kita sebarkan mengenai kerja kotor UMNO/BN hanya tunggu masanya rakyat bangkit dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menolak kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN kepada rakyat malaysia, katanya.

Sveera Sundai a/p Sinnasamy melahirkan rasa satu bebanan juga kerana dengan pendapatan yang rendah tidak mampu untuk membeli barangan dapur. Anak-anak yang sudah berumahtangga semua duduk jauh dan tidak pedulikan saya lagi. Saya terpaksa kerja dengan lebih kuat bersama suami untuk menjaga menantu yang tidak bekerja kerana sakit. Katanya "Kami terpaksa menjaga menantu dan cucu, kerana anak lelaki saya sudah meninggal dunia baru-baru ini. Kita amat berharap agar Kerajaan UMNO/BN tidak sewenang-wenangnya memberi penekanan kepada rakyat malaysia. Seharusnya mereka menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Sementara itu, Ketua Kg Selayang Indah Tn Hj Bashrom B. Kapai, pihak beliau sering menerima rungutan-rungutan penduduk disekitar selayang. Mereka sering menyatakan ketidakpuasan hati dengan kenaikan harga barang dapur yang keterlaluan dan mendadak semenjak akhir-akhir ini.

Seharusnya UMNO/BN memikirkan masaalah pengguna rakyat di malaysia ini. Lebih-lebih lagi rakyat yang bependapatan rendah /asnaf. Saya rasa bersimpati dengan mereka. Hendak dibantu rasa diri sendiri juga tidak berkemampuan. Namun apa yang mampu ditolong dengan memberi borang fakir miskin, ibu tunggal kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)DUN Tmn Templer agar dapat memberi bantuan kepada mereka. Ibarat PKM seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula rasanya kerana sering membantu rakyat yang menghadapi kesusahan.

Jesteru itu, pada saya slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanya ibarat topeng sahaja. Hanya untuk menyedapkan hati rakyat mendengar tetapi menderita untuk menerimanya kerana tidak tahu siapa yang didahulukan adakah rakyat atau Kroni UMNO/BN didahulukan??, katanya.

Bashrom juga menyatakan "Apabila pengumumkan harga barangan yang disubsidikan dinaikkan harganya maka akan kedengaranlah suara pemimpin kerajaan yang akan menyatakan bahawa negara terpaksa melalui peristiwa ini kerana bebanan kos untuk menanggung subsidi yang tinggi".

"Itu semua perkara yang biasa kita dengar. Yang tidak biasa kita dengar adalah kenapa kerajaan tidak memotong subsidi kepada syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tingg ataupun mengurang belanja yang tidak perlu? Dengarnya, kerajaan mahu beli jet pejuang dengan alasan kos penyelenggaraaan jet MiG-29 tinggi. Yang mana lebih tinggi, beli baru ataupun penyelenggaraan? Tidak kisah yang mana lebih tinggi kerana dengan membeli jet pejuang yang baru tentu ada ‘tangan ajaib’ yang akan dapat komisyen. Jika selenggara sahaja di mana nak disapu yang sepatutnya dapat disapu".

Namun, harapan pemerintah untuk menutup kemarahan dan kekesalan rakyat tidak kesampaian apabila masih ada kumpulan manusia di negara ini yang tidak mudah tertipu dengan lakonan dan tipu muslihat pemerintah.

Kumpulan yang terdiri daripada parti pembangkang dan NGO akan meneruskan tradisi membela rakyat yang mana sebelum ini slogan ‘tradisi membela rakyat’ cukup sinonim dengan parti pemerintah.

Apabila kumpulan rakyat prihatin membantah dengan kenaikan harga minyak dan lain-lain lagi ini mula mengecam tindakan kerajaan maka bermulalah episod yang lebih dramatik dengan kenyataan media, edaran risalah dan tidak mustahil selepas ini akan diadakan himpunan aman secara besar-besaran sama ada di ibu kota atau di bandar-bandar besar untuk menyedarkan rakyat bahawa kenaikan harga minyak, gula dan gas sebenarnya dapat dielakkan jika kerajaan tidak boros dan bijak dalam berbelanja.

Apabila himpunan aman mula disebutkan maka tunggulah satu lagi kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang akan mengatakan bahawa mana-mana rakyat yang terlibat dengan perhimpunan haram di sekian-sekian tempat akan ditangkap. Apabila himpunan aman dilakukan maka ramailah yang akan ditahan atas pelbagai tuduhan. Selepas itu dituduh demonstrasi menyebabkan peniaga hilang pendapatan, harta awam dirosakkan dan pelbagai lagi lontaran yang diberikan oleh UMNO/BN kepada Kerajaan Negeri dan Rakyat. Semoga dengan rintihan hati rakyat pihak berkuasa mampu menilai sebaiknya dan rakyat juga agar dapat mengimbas kembali dengan tekanan yang mereka alami dibawah pentadbiran UMNO/BN dan apakah bantuan kerajaan Negeri dalam membela nasib rakyat, ujarnya.


Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI