Tuesday, December 28, 2010

Jangan suka mengambil kesempatan


Bandar Baru Selayang - Kesal dengan sikap sesetengan pihak yang suka mengambil kesempatan keatas rakyat yang tidak berkemampuan.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tmn Templer, Kassim Packiry melahirkan rasa terkilannya kerana mendapat aduan daripada rakyat mengenai pengambilan permohonan borang di PKM dikenakan bayaran.

Untuk pengetahuan rakyat selangor semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, tidak berlaku lagi rakyat selangor dikenakan bayaran sekiranya mereka ingin mendapatkan borang permohonan bantuan atau mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR) mahupun program yang dianjurkan oleh PKM DUN Tmn Templer.

Sekiranya bayaran dikenakan mungkin program anjuran bersama JKKK, Dewan, NGO, dan sebagainya kerana ianya bergantung kepada pihak penganjur program.

Katanya, "saya dapat aduan ini banyak kali, disini saya ingin menjelaskan kepada semua rakyat selangor bahawa borang permohonan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Ibu Tunggal, Bantuan IPT, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pemeriksaan Kesihatan Percuma (MAMMOGRAMSEL) Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) adalah percuma".

Jika mereka ingin meminta bantuan orang ketiga untuk mengambil borang di PKM pun, kita tidak kenakan bayaran sama sekali. Sekiranya mereka dikenakan bayaran daripada orang ketiga, kita amat berharap kerjasama daripada mangsa agar tolong segera membuat aduan ini terus ke Pejabat PKM yang terhampir agar pihak pengurusan dapat mengambil tindakan.

Tindakan tegas akan diambil, kerana kita tidak mahu berlakunya penyelewengan kewangan, penipuan dari mana-mana pihak, kerana sikap mereka sedikit sebanyak akan memberi kesan buruk kepada pentadbiran Kerajaan Negeri (PR) dan PKM.

Saya tidak tahu apakah motif mereka buat sedemikian dengan mengaut keuntungan kepada pihak yang tidak tahu "prosedure" mengenai bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Seharusnya mereka mendapatkan informasi di PKM, Pejabat Ahli Majlis, Pejabat JKKK, ketua-Ketua Kg, Nazir-Nazir Masjid yang pasti tahu "prosedure" dan khidmat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri (PR) pada rakyat.
Adakah mereka yang suka mengambil kesempatan ini mungkin berniat untuk memburukkan imej , pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (PR) dan PKM yang dapat membantu rakyat dengan tulus dalam memberi khidmat kepada masyarakat dari segi bantuan kewangan dan lain-lain bantuan.

Kassim berkata, seharusnya rakyat selangor berterima kasih dengan Kerajaan Negeri (PR) yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan kerana rakyat sentiasa mendapat bantuan daripada kerajaan negeri lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan rendah, ibu tunggal, fakir miskin dan OKU tanpa mengira perkauman dan parti.

Disini, saya juga ingin menegaskan kepada pihak yang terbabit dengan membuat kerja sedemikian, seharusnya insaflah mungkin didunia kita boleh buat apa sahaja walaupun sekecil zarah dan tanpa pengetahuan manusia tetapi ingatlah ALLAH swt sentiasa perhatikan sikap, kegiatan dan amalan kita. Berilah bantuan kepada orang dengan seikhlas hati tanpa meminta habuannya dan dikenakan bayaran. Pertolongan yang diberikan kerana ALLAH swt insya-ALLAH kebaikanya akan kita dapat daripadaNya. Jangan kita melakukan penindasan kepada orang yang tidak berkemampuan (lemah). Buangkan segala perbuatan yang dimurkai ALLAH dengan mengecapi kesenangan dunia yang sementara waktu, ujarnya di PKM hari ini.


Editor :khaulah azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI