Thursday, December 9, 2010

DR YAAKOB KESAL UMNO MEMBAWA TUKANG SORAK DALAM MAJLIS RASMI


Kenyataan Media

09 Hb Disember 2010

DR YAAKOB KESAL UMNO MEMBAWA TUKANG SORAK DALAM MAJLIS RASMI

Shah Alam - Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar Selangor YB DR Yaakob Sapari kesal dengan sikap ahli UMNO Selangor membawa juru sorak yang menggagu ketika EXCO tersebut sedang berucap.

Majlis persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia yang diadakan di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam hari ini, turut dihadiri timbalan menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, tercemar dengan insiden ahli-ahli UMNO yang menggangu suasana majlis.

Majlis tersebut turut dihadiri Dato’ Sri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam ucapan Dr Yaakob Sapari yang mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, beliau menekankan gesaan agar rakyat Selangor menjadi bangsa bermaruah dan bertakwa berbanding menjadi bangsa yang menggagungkan Ketuanan Melayu.

Ujar beliau , “Orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa adalah mereka yang bermaruah tinggi”.

“Penguasa yang bermaruah akan disanjung, pentadbiran yang bermaruah akan dihormati dan rakyat yang bermaruah akan dipandang mulia”, tambah Dr Yaakob sewaktu menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang hadir.

Namun, tindakan ahli-ahli UMNO dan Jawatnkuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah. Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO yang dilihat sebagai satu slogan retorik.

Pihak pengajur berasa begitu kecewa atas tindakan biadap pimpinan UMNO. Pihak penggajur juga menggesa agar mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka.

PEJABAT YB DR HJ YAAKOB BIN SAPARI

Exco Permodenan Pertanian Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan



--
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan
Tingkat 4, Bangunan SSAAS
40000, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI