Saturday, December 11, 2010

15thn Mempersada Perjuangan Islam Di Gombak.

Batu Caves - Sempena 15thn Mempersadakan Islam di Gombak, PAS Kawasan Gombak telah mengadakan berbagai aktiviti di peringkat parlimen. Antara Kawasan yang terlibat adalah PAS Kawasan Gombak, PAS Batu Caves, PAS Hulu Klang.

Berkata Dr Azimah Ibrahim, Ketua Muslimat PAS Gombak tujuan utama diadakan ulangtahun PAS Gombak adalah sebagai satu momtaj untuk mempergiatkan lagi gerakkerja antara ahli sebelum tibanya PRU ke 13 tidak lama lagi.
Disamping itu, adalah satu peringatan kepada semua ahli-ahli PAS diperingkat parlimen gombak untuk mengingati peristiwa pertubuhan PAS di Kawasan ini. Dengan 15thn PAS di Kawasan Gombak insya-ALLAH akan diadakan berbagai program sepanjang bulan Disember ini.

Terdahulu, menurutnya Sepanjang 15thn PAS Gombak berbagai ujian dan tribulasi yang telah dilalui. Saf-saf pimpinan silih berganti bagi memberi peluang dan ruang kepada generasi-generasi muda untuk mengasah bakat mereka bersama ahli-ahli vateren bagi mempelajari ilmu pimpinan dan gerakkerja dalam jemaah. Namunpun begitu generasi vateren tidak sekali disisihkan bahkan mereka adalah ibubapa kepada anak-anak muda yang telah bersama dalam jemaah PAS.
Azimah berkata"alhamdulilah selama 15thn PAS Gombak disini, terbentuknya Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG), Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG), Dewan Ulama' PAS Gombak (DUPG), PASTI, Unit Amal Gombak (UAG), dan Nisa' Gombak". Dengan adanya Dewan dan organisasi ini maka gerakkerja PAS Gombak semakin lancar dan mantap. Setiap organisasi memainkan peranan masing-masing untuk mendekati rakyat".

Kita sendiri lihat dimana-mana sahaja PAS semakin diterima rakyat bahkan bangsa india dan th iounghua kini semakin ramai memasuki kelab PAS dengan bertemakan PAS For ALL. Namunpun begitu kita diminta jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada sekarang tetapi seharusnya mencari ramai keahlian dan sokongan rakyat pada PAS, ujarnya.

Bagi memeriahkan sempena Majlis Ulangtahun PAS Gombak maka setiap kawasan telah diadakan program seperti Dun Batu Caves dan Hulu Klang diadakan Gotong Royong, program ziarah manakala DUN Gombak diadakan Program Ziarah & Dakwah yang di adakan dirumah orang asli Bukit Kala Batu 12 Gombak.

Acara kemuncaknya pula diadakan solat hajat, majlis bacaan yassin hajat, dan Konvesyen Pilihanraya yang diadakan di Dewan Beringin baru-baru ini.
Menurutnya lagi, "antara kerja-kerja fasa terakhir adalah mempergiatkan lagi daftar pemilih dengan mendaftarkan rakyat seramai mungkin sebelum 15hb Disember ini sebelum SPR mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke 13", katanya.

Oleh itu, setiap ahli perlunya memantapkan gerakkerja yang lebih drastik agar PR dapat dipertahankan dinegeri selangor.
Terdahulu ketika menjalankan kerja gotong royong di DUN Batu Caves 3 buah rumah telah terpilih sebagai rumah terbersih. Salah satu rumah yang menerima sumbangan adalah Pn Zainah.

Beliau yang mengalami Kanser Payudara baru sahaja membuat pembedahan. Walaupun diuji dengan kesakitan namun ia tidak menghalang pada dirinya untuk memberi khidmat kepada suaminya yang uzur. Suaminya En. Mohd Yusof merupakan bekas Nazir Masjid Kg Sg Tua mengalami sakit Perkisen dan terpaksa berkerusi roda.
Semoga sikap Pn Zainah menjadi contoh kepada wanita yang lain. Walaupun mengalami kesakitan, diuji dengan keuzuran suami namun rumahtangganya sentiasa bersih dan terurus.

Sementara itu, Zainah melahirkan rasa gembira dan terharu kerana tidak disangka pagi ini rumahnya mendapat kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y. B Amiruddin Shari bersama isteri dan semua muslimat PAS di Kawasan Gombak. "Saya benar-benar terkejut dengan kunjungan ini dan tidak disangka rumah saya telah terpilih sebagai rumah paling terbersih, terima kasih kepada pihak penganjur PAS Kawasan Gombak, PAS Kawasan Batu Caves, Wanita Keadilan yang sudi menziarahi saya dan suami yang dalam keuzuran, katanya.


Editor :khaulah Azwar





No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI