Wednesday, July 7, 2010

Lawatan Adun Di Pondok Kecil “Sumbangan Kaki Palsu Diperlukan”


Kg Sg Pusu, Gombak – Dipondok Kecil yang tersimpan 1000 bahasa dan kenangan tersemat dihati tinggal seorang warga emas yang mengalami sakit diabetis.

Pasti tidak siapa yang mengetahui, bahawa Kassim Hassan yang mengalami penyakit ini memerlukan bantuan kewangan untuk membuat tempahan kasut kaki palsu.

Kassim Hassan yang berusia 88thn, mempunyai 2 orang isteri dan 31 cucu yang mengalami sakit diabetis telah mengalami kecacatan dengan potongan kakinya. Beliau menderita sakit selama 16thn lebih dan telah dijagai oleh isteri keduanya.

Kunjungan oleh Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bersama Ketua Kg, Sg Pusu Hj Mohd Yunus, Hj. Abd Rahman, Nazir Masjid Ar-Rahimah, En. Salahudin Azmi B. Mohd Ali, Wakil Pusat Zakat diteratak usang ini benar-benar membuat Kasim rasa terharu dan terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak disangkakan telah menziarahi dirinya .

Kunjungan rombongan diteratak usang ini telah disambut dengan begitu ramah dan mesra sekali oleh Tn Rumah.

Siapa yang mendengar keramahannya pasti tidak merasa jemu seolah – olah ujian penyakit yang diberikan oleh ALLAH swt padanya seperti tidak berlaku apa-apa keatasnya.

Menurut Kassim, beliau pasrah dengan ujian yang menimpa keatasnya cuma beliau kini benar-benar memerlukan bantuan kewangan bagi membuat Kasut Kaki Palsu untuk beliau berjalan dan menguruskan dirinya sendiri seperti insan lain.

“Sudah hampir 16thn saya guna kasut kaki palsu ini, tetapi rasa sudah rosak, dan tidak selesa digunakan lagi. Kadang-kala membuatkan saya rasa susah untuk bergerak jauh. Saya tidak mahu menyusahkan isteri dan anak-anak kerana mereka semua duduk di Johor, tinggal saya dan isteri kedua sahaja disini. Jadi saya tidak mahu menyusahkan dirinya dengan keuzuran yang saya alami”.

Saya amat berharap agar Y.b Dato’ dan Pusat Zakat sudi membantu saya untuk membuat Kasut Kaki Palsu. Rintihan dan luahan hati kasim kepada Y.B Dato’ dan kepada semua yang mengunjungi beliau di terataknya.

Beliau berkata lagi, ” Kasut kaki palsu yang dibuat dahulu harganya RM4000, jadi dengan keuzuran saya dan isteri pula tidak bekerja menjadi saya rasa kadangkala risau juga untuk teruskan kehidupan tetapi hidup ini perlu diteruskan juga. Saya kalau boleh tidak mahu bergantung harap kepada orang lain tetapi ALLAH swt mengetahui kesusahan saya dengan nada sayu sekali”.

Begitulah sentuhan qalbu dan luahan hati warga emas ini kepada semua yang mengunjungi beliau diteratak usangnya yang mencatit berbagai kenangan pahit dan manis sebagai Pesakit Diabetis.

Siapa sangka dengan sifat ramahnya yang mungkin orang luar menziarahi tidak pernah terpikir kesusahan yang dialami selama ini.

Tetapi akhirnya dengan kedatangan Y. B Dato’ Hasan di terataknya telah menguraikan kekusutan hati dan fikirannya setelah sekian lama dipendamkan dalam hati.

Semoga kunjungan Y.B Dato’ bersama wakil zakat dapat membantu beliau untuk membuat kasut kaki palsu yang diingini selama ini agar dapat meneruskan kehidupan dan menguruskan diri sendiri tanpa pergantungan harap kepada orang lain.

Keresahan dan bebanan Kasim kini telah terjawab sudah, apabila Y. B Dato’ Hasan telah meminta agar Ketua Kg, Tok Hj Mohd Yunus untuk mengambilkan maklumat Kasim dan masukkan dirinya sebagai asnaf.

Y.B Dato’ berkata “Saya amat berharap agar Pusat Zakat dapat memberi kerjsama kepada keluarga tersebut kerana memandangkan kehidupan keluarga ini benar-benar tidak mengizinkan. Isteri pula tidak bekerja untuk menjaga suaminya yang uzur. Mereka juga tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya mendapat perhatian dan simpati oleh orang kg yang terdekat sahaja. Jadi dengan kedhaifan tersebut saya amat berharap mereka disenaraikan sebagai asnaf dan semoga keinginan beliau untuk mendapatkan gantian kasut kaki palsu juga tercapai sebelum tibanya bulan syawal tahun ini”.

Andai kasut ini dapat dibuat saya rasa terlalu bersyukur kerana dapat mengembirakan hati mereka yang memerlukan bantuan kita, katanya”.

Penjelasan tersebut telah di ambil perhatian dan tindakan oleh Ketua Kg dan Wakil Pusat Zakat untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Salahuddin Azmi B. Mohd Ali, Pusat Zakat berkata “Insya-ALLAH nama Keluarga En. Kasim akan disenaraikan sebagai asnaf dan pihak pengurusan kami akan memberi bantuan kewangan dalam linkungan RM 500-600 setiap bulan kepada beliau, insya-ALLAH sumbangan ini akan disampaikan pada bulan syaaban yang akan tiba tidak lama lagi agar mereka dapat menikmati kegembiraan Ramadhan dan menyambut Aidilfitri dengan gembira”.

Mengenai permohonan sumbangan untuk membuat kasut kaki palsu juga akan kami usulkan kepada lembaga zakat, semoga permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya, insya-ALLAH, katanya selepas membuat lawatan ziarah .

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI