Sunday, June 27, 2010

Azmin Letak Jawatan Buka Laluan Kepada Bakat Baru

Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali meletak jawatan sebagai pengarah di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi membuka peluang kepada bakat-bakat baru untuk berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Selepas setahun berkhidmat di PKNS, Azmin berharap sumbangannya telah membantu perkembangan sayap kerajaan negeri itu.

"Saya telah menyumbangkan beberapa idea bagaimana PKNS perlu memainkan peranan, dan saya fikir sekarang ini, kita perlu memberi peluang kepada orang lain untuk membantu kerajaan negeri," kata Azmin di Parlimen hari ini.

Beliau juga menafikan perletakan jawatan ini adalah protes terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya menyerahkan surat perletakan jawatan tengahari semalam. Saya percaya saya telah memainkan peranan dan membuat sumbangan," katanya.

Pada 20 Jun lalu, PKNS merangkul anugerah Agensi Pembangunan Ekonomi Negeri 2010 dari Jaringan IKS dan UKS Sedunia.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI