Monday, May 3, 2010

Lelaki Ugut Bunuh Nik Aziz Ditahan Polis


KUALA LUMPUR 4 MEI: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman berkenaan atau individu yang bertanggungjawab membuat ugutan sedemikian.

Suspek akan dibawa ke balai Dang Wangi untuk direman dan menjalankan siasatan lanjut manakala kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI