Wednesday, May 5, 2010

30 Minit Untuk Panel Khas Lawat Lokasi Tragedi Aminulrashid

SHAH ALAM 5 MEI: Hanya 30 minit diperuntuk Panel Khas yang memulakan siasatan kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, malam tadi.

Mereka diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain dilihat berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.

Antara yang dilawati ialah Bulatan Kayangan dan Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Mereka tiba di lokasi kejadian pada jam 11.10 malam dan meninjau jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang, tempat kereta yang dinaiki mangsa mangsa.

Mengikut laporan Bernama, Abu Seman berkata lawatan itu bertujuan memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.
Untuk rekod, ahli keluarga mangsa mendesak mahu kerajaan mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tragedi ini dan penubuhan panel khas dianggap tidak memadai.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI