Wednesday, January 27, 2010

JPWP diminta jelaskan benar program Juara Rakyat di sekolah


KUALA LUMPUR, 27 Jan: Pakatan Rakyat Segambut hari ini ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Umno/Barisan Nasional menggunakan sekolah untuk menjayakan program Juara Rakyat.



Penjelasan itu dituntut dalam satu memorandum membantah Umno menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya pada Ahad, 24 Januari lalu menggunakan nama 'Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia'.

Penyerahan memorandum diketuai oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Ng.Bagaimanapun, memorandum berkenaan hanya diserahkan kepada pembantu peribadi kepada Pengarah JPWP, Fazreen Shandee kerana Pengarah, Suliaman@Sulaiman Wak tiada di pejabat pada waktu itu.Ekoran itu, Lim memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Sulaiman secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.Mereka juga menuntut agar pihak JPWP mengeluarkan surat pekeliling mengenai larangan menggunakan sekolah untuk tujuan politik kepada mana-mana parti.

Ini berdasarkan kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang melarang penggunaan sekolah sebagai tempat berpolitik.Umno secara terang-terangan melanggar arahan itu apabila mewujudkan khemah khas ‘Jom Masuk Puteri’, mengadakan promosi pada sepanduk program yang tertera logo Umno dan BN 1Malaysia serta kehadiran pemimpin-pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno pada program berkenaan.Selain itu, pelajar yang tinggal di asrama tidak dibenarkan pulang ke rumah pada minggu itu untuk memastikan mereka menghadiri program tersebut.Bercakap selepas menyerahkan memorandum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Segambut, Mohd Ishak Sidin berkata, pihaknya kesal terhadap pihak pentadbiran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang membenarkan penggunaan sekolah untuk perogram yang jelas merupakan kepentingan politik Umno/BN.


"Kami hadir ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan hari ini bagi menunjukkan bantahan kami terhadap pihak sekolah dan Umno/BN yang bersekongkol untuk menjayakan program mereka walaupun secara terang-terangan melanggar arahan pihak kementerian," katanya kepada pemberita.Sementara itu, Naib Ketua PKR Cabang Segambut, Mohd Maswan Darjoh berkata, jika JPWP membenarkan Umno/BN menggunakan sekolah untuk sebarang program parti, Pakatan Rakyat juga akan menuntut perkara yang sama."Kami nak tahu adakah Jabatan Pelajaran memang membenarkan parti politik mengadakan program di sekolah. Kalau memang dibenarkan, kami pun nak buat program di sekolah, sedangkan selama ini Pakatan Rakyat memang tidak dibenarkan langsung mengadakan program di sekolah," katanya.Lim pula berkata, tindakan itu sangat tidak adil kerana beliau sendiri pada tahun lepas tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk mengagihkan penutup muka kepada pelajar di sebuah sekolah sebagai langkah mencegah penularan H1N1.

"Pengalaman saya sendiri pada tahun lepas, langsung tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk mengagihkan topeng muka kepada pelajar. Mereka kata hanya boleh bagi di luar kawasan sekolah tapi bila Umno/BN nak buat program, mereka senang-senang benarkan," katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Segambut menuntut tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk kepentingan mereka.Program minggu lalu juga mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Penerangan Malaysia, Kolej Yayasan Melaka dan Kolej Giat Mara Segambut.Sebanyak sepuluh buah bas telah digunakan untuk mengangkut peserta dan jentera Umno dari luar untuk memeriahkan acara.

Tindakan anggota Puteri dan Pemuda Umno yang bebas keluar masuk kawasan asrama juga menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di kalangan ibu bapa pelajar.Pakatan Rakyat Segambut menerima aduan itu daripada pihak ibu bapa pelajar sendiri yang tidak berpuas hati dengan program tersebut.Lim juga memberitahu, surat memohon penjelasan juga telah diserahkan kepada pihak sekolah namun belum mendapat sebarang jawapan daripada mereka.

Note : kalau semua pengunjung m'sia lihat siaran TV.. kenapa depa buat iklan minta semua pelajar sek ren,men, ipt buatkan surat kepada P.M,depa minta suara dan pandangan anak2 muda untuk memajukan m'sia..awatnya ye.. UMNo ni dah ketandusan idea nak berfikir ke??? sampaikan mereka melibatkan para pelajar dalam politik?? Sebagai rakyat yang perihatin.. ana rasa kita semua perlu buat bantahan kerana Kerajaan dulu pernah bersuara Jgn sekali kita melibatkan para pelajar, semua ipt dalam politik tetapi kenapa sekarang kerajaan cakap tak bikin serupa.. So.. apakah tindakan kita sebagai rakyat... dan semua parti, bdn2 NGO harus bersatu hati membuat bantahan sekeras2nya.. utk kebaikan semua pihak..

SUARA RAKYAT KITA LAUNGKAN... TAKBIR... ALLAHHUAKBAR!!!

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI