Wednesday, November 18, 2009

YB Dato' HasanAli bertemu rakyat menyelesaikan masalah penduduk.


15hb Nov, 2009 Gombak – YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah turun padang untuk bertemu rakyat di Tmn Bukit Permata bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk iaitu :-

a) Gangguan Lalat yang berpunca daripada aktiviti penanaman sayur-sayuran ditapak tanah perkuburan cina.

b) Ketiadaan jalan masuk utama (menumpang jalan Fasa 9 Tmn.Sri Gombak),dewan orang ramai dan taman permainanan kanak-kanak.


Untuk mengatasi masalah yang telah timbul maka YB Dato’ telah memaklumkan kepada penduduk bahawa mengenai isu Gangguan Lalat beliau akan merujuk kepada pihak Jabatan Kesihatan MPS dan akan mengambil tindakan yang lebih efektif. Masalah Ketiadaan Jalan Masuk Utama Fasa 9 Tmn Sri Gombak pula beliau menyatakan bahawa sebagai langkah awal, beliau akan meminta pihak wakil Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia untuk membuat semakan dengan pihak MPS keatas kelulusan pembangunan atau kebenaran merancang yang telah dikeluarkan kepada pihak pemaju samada perkara yang dibangkitkan wujud didalam pelan asal atau sebaliknya untuk tindakan selanjutnya.

Semoga pertemuan 2 mata antara YB Dato’ bersama penduduk – penduduk sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan memberi keselesaan kembali kepada penduduk di kawasan berkenaan. Sesi perbincangan berjalan dengan lancar dan diakhir pertemuan Y.B Dato’ turut dijemput menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan bagi meraikan bakal haji.

KOLEKSI FOTO




Suara hati penduduk untuk dikemukan kepada YB Dato’ Hasan untuk diambil tindakan segera.




Jemputan penduduk kepada YB Dato’ untuk meraikan kenduri Bakal Jemaah Haji.

“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari



Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI