Friday, October 23, 2009

Perbincangan Exco Kerajaan Negeri Selangor bersama Pusat Zakat- Asnaf & Bantuan Masjid/surau

23hb Oktober, 2009 – Musyawarah antara Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia yang dipengerusi oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama Kakitangan Pusat Zakat pada hari ini adalah membincangkan mengenai peruntukan RM1500 merangkumi perbelanjaan sebulan kepada setiap fakir miskin (asnaf), dan bantuan untuk masjid dan surau di Negeri Selangor.

Menurut En. Rizal daripada Kakitangan Pusat Zakat seramai 1900 orang asnaf di Daerah Gombak, 45 buah Surau dan 8 Masjid yang bila dilihat insfrastrukturnya adalah Dhaif yang perlu diberi bantuan untuk membangunkan pembinaan Masjid/surau dan perlu mengadakan berbagai program terutamanya kepada anak-anak muda. RM4 billion peruntukan daripada Zakat untuk mengadakan berbagai kursus dan lain -lain program disediakan untuk fakir miskin.

Menurut pandangan Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali pemberian bantuan kepada asnaf ini hendaklah diteliti dengan betul kerana apabila dilihat ada segelintir masyarakat yang apabila hendak diberi peruntukan bantuan kewangan ada kelibatnya dimasjid/surau tetapi tidak secara bersungguh-sungguh untuk hadirkan diri ke majlis ilmu di masjid/surau. Tetapi selepas pemberian bantuan kelibat mereka tidak kelihatan lagi. Adakah mereka benar-benar ikhlaskan diri untuk abdikan diri kepada ALLAH swt dan adakah perlu kita salurkan bantuan tersebut kepada orang yang sedemikian, kerana mungkin ada orang yang lebih berkelayakan menerimanya dan amal ibadatnya juga terjaga tetapi kita terlepas pandang daripada sudut sedemikian dengan itu YB Dato’ amat berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi dan perlu di teliti dengan terperinci. Berikut adalah beberapa cadangan yang telah diberikan dalam musyawarah untuk kebaikan kita semua.

PA220049

I) Perlu buat bancian Masjid/Surau/Asnaf sebelum akhir thn ini;

ii) KPI asnaf- Disini perlu kerjasama dengn kakitangan Pusat Zakat untuk menjalankan program tersebut; Kertas kerja KPI telah hampir siap untuk dapatkan kelulusan,

iii) Agihan tugasan kepada kakitangan & pemberian zakat yang layak menerimanya;


iv) Senarai fakir miskin, keperluan facilities masjid /surau termasuk bayaran penceramah dll.

v) Perlu ada musyawarah bersama dengan AJK Masjid /surau setiap bulan untuk memperkemaskini semua laporan aktiviti, keperluan masjid/surau dan lain-lain untuk tindakann selanjutnya.

vi) Susunan mengenai asnaf perlu dibuat 3x sebulan di Masjid /surau dengan mengadakan berbagai aktiviti.

vii) Program PKM (Smart Solat, Training, KEM dll) untuk anak-anak perlu diadakan bagi mendekati mereka lebih dekat lagi agar anak-anak tidak terleka dengan melibatkan aktiviti yang tidak berfaedah.

Semoga cadangan yanng diusulkan dalam musyawarah bersama kakitangan Zakat sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat untuk melahirkan generasi dan masyarakat yang bertaqwa, isnya-ALLAH.

YB Dato’ menegaskan bahawa bukanlah niat hati beliau mencampuri hal Pusat Zakat dalam menghidupkan Masjid /Surau dan urusan pemberian zakat tetapi dengan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu beliau rasa bertanggungjawab menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya untuk memberi kerjasama dengan semua pihak.

KOLEKSI FOTO

PA220046PA220048







Begitu serius kedua belah pihak dalam musyawarah pagi ini.


PA220049

PA220050

PA220056

Tidak cukup musyawarah di dalam bilik mesyuarat dekat luar pun masih sambung lagi. Perbincangan YB Dato’ bersama beberapa penduduk yang hadir di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia bagi menyelesaikan beberapa masaalah mereka hadapi untuk diambil tindakan segera.


PA220057PA220064




Mengenai Tanah Sendiri yang telah dikenakan cukai. Tanah tersebut adalah baru peringkat pertanian tetapi pihak MPS kenakan bayaran yang terlalu tinggi. Menurut En. Md Noor B. Osman beliau tidak mampu membayar cukai tersebut dan beliu tidak berpuas hati kenapa MPS kenakan cukai pada tanah beliau. Beliau mohon YB Dato’ dapat membantu dan membuat tindakan susulan kepada pihak MPS untuk berbincang.


PA220068PA220061







En. Suthakaran a/l Raman mengadu rumah beliau duduki kini mengalami banyak kerosakan akibat jiran beliau yang telah lama tinggalkan rumah tersebut selama 8thn tidak pernah datang melihat keadaan rumahnya. Kini rumah tersebut begitu semak samun kadang-kadang terdapat ular dan binatang berbisa, segala bumbung rumah telah pecah dll kerosakan dihadapi. Beliau mohon buat tuntutan ganti rugi kepada Tn Rumah tersebut . Yb Dato’ Hasan menasihatkan padanya agar dapatkan maklumat terperinci mengenai Tn Rumah tersebut di Pej Tanah Hilcrest/Pemaju rumah untuk Yb Dato’ Hasan mengambil tindakan selanjutnya dengan kerjasama beliau .


PA230075




Kakitangan Ahli Majlis/Pusat Khidmat yang meneliti aduan dibuat oleh penduduk untuk tindakan selanjutnya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI