Tuesday, September 1, 2009

Dulu Khemah skrg Kabin,Kemudahan sudah disediakan,mgpa nak berlengah / tidak solat lg??


040820091093



Gombak Setia semakin maju kehaapan dengan kehadiran saf-saf pimpinan yang beribawa untuk membawa ISLAM terus kehadapan. Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepadamu ILAHI, kalau dahulu bila kita lihat kebanyakkan tempat ibadat untuk orang yang berniaga tiada diberi hanya dengan inisiatif/kreativiti setiap indidvidu untuk menunaikan solat samada mereka akan solat berlandaskan dengan kotak untuk tikar sejadah, solat dalam kereta, bawah pokok dan lain-lain tetapi kini diberi rezeki yang lebih untuk pihak pimpinan Gombak bersama YB Dato’ Hasan untuk menyediakan tempat ibadat bagi semua umat ISLAM tidak kira pagkat dalam beribadat kerana apabila datang malaikat maut datang menjemput semua akan disatukan dipadang masyar.

Semoga dengan kemudahan disediakan oleh YB Dato’ pada kita harap jaganlah kita melengahkan waktu solat dengan kelalaian hati kita dengan mengejar hal keduaniaan semata-mata. Bila sudah mendengar laungan azan dengan Mengata Marilah menunaikan Solat maka tinggalkanlah urusan dunia dan burulah dengan urusan akhirat.

040820091098

Solat dibawah Khemah beralaskan tikar.

180820091176

Alhamdulilah TERIMA KASIH TUHAN diatas nikmat dan rezki yag diberikan sehingga terbinanya tempat ibadat bagi peniaga dan pengunjung pasar mlm untuk beribadat padamu.

Cabin yang disediakan ini boleh menampung seramai hampir 40 orang. Disini disediakan juga kipas angin, sejadah dan peralatan ibadat yang lain. Bagi yang ingin sedekahkan Telekung, sejadah, Al-Quran boleh juga diterima dengan niat mendapat maradhatilah apabila setiap insan yang menggunakannya, isnya-allah. Pengunjung boleh datang beribadat disini setiap hari Selasa Pasar Malam Greenwood.

“Firman Allah swt Jika Kau mengingatiku nescaya Aku akan mengingatimu.”

Editor By : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI