Dalam kesibukan ana menjalankan tugasan di Permatang pasir.. tiba-tiba wartawan tel minta buat usalan kes isu arak kartina.. dtg pula wartawan harakah minta siapkan beberapa isu lain.. adui ana rasa mcm nak meletup kepala ni.. minta 4ribu ayat..kena submit 12pagi ni..adui sonang je order.. ana dh le jamed nk pk prk punya tugasan.. tiba2.ada pula minta ulasan..
ya-allah ampunlah dosaku.. andai terdetik dihati dgn keluhan berilah ketenangan dan kelapangan kemudahan dlm apa jg ikhalaskan amal iabdatku krn mu.. .. hambamu sgt lemah. berilah kekuatan dgn kirimkan shbt2 membantu hambamu.. amiin ya rab.. soalan yg timbul.. tanya tentang hukum syariah lagi tu.. ei.. salah org depa ni.. ana bukan amik low... xpe le utk puaskan hati para wartawan ana hanya mampu beri jwpn dibawah hukum dpd kitab allah. so ana taknak buat ulasan apa2.. .. semoga shbt2 lain dpt kongsi bersama bantu cari jawapan wartawan kita tentang hukuman..waallahhualam
MINUM
58. (1)
(2) Seseorang yang minum arak atau khamar, biasnya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
HUKUM MINUM
59.Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90
HUKUMAN ORANG YANG MINUM
60.Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-
Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.
KESABITAN KESALAHAN MINUM
61. (1) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-
(i) Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan.
(2) Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.
(3) Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu.
(4) Dalam qanun jinayah syar'iyah, kes yang disebutkan dalam perkara 51 ceraian (2) dan (3) dalam penghakiman samalah hukumannya dengan kes ''Wati' Syubhat'' (persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangkanya perempuan itu isterinya sendiri). Kes ini termauk dalam kes yang syubaht yang tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas perlakunya. Penghakiman ini adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abudullah bin Mas'ud ra.
Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.
(5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak (khamar) itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengethaui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.
(6)Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60, kerana alasan itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengaja.
PEMINUM
62.(1) Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:
(a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
(b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.
(c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
(d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.
(2) Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw:-
Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. - Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.
(3) Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw:-
Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.- Riwayat Tabrani dari Sanad Sahih.
(4) Mereka yang terpaksa minum arak (khamar) seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman had. Ini adalah berdalilkan firman Allah:-
Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani.* -surah al-baqarah 173
* Fiman Allah Taala ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat. Firman Allah Taala ini diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, Allah arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.
(5) Jika arak (khamar) itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman had keatas mereka yang melakukannya.
No comments:
Post a Comment