Thursday, July 9, 2009

Setiap org ALLAH Minta kita Jg Penjuru..Seruan JIHAD sdh memanggil..Manik Urai





Minggu ini merupakan minggu yang ana rasa terlalu sibuk dan keletihan yang amat sgt sehingga balik daripada kem semakin menjadi2 pula batuk, selsema.. demam pula tiba2 pula mengiring..mgkn terlalu banyak program sehingga terlupa sesuatu untuk menjaga kesihatan sendiri.. walaubagaimanapun ana rasa terlalu bersyukur krn ALLAH bg peluang pd ana utk teruskan kehidupan ini dgn membuat kerja2 amal membantu agamanya,,alhamdulilah atas nikmat yg diberi..

Dan bila diuji dgn kepenatan, bila syaitan cuba menggoda utk tidak bergerak dlm kerja2 jemaah pastinya ana akan teringatkan kata2 naqibah dalam usrah pastinya hati ana padamkan hasrat utk berehat terlalu lama..cukuplah pengalaman lalu menjadi ana terlalu kerdil utk itu semua...

Kata ustazah sesaat kita terleka pastinya musuh ISLAM sudah ,merancang utk memusnahkan gerakkerja ISLAM,kelak kita jg yg ALLAH akan tanya atas kelalaian diri kita.. sehingga ada 1 kisah pada zmn shbt Nabi saw dimana ketika itulah shbt tersebut sdg diuji oleh ALLAH dalam kesakitan.. tp walaupun diuji dgn sakit namun shbt tersebut ttp teruskan tgjwbnya sehingga membuat para shbt yg lain bertanya pada beliau..

Ya Abu bakar mengapa kamu tidak mengambil waktu sedikit utk beristirehat seketika krn kami amat bimbangkan kesihatanmu.. lantaran itulah baginda menjawab..Ketahuilah sekiranya aku merehatkan diriku seketika pastinya musuh2 ISLAM akan cuba mencari peluang utk menceroboh kawasan ini dan memusnahkan gerakkerja kita.. maka sekiranya ini berlaku sdh pasti aku akan dipersoalkan oleh ALLAH swt..

Begitulah juga setiap kali peperangan Nabi saw menunjuk kerah muka shbt2 baginda dgn menunjukkan Ibu Jarinya dan berkata kepada setiap org..

"Ingatlah bahawa setiap kalian adalah dipertanggungjawbkan utk menjaga setiap semua penjuru..penjuru itu adalah ISLAM.. jika kalian lalai maka musuh2 ISLAM akan masuk setiap penjuru itu..dan kalian akan dipertangungjwbkan keatas apa yang berlaku"

Masyallah lihat betapa hebatnya shbt2 Nabi saw ketika menjalankan tgjwbnya sbg pejuang ISLAM.. mereka tidak mahu sedikitpun masa mereka dibuang begitu sahaja mmg sesuailah kalau ayat Al-Quran Surah Al-Asry mengingatkan kita

"Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali org yg beriman dan beramal solleh yg sentiasa berpesan2 kearah kebaikan"

Cukuplah bagi mereka yg bergelar pejuang spt kita di tarbiyahkan oleh pimpinan rehat paling baik adalah selama 4-5jam sehari selainnya hendaklah menjlnkan tgjwb kita sbg khalifah sebaiknya dimana kita kena kejar dunia akhirat kena selari.. dan sebelah mlmnya hendaklah menjlnkan tgjwb kita sebagai ansaruallah.. andai kita ambil rehat terlalu banyak ingatlah kita telah berhutang dgn ALLAH swt.. malunya kita pd rab yg menciptakan kita.

So dengan itulah ana menyeru pada shbt seperjuangan untuk turun padang membantu perjuangan ISLAM yg syumul ini ke P.Raya Manik Urai. tenaga, buah fikiran amat diperlukan..sama2lah 1kan tenaga kita alam apa sekali pun.. pertahankan kemenangan ISLAM.."Kalah & MENANG BUKAN ALASANNYA , IKHLASKAN NIAT DIHATI TULAH JANJI RABBI...

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat, dan BERJIHADLAH dengan harta dan dirimu di jln ALLAH. Yang demikian itu adalah lbh baik bgmu jika kamu mengetahui. {Al-Taubah:41} dan

katakanlah Jika bapa2, anak2, saudara mara, isteri2 , kaum keluargmu, harta kekayaanmu yg kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasulnya dan dari berjihad di Jlnnya, maka tunggulah sampai ALLAH mendtgkan keputusannya" dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik.{Al-Taubah:24}

Semoga dgn sedikit suntikan tazkirah ini dgn cantiknya strategi ALLAH susunkan kepada kehidupan sbg seorg ISLAM ini ALLAH beri petunjuk dlm kitab Quran pada kita agar tidak tersesat sepanjang zmn.. setiap apa yg berlaku dlm diri kita kenalah kita refer pd Quran kembali.. agar tidak terus terhanyut.. dek arus zmn.. waallahhualam..

ya-ALLAH BANTULAH KAMI, SUSUNKAN JENTERA2MU UTK MEMBANTU PERJUANGAN ISLAM, TUMPASKAN SEGALA PERANCANGAN KEJAHATAN YG TELAH MEREKA SUSUNKAN... KUCAR KACIRKAN ORGANISASI MEREKA, YA-ALLAH, SSGHNYA ENGKAU TEMPAT KAMI MINTA PERTOLONGAN..AMIIN YA RAB..

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI