Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa buat semua insan bergelar Ayah.Hargailah mereka..

Bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu.. dan Hari ini jg masih ada tempat2 merai kan Hari Ibu..ana baru je habis prog Sambutan Hari Ibu peringkat Zon JKP 11..Alhamdulilah mndpt sokongan yg amat menggalakkan... dan dlm kesibukan itu hati ana asyik teringat pd insan bergelar abah..


Ye.. ana kehilangan insan ini sdh hampir 2 thn.. rasa cepat masa berlalu tp bagaikan semalam ana rasa kehilangannya.. 1 persatu segala kenangan bermain difikiran..daripada bangku sek. rendah hingga 28thn usia ana.. rasa masa telalu cepat berlalu.. alangkah bahagiannya insan2 yg masih punyai ayah.. ana hanya ada ayah yg bergelar sbg keluarga angkat..tempat anak menumpang ksh.. mgkn tidak semesra ayah kandung walaupun mengenali insan ini.. tp ana ttp menghormati insan tersebut.. selepas tamat program Hari Ibu.. ana rasa terlalu penat dgn keadaan yg masih krg sihat.. ana ambil 1 jam tumpang rmh k. Noor solat Zohor.. alhamdulilah lps solat dan rest.. ana duduk diruang tamu menunggu K. Noor & Shbt2 lain.. dalam duduk rehat bersama anak2 K. Noor.. ana lihat telatah anak beranak ini sggh mesra insan bergelar Ayah ini pd anak2nya.. ana terssenyum dan kdg2 menitis jg airmata ini bila teringat esok adalah tarikh yg bermakna ttp ana tak dpt utk meraikan.. nak rai utk abah di keramat.. famly angkat ana.. rasa malu menebal sgt.. terlalu kerdil nak bersama.. lain le kalau Hari Ibu.. blh jg rasa kemesraannya..


Erm.. terhenti lamunan ana seketika.. bila anak K.Noor duduk di riba ana.. anak kecil ini nak air oren yg dihidangkan uminya utk ana.. ana suapkan dia.. dh 3 ptg ana bergegas ke Selasih pula preparation Dewan & Multimedia presentation utk OSCC Esok.. moga rehat tadi dpt mengumpul kekuatan pd ana meneruskan tanggungjawab seketika pd jemaah..

Alhamdulilah... slps solat asar dan habis tugasan di Dewan ana bergegas balik pergi 1 tempat yg paling rapat dgn ana jg.. Keluarga Hj Nordin.... Setiba disana Ayah tengah mkn.. dgn selorohnya yg suka menyakat ana.. mmg insan ini terlalu rapat dgn anak2. salah 1 keluarga ini ana begitu suka duduk disini.. keakraban Mak, Ayah yg mendidik anak2nya.. adk2 beradik very closed, tiap kali cuti mereka sekeluarga akan bergotong royong dan berbagai aktiviti mereka akan kerap bersama.. so.. ana akan dilayan mcm anak mereka jg..alhamdulilah ana bertemu dgn insan2 yg solih sentiasa mendidik ana ke jln redhai ALLAH.. syukran ya-ALLAH.. dan ana terus ucapkan Selamat Hari bapa Buat Ayahanda ana Hj Nordin.. tersenyum dia... mendengar.. mcm2 yg diborak dgn ana masa ni maklum le ana ni dah lama sgt tak menziarah keluarga ini, namun begitu ingatan tak pernah putus..

Dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula.

Walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. Tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita.

Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita.Salah satu sebab mengapa anak-anak kurang rapat dengan bapa mungkin kerana cara didikan di peringkat awal.

Biasanya bapa digambarkan sebagai satu simbol kuasa dan hakim dalam menjatuhkan hukuman. Misalnya kita biasa dengar ungkapan, "Nanti emak beritahu ayah", "Tunggula... bila bapak kau balik nanti", "Biar.... nanti ayah marah baru tahu" dan seumpamanya. Ini menyebabkan seorang ayah itu dilihat secara negatif.


Pada keadaan tertentu seorang anak mungkin mendendami ayahnya.Seorang bapa itu patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya. Dia juga seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.


Sebagai bapa pula mestilah pandai menyesuaikan diri dengan keperluan dan keadaan semasa mendidik anak-anak. Adakala seorang bapa itu perlu bertegas dan menghukum tetapi ada ketikanya mesti bersedia untuk mendengar dan berbincang. Semua itu perlu diseimbangkan sebab itulah di aliran zaman yang semuanya pantas ini para ibubapa harus melengkapkan diri dengan berbagai ilmu dan kemahiran untuk mendidik anak.


Semoga para bapa semua dapat menjadi ketua keluarga yang memimpin keluarganya membentuk satu unit masyarakat yang positif dan bahagia. Ini hanya boleh dicapai dengan sokongan para ibu dan anak-anak juga.Selamat Hari Bapa kepada semua para bapa.


Sajak ini ana titipkan buat semua insan bergelar Ayah, Abi, Walid, Abah dll.. Ya-ALLAH rahmati mereka semua... berikan kebaikan dunia akhirat dlm kehidupan mereka


Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
Hinggalah sekarang baru aku tersedaria sudah melimpah ruah….
Kerana abah aku disini,
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…


Abah oh abah
Abah…semenjak kecil aku dibesarkan
Bagai menatang minyak yang penuh
Semenjak kecil aku dimanjakan

Dengan belaian gurauanmu yang indah
Semenjak kecil aku diberi penghargaan
Umpama seorang Puteri pd abah…
Ketika aku mengalah…Engkau semangatku
Ketika aku sakit…Engkau penawarku

Ketika aku bersedih…kau Kesatkan air mataku
Ketika aku ketawa Engkau riangku
Dan ketika engkau berduka?
Aku harap akulah penawar duka laramu


Selamat hari bapa kepada insan yg bergelar abah yg telah pulang kerahmatuallah.. (Al-Fateha buat abah..semoga abah sentiasa di tempat dlm golongan para solihin dan ditempat mulia disisi ALLAH swt hendaknya..abah eila terlalu rindukan abah.. ketika ini airamata menjadi teman.. ketika ini jg kutatap potret abah.. TUHAN kau lebih menyayangi abahku.. rahmatinya dirinya di sana.. :(
Buat Semua Ayahanda ana
Abd Hamid
Badzis
Abdullah
Hj Nordin
Yg amik berat kehidupan ana.. syukran Ya-ALLAH temukan ana insan2 yg mulia ini..walapun mereka bukan darah daging ana tp atas ukhwwah fillah dlm jemaah ini bermulanya tautan hati kami.. mereka yg berada dlm jemaah ini adalah saudara mara yg terhampir dgn ana.. insya-allah...


p/s : Buat shbt2.. hargailah Ibu bapa kita sementara mereka msh hidup.. jgn sekali2 mengecewakan mereka.. bila mereka tida lg.. semua kenangan akan terpahat dihati y tidak akan berulang lagi...







No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI