Wednesday, May 13, 2009

Seronoknya MEntarbiyah & Sdh sediakah diri Di TARBiYAHKAN




JIWA TARBAWI NUQABA
” Akak, ana kalau akak ada ana rasa kuat, ada ruh. Kalau orang lain yang ajak pegi program ni, ana tak pegi. Tapi sebab akak ajak, ana bersemangat nak pegi”. Ujar adik usrah saya satu ketika- adik usrah yang sudah terikat janjinya dengan organisasi Islam sekian lama.
Lantas jawab saya ” Anti tak boleh bergantung pada ana je. Anti pulak yang perlu terus tarbiyyah orang lain dan enti la yang patut jadi pendorong orang lain pulak”. Dia mengangguk tanda faham, dan wajah bersemangatnya dapat saya kesan.

Tersentuh juga hati tatkala ungkapan ini terungkap oleh adinda ini setelah lama tidak bersua muka, bertentang mata. Mungkin ini buahnya tarbiyyah. Sering kali saya mengingatkan adik-adik saya di kampus- ” Sebagai naqibah, jiwailah jiwa tarbawi. Optimislah pada orang yang kamu didik”.Jiwa tarbawi seorang nuqaba bisa teruji dengan kerenah anak usrahnya. Sebagai bapa atau ibu usrah, falsafah sebuah keluarga harus di fahami dengan baik oleh naqib/ah.
Seorang ibu tanpa syarat menumpahkan kasih sayang kepada anak-anaknya, seorang bapa tanpa rungutan membanting tulang menyara keluarga, bahkan ibu mahupun bapa cukup sifatnya memaafkan segala salah silap anaknya.
Kadangkala kedegilan anak di balas senyum, tangisan anak dibalas dengan suapan kasih sayang. Bahkan walau seteruk manapun anaknya, dihati seorang ibu, seorang ayah, mereka tetap anak-anak yang bertakhta di hati. Ternukil juga dalam sirah kisah Al-Qamah yang diberi maaf oleh ibunya setelah sekian lama diguris hati si ibu tua.
Idealistikkah sifat itu untuk di pasakkan ke dalam hati para nuqaba’?

KONFLIK ‘ANAK-ANAK’
Dalam keluarga, bila anak-anak bermasalah ibu bapalah yang paling resah, paling gelisah. Bagi yang punya jiwa pentarbiah,jiwa pendidik, jiwa murabbi, kegelisahannya HARUS terpancar tatkala ‘anak-anak’ didiknya di rundum permasalahan. Masalah akademik, masalah inferior, masalah keluarga, masalah ekonomi, masalah sosial, masalah peribadi. Boleh jadi antara mereka ‘terpaksa’ menerima hakikat masalah yang membelenggu kerana tiada belaian kepedulian dari seorang yang bernama NAQIB/NAQIBAH.

Jiwa naqib/Naqibah akan teruji bila datangnya konflik,begitu juga dengan pemimpin. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang MAMPU mengurangkan peratusan konflik dalam organisasinya. Ingin menghapuskan langsung, ianya bercanggah dengan dengan sunnatuLLAH. Nuqaba’ akan diuji sifat optimistiknya, di uji egonya, diuji kesabaran dan lain-lain sudut.
Sebagai kajian kes, si A didalam organisasinya agak kerap bersifat menongkah arus,dilihat memakai ‘topi hitam’ (Rujuk 6 topi berfikir De Bono),bahkan dilabel sebagai ‘anti-establishment’ oleh pimpinan. Nampaknya si A ini individu berkontroversi. Malahan, sifat lantangnya dan critical thinkingnya, sering menjadi modal sebahagian ahli organisasi bercerita bahkan mungkin mereka-reka cerita. Jika anda naqib/naqibah kepada si A, apa tindakan anda?Adakah anda berkata :
Jawapan 1: Sia-sia saja aku usrahkan budak ni, last sekali tak reti nak hormat orang lain. Banyak bebenor cerita teruk pasal dia ni. Ah, aku tak nak redha la ilmu-ilmu yang aku bagi kat dia ni!Lantak dialah! ATAU
Jawapan 2: Aku naqibnya. Aku mesti jumpa dan bincang dengannya. Yang pasti aku optimis dengannya, baik aku ‘Fatabayyanu’ dulu dan dengar hujahnya dulu. Bukannya dengar cerita-cerita orang je. Islam ni tertegak dengan hujah bukannya individu. Aku mesti jumpa dia!
Jawapan mana yang banyak mencenderungkan anda? Mahu dengar kata pimpinan atau mahu bersemuka dan berbicara ‘heart by heart’ dengan adik usrah? Disini kemampuan anda menekan butang PAUSE amat penting, kesediaan mengamalkan WIN-WIN situation amat diperlukan.
TENANGLAH PARA NUQABA/NAQUBAH

Hassan Al-Banna pernah menyebut tentang hak-hak ahli kepada pemimpin, yang dinukilkan oleh Sheikh Mustafa Masyhur dalam Kitabnya ‘Thariqudda’wah Baina Qiadah Wa Jundiyyah’ (Jalan Dakwah: Antara pemimpin dan pengikut). Nada yang sama boleh digunakan untuk menghuraikan hubungan nuqaba’- mad’u. Memetik kata Al-Banna :
” Dalam seorang guru di sudut memberi ilmu , hak seorang sheikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah polisi umum dakwah . Dakwah Ikhwan merangkumi semua makna ini”.
Naqib/Naqibah yang baik adalah naqib yang mampu melaksanakan hak di atas secara konsisten; sebagai bapa, sebagai guru, sebagai sheikh dan sebagai pemimpin. Ketenangan, kemahiran, kemampuan jiwa tarbawi amat perlu di bina dalam diri sang pentarbiyyah. Tidak reaktif namun proaktif adalah sifat penting pentarbiah dakwah Islam.

MENVISI DAN MEMISIKAN MAD’U
Menepati dari sasaran atau goal Ikhwanul Muslimin dalam matlamat khususnya yang lima iaitu :
Bina’ Fardhul Musleem
Bina’ Bait Musleem
Bina’ Mujtama’ Musleem
Bina’ Daulah Islamiyyah
Bina’ Ustaziatul Alam - Khilafah
Jiwa pentarbiyyah yang baik adalah pentarbiah yang mendidik dan memandu. Melorong jalan dan membuka ruang, ke arah melahirkan individu yang berdikari perlu menjadi modus operandi pentarbiyyah. Bukan sifat pentarbiyyah, jika tidak menerima hakikat kalau anak didiknya menjadi terdidik dan terlatih melebihi dirinya.
“Nampaknya dia ni dah lebih dari aku ni, lawan taukeh ni!” Getus hati seorang ‘naqib’. Tidak puas hati agaknya.Alangkah buruknya sifat begini.Malang sungguh kalau punya ‘naqib/Naqibah’ begini.Syadid dan mensyadidkan.

Melorongkan jalan kepada adik usrah contohnya membantu diri mereka melengkapkan diri dengan muwasafat tarbiyyah yang 10 ini (lihat gambar sebelah). Sepuluh elemen ini saya kira melengkapkan empat elemen asas PQ-SQ-EQ-IQ. Pakej lengkap yang perlu bagi bakal-bakal daei. Tunjukkan GOAL yang jelas pada mad’umu, supaya mereka mampu ‘Begin With The End In The Mind’.
BACALAH, ADIKKU..
Naqib/Naqibah mesti menggalakkan adik-adiknya membaca, adakan diskusi buku, susun marhalah supaya ada peningkatan mutu pembacaan dan brain storming. Semestinya, naqiblah yang mula-mula mesti rajin membaca. Baru disuruh adik-adiknya. Walk your talk!
Saya mencadangkan nuqaba’ menyediakan Online Book Shelf untuk tatapan adik usrahnya. Boleh juga di lontarkan perbincangan melaluinya, atau sekurang-kurangnya sinopsis ringkas sebagai rujukan. Tool menarik ini saya temui beberapa minggu yang lepas.Menarik untuk dibina bagi peminat buku tegar. Mudah saja sign in, upload buku, dan update perkongsian. Tool yang saya maksudkan ialah GOODREADS. Dapatkan book shelf anda di alamat dibawah, juga saya sertakan Book Shelf shbt ana untuk perkongsian.
Goodreads application
Book Shelf Ahmad Asyraf Shari

Sungguh tool ini amat menarik dan sesuai digunakan oleh penggemar buku. Seronok melihat book shelf online, di rumah secara live, diluar rumah secara maya. Penggunaan yang boleh memaparkan buku yang telah dibaca, sedang dibaca atau akan dibaca. Terpulang pada anda untuk menamakan apa sahaja, tetapi bagi saya ia medium yang baik untuk proses controlling dan follow up pembacaan kita. Ayuh mencubanya!
SERONOKKAH MENTARBIYYAH?
Soalan ini hanya boleh di jawab oleh para pentarbiyyah. Jika mereka berdisiplin dan menghayati falsafah pendidikan dalam gerakan Islam, mereka akan seronok. Saya juga berkongsi rasa yang sama, seronok di tarbiyyah kemudian mentarbiyyah. Hanya orang yang ditarbiyyah layak mentarbiyyah - pesan murabbi saya. Rela di tarbiyyah untuk mentarbiyah sudah menjadi pegangan hidup saya sekian lama.
Mentarbiyyah membawa nilai memBERI, bahkan memberi tanpa sebab untuk menerima. Boleh juga dikatakan memberi tanpa syarat. Jika ia diserapi didalam sanubari pentarbiyah dan nuqaba, nescaya ia membuahkan keseronokan. Seronok kerana hanya mengharap reward di ’sana’ bukan disini. Ameen.

“Jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya” - Hasan AlBanna
Sabda Rasulullah Sallahu alayhi wasallam: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. (Hadis Riwayat Jabir bin ‘Abdullah radiallahu ‘anha)
Seronokkah mentarbiyyah?
Selamat mentarbiyyah.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI