Thursday, May 14, 2009

AnTARA PENYOKONG & PeMiKiR




Dari kiri: Ah Chong,Ah Meng,Ah Kaw,Ah Pek dan Ah Long (bukan nama sebenar)
bila lagi Najib, Dollah, Muhdin, Syam, Khari dan Mathir dll bila lagi???

Kelab Penyokong PAS mencecah kepada 20 000 orang ahli (Sumber)
Alhamdulillah, bertambah kecut perut lah UMNO jadinya. PAS menjuarai perpaduan. Mana slogan One Malaysia, perpaduan versi UMNO yang di laungkan dahulu.... (...kini dan selamanya pergi ke mana?)


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata:
"..masyarakat bukan Islam tertarik dengan model yang ditunjukan Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan dikriminasi dalam pemerintahan"


Sememangnya, keikhlasan PAS dalam menunjukkan model terbaik dan bersih kepada rakyat terutama kepada non-muslim mendorong mereka untuk berfikir. Contoh dan 'role-model' pimpinan-pimpinan PAS yang diterajui golongan ulama' dan profesional telah dan benar-benar meletakkan perpaduan sebagai asas utama dalam menerajui negara selain menerapkan unsur-unsur dakwah.


PAS for All


PAS bersifat ekslusif dari sudut keahlian, namun dari sudut perjuangan, PAS adalah inklusif, menerima pendapat dan turut terjun bersama-sama dengan masyarakat bukan Islam. Lihat sahaja contoh di Kelantan, penghulu dan jawatan-jawatan yang sepadan di beri kepercayaan kepada bukan Islam untuk memegangnya. PAS bukan perti perkauman (seperti yang di gembar-gemburkan UMNO dan kawan-kawannya). Masakan ADUN-ADUN di peringkat Pusat atau negeri terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam seperti di Perak dan Selangor.



Islam for All
Rasulullah telah mengajar kepada kita bahawa Islam itu bersifat syumul. Islam milik semua manusia, tanpa mengira kaum, bangsa dan budaya. Ini lah yang menjadi kunci utama perjuangan PAS dalam medan politik. Elemen Jihad, Dakwah dan Tarbiyyah dalam membawa Islam dimata masyarakat. Menyelamatkan ummah dari kesesatan.
Umpama garam dalam masakan, tiada ia maka tidak enak masakan itu. Itulah Islam, menjadi 'garam' kehidupan. Inilah kemuliaan dalam Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam maka jatuhlah keatas dirinya kehinaan.
Fikir

Kajian menunjukkan manusia menggunakan kurang 10% mindanya untuk berfikir.Agaknya berapa peratus Einstein telah gunakan otaknya untuk mencipta rumus e=mc2.(namun dia tetap jahil untuk menerima Islam)
Tidak lain tidak bukan, dorongan akal untuk berfikirlah yang menjadi asbab PAS diterima oleh bukan Islam.


Penerimaan mereka bukan semata-mata atas dasar kepentingan politik, tapi juga 'qudwah-hasanah' dan contoh akhlak Islam yang di bawa oleh PAS. Peliknya, mereka yang 'pure Islam' ni masih ragu-ragu, melihat dengan pandangan materialism, kebendaan.

Sebab apa susah sangat untuk berfikir. (boleh rujuk buku Deep Thinking:Bagaimana seorang Muslim berfikir, oleh Harun Yahya)
1) Kelumpuhan mental sebab mengikut kebanyakan orang. Kira macam Pak Turut, apa orang

kata semua dia ikut tanpa berfikir terlebih dahulu (ini memang ada dalam UMNO).
2) Kemalasan mental. Penyakit ni memang sangat dahsyat.
3) Mereka beranggapan berfikir secara mendalam tidak baik. Mungkin mereka ada terdengar

kata-kata orang "jangan terlalu banyak berfikir, nanti kehilangan akal". Yang dimaksudkan

jangan terlalu memikir keburukan, berkhayal, angan-angan kosong dll.
4) Hendak lepas diri dari tanggungjawab. Ibarat 'play-save', hendak lepas diri dari masalah atau

kewajipan. Contohnya, tidak mahu berfikir mengenai kematian, orang yang berfikir tentang

kematian akan berusaha keras untuk kehidupan selepas matinya. Golongan 'play-save' ini

telah menipu dirinya sendiri. (teringat mengenai tayang video mati dalam pendidikan, UMNO

juga yang halang)
5) Tidak berfikir kerana lalai dengan kehidupan. Erti kata lain tiada masa, sibuk dengan urusan

dunia. (bagaimana hendak seleweng duit rakyat pandai pula berfikir.emm..)
6) Melihat sekadar dengan pandangan biasa. Menafsir sesuatu tanpa berfikir atau merenung

hikmah atau mudarat di sebaliknya. (aku boleh ambil contoh isu Hudud, anda sendiri boleh

fikir)

Kesimpulan
Manusia itu menjadi musuh kepada apa yang ia tidak tahu. jahil dan jahil. Maka, gunakanlah akal fikiran yang ada di dalam kepala otak anda semua untuk mencari kebenaran. Khususnya kepada mereka yang mengaku Islam, kembali kepada agama yang menjadi asas kehidupan. Janganlah terlalu taksub dengan kaum. Dalam kubur nanti, bukan kaum yang menyelamatkan kita tapi agama. Dalam Islam ada kaum, dalam Islam ada bangsa, dalam Islam ada budaya.

Kesimpulannya ana bukan minta anda masuk PAS atau jadi penyokong PAS (walaupun ada niat sikit). Ianya option anda sendiri berhak memilih kerana PAS hanya sebagai wadah dalam membawa Islam ketempat yang tinggi. Sebab Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya.
Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah:
"Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi : "Apakah kamu (mahu) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Ali-Imran 20

2 comments:

  1. salam kak..wah hebat hujah kali ni..laila sokong 101%..ehe..truskan perjuangn kak^^
    td laila bace blog siasah..ramai penyokong setia umno comment dan mengutuk pas kerana bekerjasama dgn DAP yg bukan islam..laila geram kak..tapi takde idea nak lontarkan utk buke minda mereka yg tak tahu dan tak faham erti perjuangn nih.. kat tajuk kelab penyokong pas..hanye penulis yg bernama naruto sensei yg cube nak tegakkan kebenaran..tapi laila rase hujah die pon tak cukup nak debate dgn org fanatik umno nih..
    waAllahua'lam.

    ReplyDelete
  2. salam alahmdulilah dibg kekuatan utk terus bermujahadah mencari bhn2 utk pertahan kebenaran & mengakkan Syiar ISLAM. Bukan semudah itu utk kita bg kefahaman pd mereka yg ALLAH dh matikan htnya hanya doa yg kudus mhn dibg hidayah agar mereka akn terbuka ht untuk menerima ISLAM dgn totally. Bab ni kenapa PAS kejesama dgn PKR/DAP.. ada jwpnnya semasa akak ada perjumpaan dgn pimpinan peringkat ulama baru2 ni utk baik pulih kembali kekuatan kami semua dlm bermujahadah.. insya-allah akan dibagi posting ni utk kita sharing tp take time coz dh tak cukup masa utk terdekat asyik mencari bahan assgignment asam keping (he.he..akak rasa ni mesti assignment project dia x dpt jwb bg kita cari utk buat, sampaikan kita semua berdebat bagai nak rak pertahan perjuangan ISLAM).. aDUI BHN USRAH AKAK UTK ORG TANYA X SIAP2 LG.. ASYIK TERGENDALA.. YA-ALLAH MUDAHKAN URUSAN KU DLM MENYEBARKAN DAKWAH INI... AMIIN YA RAB.. xpe le moga ilmu dibg dpt membuka pintu hati mereka semua.. doale yg terbaik.. TERUSKAN PERJUANGAN. Kalau ada masa 17/5 ni ayuh turun ke Flamingo, ampang bowling nisa.. kt tarbiyah adk2 yg di luar sana perlukan bimbingan kita..sentiasa terbuka utk semua alg doakan urusan kami dimudahkan.. TAKBIR!!!! ALLAHHUAKAHBAR..

    ReplyDelete

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI