Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebahagian dari baiknya ( kualiti ) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.( al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi ).
HURAIAN Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dinyatakan sebagai sahih. Tentang Hadis ini dia berkata: "Hadis ini kalimatnya pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya. Serupa dengan Hadis ini adalah ucapan Abu Dzar yang bermaksud: "Barang siapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan mengurangkan bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya."
Di dalam tafsir Ibn Kathir dalam riwayat dari Imam Malik menyebutkan telah sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang berkata kepada Luqman al-Hakim: "Apa yang menjadikan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?" Jawab Luqman : "Berkata benar, menunaikan amanat, dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diriku."
Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: "Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya. "Dia berkata bahawa Abu Dawud berkata: "Ada empat Hadis yang menjadi dasar bagi amalan muslim, salah satunya adalah Hadis ini.Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebahagian dari baiknya ( kualiti )keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.( al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi )
HURAIAN Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dianyatakan sebagai sahih. Tentang Hadis ini diaberkata: "Hadis ini kalimatnya pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya. Serupa dengan Hadis ini adalah ucapan Abu Dzar yang bermaksud: "Barang siapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan mengurangkan bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya."
Di dalam tafsir Ibn Kathir dalam riwayat dari Imam Malik menyebutkan telah sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang berkata kepada Luqman al-Hakim: "Apa yang menjadikan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?" Jawab Luqman : "Berkata benar, menunaikan amanat, dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diriku."Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: "
Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya. "Dia berkata bahawa Abu Dawud berkata: "Ada empat Hadis yang menjadi dasar bagi amalan muslim, salah satunya adalah Hadis ini
No comments:
Post a Comment